Thursday 22 November 2012

Kata2 Bisa...

Assalamualaikum,

17 tahun berlalu namun ia masih segar dalam ingatan aku, pada tahun 1994 bermulalah detik yang bersejarah dalam diri aku apabila dipanggil bersama2 skuad senior JOHOR bagi menghadapi Liga Malaysia. Aku sungguh gembira apabila diberitahu oleh Ahmad Hassan dan Satar Khan (Jurulatih Piala Simpanan) bahawa aku dipanggil oleh Wan Jamak untuk bersama2 skuad senior JOHOR. Apa lagi terujalah aku, selama ini cita2 aku untuk berbakti bersama skuad JOHOR tercapai. Maklumlah pemain termuda (18 tahun)

                           Aku (No. 8) - aksi pertama Liga Malaysia 1994 (JOHOR vs KEDAH)

Tapi yang lebih menarik untuk aku menceritakan ialah pengalaman ketika pertama kali bersama2 skuad senior JOHOR menjalani latihan yang akan menjadi memory indah dalam kerjaya aku sebagai pemain bola sepak. Tepat jam 4:00pm aku melapor diri di padang Istana Pelangi. Ketika itu kelihatan seorang demi seorang pemain senior tiba. Bukan mudah untuk pemain junior seperti aku menarik perhatian apatah lagi mendekati mereka. Maklumlah mereka2 ini mempunyai karektor masing2 apabila berada di atas padang. Mereka begitu komited dan serious ketika berlatih. Bukan sahaja terjahan yang keras diberikan kepada aku ketika latihan, sesudah itu kena cuci boots mereka2 yang berdekatan dengan aku. Tapi itu semua perkara mematangkan aku sebagai pemain bola. Mereka membuat ini semua bersebab bukan suka2, kerana mereka ingin menyedarkan aku bukan mudah untuk menjadi seorang pemain yang berjaya. 

"Biasalah Depp macam aku juga dulu kena buat semua ni" itulah kata2 dari Jasni Muhamad

dan aku juga masih ingat bagaimana Sani Osman membuat satu terjahan keras ke kaki aku sehingga membuat aku terpingga2 dalam hati berkata "Dalam training pun nak belasah" belum sempat habis kesakitan yang dirasa, Sani mengeluarkan kata2 yang membuat aku lebih bersemangat dan teruja untuk membuktikan yang aku juga mampu bermain dalam Liga Malaysia.

"Kata nak main dalam Liga Malaysia, macam tulah nanti kau akan di tackle" - Sani Osman

Itulah kata2 "positif" daripada pemain2 senior ketika itu yang banyak memberi pengajaran kepada aku bahawa "bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita perlu tempuhi onak2 duri sebelum menikmati manisnya".

Oleh itu aku harap pemain2 muda diluar sana belajarlah dari kepayahan sebelum kita menikmati kejayaan. Sehingga kini kata2 bisa itu menjadi peggangan dalam hidup aku, walaupun telah pencen bermain bola sepak ia mendorong aku untuk terus berusaha dalam ranjau kehidupan. Terima kasih kepada senior2 aku yang memberi tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi. Itulah azimat "KATA2 BISA"

Sekian


Sunday 18 November 2012

Lagenda Import Johor 1991


Assalamualaikum

1991 adalah merupakan tahun penuh gemilang bagi pasukan JOHOR kerana pada tahun itu JOHOR merupakan pasukan pertama mencatat sejarah membuat “Dauble Champions” dengan menjuarai Piala Liga dan Piala Malaysia ketika Liga Professional diperkenalkan di tanah air. Memandangkan ketika itu hanya dua piala sahaja dipertandingan. Kalau ada lebih sudah tentu JOHOR pulun habis!!!. Namun jangan lupa pada tahun 1985 juga JOHOR menjulang Piala Malaysia buat pertama kalinnya.

Dibarisi pemain2 berbakat tempatan (Anak JOHOR) berwibawa pada ketika itu seperti Nasir Yusof (Professor), Khalid Shahdan, Salehan Mohd Som, Hassan Miskam, Aidil Mohd Noor, Anuar Abu Bakar, Roslan Hamid, Ramlan Rashid, Sazali Nasir, Nazaruddin Atan (Atai), Sani Othman serta diketuai oleh jurulatih daripada Australia Michael Urukalo yang terkenal dengan ketegasannya serta dipimpin oleh seorang tokoh pemimpin yang amat dihormati oleh pemain dan peminat bola sepak negeri JOHOR iaitu Dato' Sulaiman Mohd Noor (Bapa Bola Sepak JOHOR)

                                             Skuad "Double Champions" 1991

Namun lebih menarik pada Aku untuk mengimbau kembali kegemilangan JOHOR pada tahun itu kepada peminat2 bola sepak tanah air ialah “KEHEBATAN TRIO IMPORT” yang membawa kejayaan pada pasukan JOHOR iaitu Ervin Borban (Penyerang), Alistair Edward (Penyerang) dan Abbas Saad (Midfield).

Ehsan Blog Aku Asyraf - Borban, Alistair, Abbas
                                 

Ketiga2 mereka ini telah membawa satu fenomena kepada peminat2 JOHOR berpusu2 ke stadium bagi menyaksikan kehebatan mereka seperti skil, kepantasan, kreatif serta persembahan yang konsisten.

Bagaimana gamatnya Stadium Keramat Negeri JOHOR itu bergema dengan sorakkan tanpa henti oleh penyokong2 yang setia memberi sokongan kepada Skuad Negeri JOHOR kesayangan mereka pada ketika itu. 

Adakah dengan kehadiran ramai pemain2 popular tanah air serta kelