Tuesday 15 October 2013

Harimau Malaya: Aspek bertahan secara berpasukan masih lemah

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya dapat juga aku memberi ruang kepada diri aku ini untuk melemparkan ayat2 untuk dokongsikan bersama. Semua sudah tahu bahawa minggu ini adalah merupakan minggu yang begitu warna warni dalam kancah bola sepak negara kita, kerana banyak topik yang boleh dibincang serta disuarakan.

Sebelum aku menyentuh tentang prestasi skuad kebangsaan kendalian K. Rajagopal terlebih dahulu aku ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan 4 yang layak menjejakkan kaki keperingkat separuh akhir Piala Malaysia 2013. Sudah tentu pertemua separuh akhir yang bermula pada 18/19 Oktober 2013 ini akan menjadi perhatian semua kerana ini adalah merupakan peringkat separuh akhir yang begitu menarik untuk diperhatikan. 

Dengan kegaggalan pasukan JDT dan Lions Xii melayakkan ke peringkat separuh akhir, perhatian akan tertumpu kepada pasukan underdog Sarawak yang begitu konsisten dalam  persembahan mereka. Ini sudah tentu akan menjadi tamparan kepada Pahang apabila berhadapan Sarawak digelanggang sendiri pada jumaat ini. Disini lah ujian sebenar kepada pemain2 Pahang menguji kekuatan mental mereka dan fokus pada perancangan jurulatih kerana harapan yang tinggi peminat2 sudah tentu akan mengganggu sedikit konsentrasi mereka, sama juga dengan pasukan Sarawak pemian2nya perlu bijak mengambil kesempatan apabila berhadapan digelanggang lawan pada perlawanan pertama kerana mempunyai kelebihan kepada mereka sekiranya berjaya menjaringkan gol.

Bagi pertemuan ATM dan Kelantan pula akan menjadi perhatian media untuk mempelbagaikan cerita bagi menjadikan ia satu perlawanan yang dinantikan oleh semua peminat bola sepak tanah air memandangkan kedua2 pasukan ini mempunyai nostalgia tersendiri, dimana pada perlawanan akhir tahun lalu Kelantan berjaya menewaskan ATM, ini juga akan menjadi misi balas dendam kepada pemain2 ATM. Sebelum perlawanan bermula pelbagai perang psychology telah dimainkan oleh ATM dengan isu stadium perlawanan pertama separuh akhir. Walaupun sesetengah peminat melihat kemungkinan itu masalah dalaman pasukan ATM yang sedang bergolak tetapi aku berpandangan bahawa itu dalah merupakan perang psychology dimainkan ATM untuk menggangu konsentrasi pemian2 Kelantan. Apa2 pun perlawanan separuh akhir yang melibatkan 4 pasukan ini memang yang terbaik untuk disaksikan.

Sementara itu dengan keputusan seri Harimau Malaya ketika menentang Bahrain sudah tentu akan melegakan sedikit Rajagopal, namun pada hakikatnya Harimau Malaya agak sukar untuk menempah ticket secara merit ke kejohanan Piala Asia 2015 tetapi dalam bola sepak apa2 pun boleh berlaku. Sekiranya Harimau Malaya ingin menempah tiket secara merit, Ragagopal perlu memberi tumpuan kepada aspek bertahan secara berpasukan dan perlu memberi kesedaran kepada pemian2 untyuk berfikir dengan pantas (in advance) kerana bermain diperingkat antarabangsa tidak boleh terlalu kasual. 

Kalau dua aspek ini berjaya ditekankan kepada pemain inshaAllah Harimau Malaya akan berjaya keperingkat seterusnya. Dengan itu kita sama2 doakan agar pemain2 Harimau Malaya terus memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya nanti.



Thursday 5 September 2013

Ujian Pertama Harimau Muda A Sebelum Sukan SEA Myanmar

Assalamualaikum

Kehangatan bola sepak Negara tidak terhenti, walaupun bahang saingan Piala Malaysia 2013 baharu memasuki pusingan kedua dihentikan seketika kerana memberi laluan kepada kejohanan yang penuh dengan sejarah tersendiri dalam bola sepak negara iaitu Pesta Bola Merdeka.

Edisi kali ini disertai empat pasukan seperti MalaysiaU23,ThailandU23,SingapuraU23 dan MyanmarU23. Boleh dikatakan kesemua pasukan yang menyertai kejohanan ini membuat persiapan sebelum menghadapi Sukan SEA di Myanmar pada bulan November 2013.

Pada edisi kali ini anak2 buah Ong Kim Swee perlu mengambil kesempatan menunjukkan kematangan mereka setelah berkelana selama enam bulan dibumi eropah. Aku fikir dengan pengalaman selama enam bulan itu sudah tentu tidak menjadi masalah kepada Ong Kim Swee untuk memastikan anak2 buahnya mengalas tugas yang diberikan dengan berkesan.

Keserasian dan memahami antara satu sama lain adalah inti pati kejayaan utama kepada skuad Ong Kim Swee ini. Aku harapkan Ong Kim Swee mampu merubah landskap bola sepak negara kerana skuad ini mempunyai potensi untuk mengibarkan bendera negara serta mengharumkannya pada masa mendatang. 

Kekuatan skuad ini pada semangat berpasukan, kepantasan dan kekuatan fizikal selain perlu memperbaiki sedikit aspek teknikal individu serta kepantasan berfikir. Dalam bola sepak modern aspek ini amat penting. Namun aku percaya Ong Kim Swee mampu untuk merealisasikan impian pencinta  bola sepak Negara.

Pada pandangan aku juga, sudah tiba masanya separuh daripada skuad ini diserapkan dalam skuad senior untuk bersama2 bersaing dalam perebutan tempat. Ini akan memberi saingan yang positif dan kompetitif dikalangan pemain2.

Ayuh kita sama2 doakan agar skuad ini memperolehi kejayaan dan kepada semua pencinta bola sepak di Kuantan terutamanya penuhkan Std Darulmakmur petang esok memberi sokongan kepada Harimau Muda A.

Sekian



Thursday 22 August 2013

Azmi Perlu Bijak Menjawab

Assalamualaikum

Pemecatan Fandi Ahmad daripada mengendalikan skuad Johor DT memang sudah dijangka. Ini berdasarkan beberapa faktor, mungkin salah satunya Johor DT tidak layak ke Piala AFC tahun hadapan selain prestasi kurang konsisten daripada pemain2 Johor DT setelah PBNJ berbelanja besar tahun ini.

Walaupun PBNJ masih berselindung dengan pemecatan itu, tetapi dengan perlantikan Azmi Mohamed menerajui Johor DT mengesahkan lagi kemelut sedang melanda di selatan. 

Tahniah kepada Azmi Mohamed kerana cita2 ingin membawa sebuah pasukan Liga Super tercapai serta dengan sebuah pengurusan yang mempunyai dana.

Tetapi agak malang pada perlawanan pertama saingan Piala Malaysia Johor DT tewas kepada PKNS dan yang lebih malang lagi dengan statement dikeluarkan sendiri oleh Azmi kepada media. 

Saya rasa apa yang diperkatakan oleh Azmi itu mengambarkan bahawa beliau kurang bijak untuk berhadapan dengan soalan2 provokasi dimainkan wartawan. Ini menunjukkan kelemahan Azmi apabila membuka kelemahan pasukan kepada media, sudah tentu dengan kesalahan diletakkan kepada pemain di atas kekalahan itu juga akan menjatuhkan maruah dan semangat pemain. 

Ini memnambahkan luka yang memang sedia ada dalam JDT. Lebih elok masalah dalaman atau kelemahan pemain itu ditinggalkan di dalam dressing room lebih professional. Azmi perlu ikut tanggungjawab sebagai Kapten Kapal Terbang/Laut. Sekirannya berlaku kecemasan, Kapten adalah orang terakhir akan meninggalkan kapalnya.

Baru kalah dalam perlawanan pertama sudah ada jawapan menyelamatkan diri, tengok bagaimana B. Sathianathan walaupun ATM tewas, dia tenang berhadapan dengan soalan2 media.

Aku katakan ini sebab aku ingin melihat Azmi lebih matang dan bijak. Kerana kita perlu membuktikan bahawa orang2 bola ini mempunyai daya pemikiran yang tajam dan berpendidikan.

Apa2 pun aku mengucapkan selamat maju jaya kepada Azmi dalam kerjayanya.





Sunday 21 July 2013

Pemain bola sepak perlu bijak merancang kerjaya, bina karakter, imej

KEKUATAN mental dan fizikal setiap pemain bola sepak Liga Malaysia sekali lagi akan diuji.
Persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia terus dilakukan setiap pasukan sepanjang Ramadan sebelum wisel saingan Piala Malaysia ditiup dua minggu selepas menyambut Syawal. 

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ini akan memberi sedikit tekanan kepada pemain ketika latihan dan menguji kebijaksanaan jurulatih menyusun program latihan ketika semua pemain-pemain beragama Islam menjalani ibadah puasa.

Tidak terkecuali, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal memanggil pemain terpilih untuk menghadapi beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab ternama dunia seperti Chelsea dan Barcelona di samping mempersiapkan pasukan untuk mencari ramuan taktikal dan strategik serta persefahaman pemain sebelum pusingan kedua kelayakan Piala Asia 2015 diteruskan.

Namun, lebih menarik untuk saya ketengahkan ialah perbezaan 'karakter' dua jurulatih iaitu Rajagobal dan Jose Mourinho. Ini boleh dinilai ketika kedua-dua jurulatih melakukan sidang media beberapa hari sebelum pertemuan kedua-dua pasukan semalam. Sudah tentu dengan kembalinya Jose Mourinho kepangkuan Chelsea akan memberi erti kepada pemain dan peminat-peminat Chelsea di seluruh dunia. 

Kelihatan 'X faktor' dalam diri Mourinho begitu terserlah, setiap gerak-gerinya akan mendapat perhatian dan setiap perkataan daripada mulutnya juga dinanti-nantikan. Jawapan yang diberikan begitu yakin, termasuklah pandangan diberikan beliau tentang seseorang pemain itu perlu menunjukkan aksi yang konsisten dan kerap bermain dalam kelab layak bermain untuk pasukan kebangsaan mereka.

Begitu juga dengan sikap ketegasannya dalam ketepatan waktu, apabila meninggalkan sidang media baik sahaja masa yang diberikan tamat walaupun pada ketika itu beberapa jurugambar sedang sibuk menjalankan tugas. Inilah karakter yang akan memberi kesan mendalam kepada pemain-pemain apabila seseorang jurulatih itu mempunyai nilai integriti begitu tinggi.

Peluang begini perlulah diambil kesempatan oleh setiap jurulatih, pemain serta pegawai pasukan untuk dipelajari serta membuat kajian daripada seseorang yang berjaya dalam merealisasikan impian dan kerjayanya dalam urus tadbir diri.

Selain itu juga, kita boleh menjadikan satu contoh atas kejayaan seorang pemuda Vietnam, Vu Xuan Tien lebih dikenali dengan 'The Running Man' ketika berlari mengejar bas pasukan kegemaran beliau iaitu Arsenal sejauh 5 kilometer hanya untuk mendapatkan tandatangan pemain Arsenal ketika baru sahaja menjejakkan kaki di Vietnam dalam jelajah Asia yang mendapat liputan meluas media antarabangsa setelah video dimuat turun di youtube oleh penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.

Pepatah Melayu ada menyatakan 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'. Begitulah mesej yang dapat kita pelajari daripada pemuda Vietnam ini, tidak ada kejayaan datang dengan mudah sekiranya kita tidak berusaha. 

Namun, lebih menarik tentang kejadian ini, terselindung satu nilai 'pemasaran' daripada Xuan Tien.
Setiap perancangan dan strategi dalam melakukan pemasaran amat penting. Ini perlu dipelajari setiap pemain-pemain bola sepak di negara kita, bagaimana cara menarik perhatian peminat, penaja dan kelab selain daripada persembahan yang konsisten, berkualiti serta bermutu. 

Mereka perlu bijak membina karakter dan imej dalam diri sendiri baik di dalam serta luar padang.
Ini akan mencerminkan seseorang pemain itu bijak merancang kerjayanya serta dipandang hormat.
Dalam era bola sepak profesional pemain perlu mengambil kesempatan di atas sambutan kemeriahan daripada peminat dan pihak media untuk menarik penaja bagi menambah pendapatan menjamin masa depan.

Monday 8 July 2013

Pemain perlu jujur pada diri sendiri


Assalamualaikum.

Tirai Liga Super dan FA sudah dilabuhkan, malah segala teka teki sudah terjawab.
Sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat tentang pasukan manakah akan menjadi juara Liga Super dan Piala FA. Ada mengatakan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT), Selangor, ATM dan Pahang akan menjuarai Liga Super memandangkan Kelantan tidak berada pada prestasi membanggakan.

Namun, semua jangkaan peminat meleset kerana pada akhirnya Lions XII menjulang kejuaraan Liga Super edisi 2013. V. Sundramoorthy bijak mengatur strategi dalam merancang kejayaan pasukannya dengan mengambil kesempatan atas persembahan kurang konsisten pasukan dari tanah air.
Sementara itu, pemain-pemain Lions XII juga amat berdisiplin dan mempamer aksi meyakinkan dalam setiap perlawanan.

Mereka melaksanakan semua perancangan yang diatur Sundramoorthy dengan penuh dedikasi, jujur serta bersama semangat berpasukan yang jitu. Ini satu tamparan kepada persatuan negeri untuk bangkit dan melakukan perancangan lebih teliti. 

Sebelum Lions XII dinobatkan sebagai juara Liga Super 2013, kemuncak bola sepak negara sebenarnya tertumpu kepada perlawanan akhir Piala FA Kelantan dan Johor DT. Pelbagai provokasi dimainkan di alam maya yang dilakukan oleh penyokong kedua-dua pasukan, sehingga ada menyatakan pergaduhan bakal berlaku, namun realiti sebenar tidak terjadi.

Pujian perlu diberikan kepada penyokong Kelantan dan Johor DT yang membawa satu atmosfera baharu dalam memartabatkan bola sepak negara. Sikap 'profesional' mereka memberi satu gambaran bahawa bola sepak kita berada di landasan betul tetapi persatuan negeri atau kelab perlu mengambil inisiatif bagaimana untuk memastikan atmosfera begini terus kekal.

Dalam dunia bola sepak moden , sokongan daripada penyokong sesebuah pasukan itu sebenarnya menunjukkan persatuan atau kelab bijak menguruskan perniagaan.
Di sini persatuan perlu bijak merancang aktiviti persatuan dan pemain bersama peminat untuk menarik penajaan daripada syarikat-syarikat korporat.

Penjenamaan dan pemasaran perlu kreatif dengan idea-idea baharu kerana ini dapat mengekalkan atmosfera sedia ada, selain itu ia juga dapat menjana pendapatan kepada persatuan atau kelab.                      © Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 27 June 2013

"BERSATU" Skuad 1998 Julang Piala FA

Assalamualaikum,

Sejarah tercipta dalam kancah bola sepak negeri JOHOR apabila skuad bimbingan Steve Darby menjulang Piala FA buat kali pertama setelah membenam Sabah, selepas kejuaraan berganda 1991. 

Tetapi disini aku ingin berkongsi dengan peminat di atas kejayaan skuad Johor 1998. Kemungkinan sebahagian peminat generasi Y tidak mengetahui kejayaan yang dikecapi itu tanpa kehadiran jumlah penyokong Johor yang ramai, sebagaimana final yang akan dilalui Johor DT. Memandangkan gelanggang final tahun itu dimainkan di Sabah, kurang dari 500 org itu pun termasuk pegawai PBNJ. 

Walaupun ketika itu kelebihan dimiliki pasukan Sabah, tetapi semangat yang ditonjolkan oleh kesemua anak2 Johor begitu membara. Setiap perancangan diatur oleh Steve Darby diketika latihan, diberi perhatian oleh kesemua 25 pemain.

Apa yang membanggakan ketika itu kesemua pemain2 Johor "BERSATU HATI" walaupun ada sebahagian pemain tidak dapat mengikuti rombongan ke Kota Kinabalu atas sebab mahu kurangkan kos transport. 

Tetapi itu tidak mematahkan semangat kesemua pemain Johor untuk menanam satu azam menjulang Piala FA buat kali pertama. Diketuai Darren Steward, Skuad 1998 akhirnya berjaya membawa pulang Piala FA ke JOHOR. 

Ini perlu diambil ikhtibar oleh semua anak2 JOHOR bahawa tidak mustahil untuk Johor DT mencita kejayaan sekiranya semua pemain2nya benar2 "BERSATU" membawa nama JOHOR serta diiringi dengan sorokan puluhan ribu penyokong Johor DT selain dengan sokongan daripada TMJ yang telah menjanjikan imbuhan yang tidak ketahui berapa nilai. Tidak seperti skuad 1998 yang tidak menerima apa2 imbuhan langsung.

Jadi "BERSATU" membawa roh JOHOR pasti ada kekuatan dan kejayaan akan muncul sekali pun ramai menjangkakan Kelantan akan menjadi juara. Ikuti segala perancangan diatur jurulatih inshaAllah akan berjaya

Ayuh terus berjuang demi negeri JOHOR

LUASKAN KUASAMU, HIDUP JOHOR




Sunday 2 June 2013

Transformasi minda, nilai integriti penting dalam organisasi


SAINGAN separuh akhir Piala FA sudah pun melabuhkan tirainya. Kelantan dan Johor Darul Takzim bakal berentap di pentas akhir untuk menentukan siapakah yang bakal menjulang piala tersebut buat kali ke-24 sejak pertandingan itu dimulakan pada tahun 1990.

Biar pun perlawanan di Bukit Jalil, kelmarin berlangsung tanpa sebarang masalah, epilog terdahulu di Stadium Darul Makmur akan tetap kekal dalam lipatan sejarah bola sepak negara.Kekecohan yang berlaku antara penyokong Pahang dan Johor DT minggu lalu. telah membuka minda ramai pihak terutamanya di kalangan pencinta bola sepak.

Persoalan demi persoalan bermain di minda mereka terutama aspek keselamatan dalam stadium mengikut peraturan pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adakah masih relevan? Ini perlu dirungkai dan difikirkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.

Sudah tiba masanya orang-orang FAM berfikir 'melangkaui minda' untuk mengkaji kembali aspek-aspek keselamatan dalam satu-satu kejohanan yang dianjurkan.
Mereka perlu memikirkan penggunaan teknologi terkini dalam membuat kajian dan pemantauan untuk menambah baik aspek keselamatan penonton ke stadium setiap masa.

Ini saya perkatakan kerana mengikut trend terkini generasi-generasi Y begitu bijak untuk mempromosikan sesuatu perlawanan itu melalui alam maya amat berkesan.
Transformasi minda dilakukan oleh generasi Y ini begitu kreatif sehingga berjaya menarik perhatian setiap individu untuk mengikuti sesuatu maklumat itu dengan lebih dekat.

Walaupun topik-topik yang dimainkan itu satu provokasi (cyberwar) tetapi ia berjaya meningkatkan nafsu dan semangat pencinta-pencinta bola sepak itu menghadirkan diri ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.

Di sinilah peranan ahli-ahli jawatakuasa pertandingan untuk memantau setiap gerakan dan promosi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong tegar pasukan itu untuk membuat persediaan awal keselamatan.

Sebagai contoh sudah tiba masanya saya fikir permohonan anggota keselamatan daripada jawatankuasa pertandingan perlulah mengikut nisbah mengikut kapasiti stadium seperti 70:30. Ini setidak-tidaknya anggota keselamatan dapat bertindak lebih awal dalam apa jua keadaan dan kemungkinan yang akan berlaku.

Kejadian di Kuantan ini juga sebenarnya membuka mata berhubung nilai 'integriti' dalam membuat keputusan di kalangan pegawai-pegawai FAM.
Pada pandangan saya keputusan itu amat tidak adil dan seolah satu tamparan kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang pernah dihukum dengan begitu keras atas sebab dan keadaan yang sama, sehingga pasukan Sarawak bermain tanpa kehadiran penonton untuk empat perlawanan Liga Super tahun lalu selain dikenakan denda, disebabkan tindakan penyokong mereka.

Ini persoalan yang timbul difikiran saya, bagaimana Jawatankuasa Disiplin FAM menilai dan membuat sesuatu keputusan itu, sedangkan kejadian yang berlaku di Kuantan adalah serupa.
Pada pengamatan saya, sudah tiba masanya Jawatankuasa Disiplin FAM menyelaraskan setiap hukum itu supaya tidak dipersoalkan pada masa hadapan.

Contohnya Jawatankuasa Disiplin perlu menetapkan sesuatu hukum itu dengan jelas. Itu perlu difikirkan oleh ahli-ahli jawatankuasa disiplin FAM untuk merealisasikannya.
Sudah tiba masanya FAM merubah dasar pentadbirannya mengikut transformasi minda anak muda yang lebih agresif, kreatif dan efektif seiring dengan usaha mewarnai bola sepak Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130603/su_03/Transformasi-minda-nilai-integriti-penting-dalam-organisasi#ixzz2V6o39XK0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 30 May 2013

Sarawak FA Di TIPU FAM...

Assalamualaikum

Sekali lagi kredibiliti FAM dalam membuat keputusan perlawanan ulangan peringkat separuh akhir ke2  antara Pahang dan Johor DT menjadi perhatian dan perdebatan hangat dikalangan pencinta bola sepak amnya. Selepas kekecohan yang berlaku diantara penyokong Pahang dan Johor DT sebenarnya menguji sejauh mana nilai "integrity" yang dilaungkan oleh pejuang2 dalam FAM itu menjadi kenyataan. Namun sayangnya setelah keputusan itu dibuat ia mengambarkan sikap sebenar dikalangan pejuang2 FAM yang memang TIDAK JUJUR dengan setiap keputusan dibuat, ini menjelaskan ada "DOUBLE STANDART" dalam setiap hukuman dikenakan oleh FAM.

Aku pertikaikan hukuman itu kerana aku merujuk kembali kepada hukuman yang dikenakan oleh FAM terhadap Sarawak FA tahun lalu bukan hanya sekadar membayar denda tetapi terpaksa mengharungi empat perlawanan tanpa kehadiran penonton diatas kekecohan dilakukan oleh penyokong2 mereka dilaman sendiri ketika bertemu Kelantan dalam saingan Liga Super. (SATU CONTOH JE!!!)

Ini jelas apa yang berlaku di Kuantan tempoh hari adalah serupa dengan kejadian yang berlaku di Kuching, tetapi di Kuantan perlawanan terpaksa ditangguhkan. Aku berasa simpati dan respect dengan Sarawak FA menerima keputusan itu dengan minda terbuka.

Apa2 pun aku harap JKDFAM perlu bertindak adil kepada semua hukuman yang diberikan. Tegakkanlah nilai "INTEGRITY" dan jauhi sikap "DOUBLE STANDART"

Sekian




Wednesday 22 May 2013

PBNJ pantau le!!! pengawal pintu stadium...

Assalamualaikum,

Semangat untuk membenam Kelantan pada perlawanan semalam begitu tinggi dalam jiwa pemain2 Johor DT, ia pula dibantu dengan kehadiran berpuluh ribu penyokong serta pegawai2 tertinggi kerajaan negeri Johor. Namun aku berasa sedikit kecewa apabila perlawanan dimulakan agak lewat disebabkan beberapa faktor yang tidak begitu jelas, namun salah satu faktor kemungkinan penonton terlalu padat dibahagian grandstand serta sedikit provokasi kecil antara kedua2 penyokong.

Tetapi yang menarik perhatian aku pada malam semalam tentang kepadatan penyokong JDT dibahagian grandstand yang melempah ruah daripada kapisiti sebenar. Ini menjadi tanda tanya bagaimana boleh melempah sedangkan kalau diambil kira dengan pass dan ticket dijual sudah tentu ngam2. Apa yang berlaku dipintu utama pengawal pintu! Aku harap pegawai PBNJ perlu memantau setiap tingkah laku mereka.

Apa yang aku tahu memang ada segelintir pengawal pintu stadium memberi masuk kepada teman2 dan keluarga mereka yang kenali untuk memasuki stadium. Kalau ini sentiasa berlaku sudah tentu akan merugikan PBNJ, dah lah baru nak mengaut keuntungan. Benda2 macam ni pulak berlaku lagi.

Baharu sahaja bola sepak negara digemparkan buat kali ketiga dengan isu "bookie", takkan pengawal pintu pun terima "rasuah" juga. Kalau ini berlaku amat lah mengecewakan!!!

Dengan itu pada pandangan aku sudah tiba masanya PBNJ mewujukkan bahagian penguatkuasaan dan pemantauan. bagi memendung gejala tidak sihat ini terus berlaku serta memperbaiki sistem kemasukkan ke dalam stadium. Aku harap PBNJ ambillah tindakan daripada kejadian semalam. Itu sahaja yang aku ingin luahkan...

Sekian


Sunday 3 March 2013

JDT Belum Selamat

Assalamualaikum

Tahniah aku ucapkan kepada pemain2 Johor Darul Takzim terutama kepada pemain2 muda mereka, Kamarul Afiq, Irfan, Tuah, Ezrie, Haidin dan Zamir. Mereka ini telah berjuang mengerahkan seluruh tenaga mereka untuk menjulang nama JDT. Ini sikap positif dipamirkan oleh pemain2 ini bagi memastikan setiap sokongan diberikan peminat dibalas dengan persembahan mantap. Walaupun berhadapan dengan setuasi tidak menentu dengan pretasi pemain2 bintang yang diharapkan Fandi Ahmad untuk membawa kejayaan tidak menjadi.

Aku melihat Fandi perlu meneruskan khidmat pemain2 muda ini dalam kesebelasan utama JDT ketika ini mamandangkan mereka begitu 'IKHLAS' berjuang membawa nama JDT. Memang perlu beberapa pemain pengalaman untuk mebimbing meraka tetapi setakat ini mereka telah dibuktikan bahawa mereka mampu memikul tugas.

Fandi juga perlu memperbaiki kelemahan2 dalam masa terdekat ini sekirannya JDT mahu terus menggekalkan kedudukan tangga teratas dalam carta Liga Super. Terutama aspek bertahan secara berpasukan dan game play yang lebih tersusun dan teratur. Kita boleh lihat bagaimananya dengan mudah pihak lawan mambuat jaringan ke atas JDT. Kalau mengikut statistik gol jaringan lawan boleh dikatakan setiap perlawanan lawan menjaringkan 1 gol dan bagi game play pula kita masih tidak nampak creativity Fandi dalam perancagan mengatur gerakkan. Jadi dari mata pandangan aku JDT masih tidak selamat.

Sekian

Sunday 24 February 2013

Fandi Perlu Contohi B. Sathianathan

Assalamualaikum

Minggu ini adalah minggu yang amat penting kepada pengurus dan jurulatih JDT Fandi Ahmad untuk mengembalikan keyakinan peminat2 terutama dalam persembahan dan taktikal serta susunan pemain. Setelah mengharungi 8 perlawaan Liga Super dan 1 Piala FA masih tidak kelihatan permainan teratur dengan idea2 kreatif diterjemahkan oleh pemain2 JDT diatas padang. Ini memberi sedikit gambaran negative dikalangan peminat2 kerana semua sudah ketahui dengan pemain2 bertaraf bintang dibawa oleh Fandi masih tidak menunjukkan permainan tersusun dan berkualiti setanding dengan nilai yang dibayar.

Fandi perlu mencontohi bagaimana B.Sathianathan berjaya membimbing serta mengemudi pasukan ATM. Semua sudah maklum pada tahun ini ATM kehilangan beberapa tonggak bintang muda utama mereka yang berhijrah ke JDT. Namun jurulatih ini tidak panik dengan setuasi itu, beliau begitu yakin dengan kemampuan orang2 lama yang sedia ada dan hanya membawa masuk Shukor Adan (orang lama juga) bagi menggantikan kekosangan bahagian pertahanan tengah yang ditinggalkan oleh Aidil.

Apabila diperhatikan separuh daripada kesebelasan utama ATM terdiri daripada orang2 lama kebanyakkan mereka ini sudah melepasi angka 30 tapi masih mempamirkan aksi yang bermutu serta dengan gerakkan menarik. Di sinilah aku melihat Fandi perlu mencontohi B.Sthianathan bagaimana beliau berjaya menggunakan kelebihan yang ada pada pemainnya. Ini menunjukkkan beliau begitu memahami serta mengenali setiap kelebihan dan kekurangan pemainnya, ia memberi kelebihan kepada B.Sathianathan untuk meletakkan pemain2nya diposisi yang tepat. Tidak seperti Fandi sehingga kini masih tidak membayangkan posisi sebenar pemain2nya.

Contoh paling mudah bagaimana B.Stahianathan menggunakan kelibat Marlon Alex James dibahagian serangan. Kita semua ketahui umur pemain ini sudah hampir mencecah 40an namun masih mampu untuk melaksanakan tugasnya dengan baik. Kalau kita perhatikan boleh dirumuskan setiap perlawanan Marlon akan menjaringkan gol.

Sebab itu aku katakan Fandi perlu mencontohi bagaimana B.Sathianathan bijak menggunakan kelebihan pemain2nya sehingga mampu untuk mengemudi carta Liga Super buat masa ini.

Sekian

Wednesday 20 February 2013

Idea Fandi Tumpul

Assalaualaikum

Lautan Biru Merah sewaktu perlawanan antara JDT vs Lions Xii membuat aku teruja ketika mengulas perlawanan pada malam itu bersama Boss Hj Shaukei Kahar. Aku berasa sungguh bertuah dengan tranformasi yang dibuat oleh TMJ untuk menggembalikan kegemilangan bola sepak Negeri JOHOR. Dengan perbelanjaan besar ditaburkan untuk memastikan facilities serta structure stadium perlawanan berada dalam keadaan baik. Selain dengan kemasukkan pemain2 bintang yang dibawa telah merubah nafsu peminat untuk berpusu2 ke stadium memberi sokongan kepada perubahan yang dibuat.

Namun sayangnya setelah 7 perlawanan berlansung JDT masih tercari2 rentak permainan bermutu dan berkualiti tinggi. Maklumlah secara keseluruhan pemain2 JDT merupakan nama2 besar. Ini persoalan yang timbul dalam OTAK aku, Apakah Fandi tidak mampu untuk mengawal pemain2 bintang ini atau dia sendiri tidak bwerwibawa untuk mengemudi pasukan JDT? Tapi melalui pandangan mata aku semenjak perlawanan pertama lagi Fandi tidak mempunyai idea2 yang bernas, apatah lagi mengenali kekuatan individu pemain2nya sendiri. Aku tidak mahu menyetuh sistem latihan yang dikendalikan oleh Fandi, ramai peminat2 dan kenalan terdekat yang mempertikaikan kaedah latihan Fandi kepada pemain2 JDT. Kalau melihat dari setiap perlawanan pemain2 JDT hanya mampu bermain hanya 60 minit sahaja dan selebihnya mereka pancit. Contohnya apabila perebutan bola antara satu lawan satu pemain2 JDT mudah tertewas dan jatuh, ini menunjukkan kekutan fizikal pemain JDT masih lemah.
Pada malam itu juga taktikal yang ditonjolkan oleh rakan seteru Fandi, Sundram lebih baik dan tersusun dengan dan cantik serta kreatif apabila setiap gerakkan dilakukan. Apa yang aku bole katakan Fandi ni memang tidak berwibawa sebagai seorang manager dan jurulatih. 

Walau bagaimana pun aku mengucapkan tahniah kepada penyokong JDT yang memberi kemenangan moral serta membawa atmosfera baru dalam industri bola sepak JOHOR. Namun jangan dilupa sokongan anda juga ditaggih oleh JOHOR FA ini adalah merupakkan "the real" JOHOR team yang menjulang Piala Malaysia 1985&1991, Piala Liga 1991 dan Piala FA 1998.

Sekian

Sunday 17 February 2013

JOHOR FA Masih Ada Kelemahan

Assalamualaikum

Jeritan dan kompang tidak henti2 dipalu oleh penyokong the real JOHOR di Stadium Selayang ketika aku berkunjung untuk melihat sendiri prestasi pasukan JOHOR yang dibimbing oleh rakan aku Buntal (Azmi) ketika bertemu pasukan POS. Aku begitu teruja dengan sikap ditunjukkan oleh peminat2 setia the real JOHOR ini kerana tidak jemu2 untuk berbual bicara tentang perkembangan dan perubahan dibawa oleh TMJ. Ini menunjukkan peminat setia the real JOHOR dahagakan kejayaan. Apakan tidak kali terakhir piala dimenangi oleh JOHOR pada 1998 (Piala FA).

Apa pun aku mengucapkan tahniah kepada pasukan JOHOR kerana berjaya menewaskan POS dengan jaringan 2 - 0. Tapi!!! Banyak yang perlu dibaiki oleh pasukan JOHOR terutamanya dari segi teknik individu. Aku lihat JOHOR begitu baik dari taktikal zone yang dipamirkan. Pemain2 faham apa yang diterapkan oleh jurulatih. Namun JOHOR kurang dari segi kreativiti ketika melakukan serangan. Kebanyakkan pemain2 JOHOR gerakkan badannya agak keras, tidak ada seni ketika melakukan gelicikkan. Kita lihat bagaimana Andre dan Orlando yang mempunyai seni tersendiri ketika mengawal dan mengelecek bola selain dari idea2 kreatif mereka. Ini yang perlu dibaiki oleh pemain2 tempatan JOHOR selain sentuhan pertama mereka. Sentuhan pertama amat penting dalam bolasepak kerana ia menunjuk arah kemana hendak dituju. Walau bagaimana pun aku melihat inilah pemain2 yang mampu membawa nama pasukan the real JOHOR kerana mereka adalah yg terbaik setakat ini dilahirkan oleh negeri JOHOR.

Aku juga harapkan Buntal (Azmi) terus memberikan "FOKUS" dalam pengemudiannya bersama2 pasukan the real JOHOR. Tidak perlu masuk campur tentang apa yang berlaku di dalam pengurusan Fandi. Itu lebih baik dari cuba memburuk2kan orang lain. Tidak perlu membandingkan peruntukkan yang diterima oleh JDT dengan JOHOR dan perkara2 lain lagi. Sekiranya JOHOR berjaya dibawa ke Liga Super pada tahun hadapan aku kira sudah pasti imbuhan akan menanti.

Sekian

Tuesday 12 February 2013

Mampukah Nutralisasi Realisasikan impian Rakyat Malaysia?

Assalamualaikum

4 minggu MSL berehat untuk memberi ruang kepada skuad Harimau Malaya membuat persiapan untuk menghadapi perlawanan pertama kelayakkan Asia Cup 2015. Namun kita sudah maklum pasukan negara kita kecundang kepada Qatar. Walau bagaimana pun aku memuji semangat juang serta kesungguhan dipamirkan oleh pamain2 negara pada malam itu, mereka tidak gentar dengan reputasi pasukan lawan. Aku tidak mahu berbicara tentang taktikal & strategi diwujudkan oleh DRG. Kita semua tahu dengan sikap "EGO" yang ada pada diri beliau.

Tapi yang menarik untuk aku memberikan pendapat dan pandangan kali ini ialah tentang pemain naturalisasi yang hangat diperkatakan dan dicadangkan. Aku melihat ini satu cadangan yang "baik". Namun kita perlu melihat sedalam2nya adakah rakyat Malaysia tidak mampu merealisasikan impian sebagaimana pemain2 terdahulu pada era 1970an dan 1980an telah berjaya layak keperingkat akhir Olimpik di Moscow dan Munich. Sebelum itu juga kita perlu bertanya dengan diri sendiri beberapa soalan. Contohnya:-

1) Sejauhmana pemain2 nutralisasi ini dapat membantu kejayaan pasukan Negara?
2) Tidak mampukkah Malaysia melahirkan pemain2 berbakat dengan 28 juta penduduk?
3) Adakah FAM & MSN sudah mempunyai 'blue print' untuk jangka masa 20 hingga 30 tahun?
4) Adakah program sains sukan negara kita sudah sebati dikalangan pelajar2 sekolah?

Ini lah persoalan2 yang perlu kita tanya pada diri kita, sebelum membuat keputusan untuk mengambil pemain naturalisasi berkhidmat untuk negara. Aku melihat dengan jumlah penduduk 28 juta tidak mustahil Malaysia mampu untuk melahirkan ramai2 pemain2 berbakat, sekiranya kita melihat daripada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia lebih kurang 2.7 juta pelajar lelaki berdaftar disekolah rendah & menengah. Setidak-tidak 0.01% peratus dari jumlah ini sudah memadai untuk negara melahirkan ramai pemain2 berbakat sekirannya dengan susunan program pembangunan yang betul serta pendedahan sains sukan diperingkat menengah dan rendah dengan meluas.

Sekian

Sunday 20 January 2013

Bintang JDT Pudar...

Assalamualaikum

Selepas 4 perlawanan Liga Super berlangsung masih tidak ada tanda2 JDT akan bangkit dari persembahan dipamirkan semenjak free season sehingga start season. Ini menjadi perbualan dan persoalan peminat2 Johor, Apakah mereka ini benar2 membawa "ROH JOHOR" dalam diri mereka atau sekadar melepaskan batuk ditangga! Pertanyaan ini perlu diterjemahkan oleh pemain2 bintang dan jurulatih pasukan JDT di atas padang dengan secepat mungkin. Kalau tidak tindakkan drastik perlu diambil oleh pengurusan JDT bagi memastikan segala perancangan diatur oleh pihak pengurusan berjalan lancar.

Aku melihat pemain2 bintang ini seolah2 sudah berpuas hati dengan pencapaian mereka. Maklumlah kebanyakkan mereka sudah menjulang banyak piala dalam Liga Malaysia. Ini menjadi permasalahannya!!! Kalau rasa tidak boleh memikul tanggungjawab yang diamahkan, hanya ingin mengecapi kemewahan dan tiada "ROH JOHOR" dalam diri kalian tidak perlu membuang masa baik angkat kaki dan pergi sebelum diambil tindakkan oleh pihak pengurusan. Ini aku katakan kerana setalah aku amati persembahan mereka di dalam beberapa perlawanan terdahulu seolah2 mereka ini baru sahaja bermain bola, tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila di dalam keadaan tertekan. Yang tahu nak release bola cepat, tidak tenang. sepatutnya mereka perlu menggunakan segala pengalaman yang ada dalam diri untuk mengawal keadaan. Ni nak harapkan Del Nero, Guaiza dan Mat Yo mana boleh oi!!!

Lagi satu aku bukan  nak menidakkan kehebatan jurulatihnya, semua orang sudah ketahui  bahawa jurulatihnya adalah seorang nama yang besar dalam bola sepak dirantau Asia ataupun di Belanda. Melihat dari kualiti taktikal dipamirkan tidaklah secerdik mana. Baik lagi jurulatih tempatan seperti Dollah Salleh. Ini telah dibuktikan ketika Pahang menentang JDT dan Selangor. Mereka bangkit setelah ketinggalan dua jaringan. Semangat dan "ROH" yang ada di dalam diri pemain2 Pahang perlulah dicontohi oleh pemain2 JDT. Bukan hanya berhayal serta melamun dengan status dan gaji dimiliki.

Aku harap pemain2 JDT perlu bangkit membuktikan kepada peminat bahawa mereka masih relevan sebagai pemain berkualiti dalam Liga Malaysia. Jangan jadi pemain yang GAH pada nama tapi layu di dalam pertempuran.

Sekian

Monday 14 January 2013

Karektor Pemain Jadi Penentu KLTN vs JDT

Assalamualaikum

Pelbagai kontroversi dan pertikaian berlaku diantara kedua2 President berhubung dengan penghijrahan Mat Yo ke JDT sehingga menjadi satu topik hangat yang diperbualkan oleh segenap peminat2 bola sepak tanah air. Degan transformasi dilakukan oleh TMJ terhadap PBNJ dan pasukan Johor sendiri telah mengundang satu gelombang diarena bola sepak tanah air. Pembelian beramai2 pemain berstatus bintang kebangsaan serta kemasukkan dua bintang bertaraf dunia bermain untuk JDT pada tahun ini memberi sedikit cahaya kepada saingan Liga Super 2013.

Pada pandangan aku ini membawa satu perkembangan sihat di dalam arena bola sepak negara. Kita dapat lihat bagaimana persiapan dilakukan oleh setiap pasukan sebelum menghadapi Liga Malaysia bermula untuk memastikan pasukan mereka mampu untuk bersaing. Ini setidak2nya memberi nafas baru kepada peminat dan pemain2 bola sepak.

Namun aku ingin melihat perjungan yang akan ditaburkan oleh pemain2 Kelantan pada tahun ini. Dengan penghijrahan beberapa pemain utama mereka, Mapukah mereka mengekalkan permainan yang menarik sebagaimana tahun lalu, dengan menjulang 3 piala. Aku harapkan pemain2 Kelantan ini berjuang sebagaimana meraka lakukan pada tahun lalu. Hari ini jugalah penentu sebenar hala tuju kedua2 pasukan aku sebutkan tadi. Setelah 2 perlawanan kedua2 pasukan ini harungi mereka memunggut jumlah mata yang sama. 

Pertembungan kedua pasukan pada malam ini sudah pasti akan menjadi satu perlawanan menarik dan ditunggu2 peminat bola sepak negara. "Kekuatan mental dan kareaktor pemain menjadi penentu, pasukan manakah yang akan memenagi perlawanan pada malam ini".

Aku juga mengharapkan supaya kedua2 penyokong memainkan peranan mereka sebenar, beri sokongan kepada pasukan anda dengan semangat kesukanan. Ayuh kita tunggu dan lihat apakan yang akan berlaku pada malam ini. "KAREKTOR PEMAIN JADI PENENTU" pada malam ini seiapa akan mencipta kemenangan.

Sekian

Tuesday 8 January 2013

Darul Takzim FC Rapuh...

Assalamualaikum

Kehangatan Liga Super edisi 2013 sudah bermula. Beberapa perlawanan telah berlangsung dengan Selangor, Perak serta Pahang memperolehi kemenangan pertama. Tahniah aku ucapkan kepada mereka. Yang lebih menarik perhatian aku pada kali ini tentang perlawanan diantara Darul Takzim FC menentang Pahang. Satu perlawanan menarik dipamirkan oleh kedua2 pasukan dalam tempoh 90 minit terutamanya pasukan Pahang yang bangkit dari ketinggalan 0 - 2 pada babak pertama sebelum bangkit pada babak kedua dengan menewaskan Darul Takzim FC (3 - 2). Semangat juang ditonjolkan pemain2 Pahang memeang wajib dicontohi.

Aku harap pemain Darul Takzim FC selepas ini perlu "FOKUS" jangan hayal dengan status diri anda yang dianggap bintang. Aku perhatikan beberapa pemain Darul Takzim FC yang mempunyai pengalaman tidak memainkan peranan mereka dengan baik iaitu Azmi Muslim, Zaquan dan Safiq. Seolah-olah mereka ini baru bermain bola. Terutama Azmi, basic sebagai pemain pertahanan memang hancur inikan pula untuk membantu ketika menyerang.

Bahagian tengah tidak berfungsi, tiada gerakkan menarik dan kreatif direncanakan kecuali kombinasi antara Mat Yo dan Guiza. Mereka tidak pandai mengawal tempoh permain pada hal sedang mendahului pasukan Pahang. Kalau aku pehatikan juga kelonggaran ketika bertahan amat goyah. Dengan mudah pemain2 Pahang merancang dengan baik, kita lihat bagaimana coach Pahang menukar taktikal pada separuh kedua dengan bermain sistem 3-5-2 begitu berkesan. Dengan Amirul memainkan peranan dibahagian tengah begitu baik sekali. Apa dilakukan oleh coach Darul Takzim FC? seolah tidak peka dengan stuasi permainan ketika itu.

Sementara itu semua pemain Darul Takzim FC perlu lebih alert ketika bertahan bukan "ball watching". Ini yang berlaku ketika pasukan Pahang menjaringkan ketiga2 gol, mereka lambat untuk menutup ruang daripada pemain Pahang membuat hantaran dan jarak diantara satu bahagian dengan satu bahagian juga terlalu jauh, ini membuatkan Darul Takzim FC "RAPUH". Kita lihat apabila Darul Takzim FC menyerang pemain pertahanan lambat untuk naik membantu dan mengecilkan ruang, sekirannya serangan balas dilakukkan setidak2nya ruang itu dapat ditutup dahulu.

Aku harap Darul Takzim FC jangan hayal dengan status bintang. Perlu bangkit dari "Lamunan". Perbaiki kelemahan2 pada perlawanan kedua. Ini satu pengalaman dan pengajaran kepada bintang ini. Liga pun baru bermula, jadi masih ada masa untuk Darul Takzim FC memperbaiki kelemahan2. Apa2 pun aku tetap menyokong pembahruan dibawa oleh TMJ demi masa depan pemain2 bolasepak apabila bersara nanti.

Sekian


Monday 7 January 2013

Cabaran JDT bermula...

Assalamualaikum

Tahun ini adalah permulaan baik bagi pembangunan bola sepak Negara. Satu inisiatif dibuat oleh Frenz United Academy Football menganjurkan satu kejohanan berkelas dunia iaitu Frenz International Cup Under 15 yang disertai 8 pasukan bertanding, terdiri daripada pasukan Malaysia U15, FUFA Malaysia, FUFA Indonesia, Slovakia, Incheon Korea, Chunburi Thailand, Slavia Praha Rep. Cez, Perspolis Iran. Syabas kepada pasukan Slovakia yang menjulang buat pertama kali sebagai johan edisi petama.

Namun apa yang lebih menarik untuk aku katakan ialah tentang kejohanan Liga Malaysia sudah pun bermula. Siapakah yang akan menjadi pilihan untuk menjadi juara edisi 2013 kali ini. Apa yang aku boleh katakan, perebutan untuk pasukan mana akan mengungguli pertandingan Liga Super edisi 2013 ini terbuka. Kerana kita ketahui banyak pasukan telah membuat persiapan rapi sebelum kejohanan pebuka tirai bermula hari ini.

Diatas kertas memanglah pasukan JOHOR DARUL TAKZIM (JDT) akan menjadi pilihan kerana dengan perubahan yang dilakukan oleh TMJ terhadap pasukan ini. Dengan pembelian pemain2 yang berstatus bintang dari eropah iaitu Simone Del Nero (Italy) & Daniel Guiza (Spain) serta bintang2 tempatan seperti Norshahrul, Safee Sali, Aidil, Zaquan, Azmi Muslim dan Muslim Ahmad dan ramai lagi.

Tapi malam ini adalah merupakan hari yang ditunggu dan dinantikan oleh peminat2 tempatan khasnya peminat JOHOR. Malam ini juga akan menentukan hala tuju sebenar pasukan JDT. Mampukan pemain2 bintang ini menyerlah?. Kita ketahui bukan calang2 pasukan JDT hadapi malam ini iaitu pasukan PAHANG. Kalau mengikut dari nama besar pemain2 JDT tiada masalah untuk menewaskan PAHANG yang baru dinaikkan pangkat ke Liga Super. Walaubagaimana pun nama bukan pengukur sebenar prestasi pasukan? Menentukan nanti adalah persembahan bintang2 ini di dalam padang. Inilah "CABARAN" baru bagi pasukan berstatus bintang. Aku harap bintang2 ini mampu menyerlah sepertimana nilai dibayar oleh pengurusan JDT. Apa2 pun aku mengucapkan selamat maju jaya kepada bintang2 JDT dan semua pemain2 yang menghadapi Liga Malaysia edisi 2013.

Sekian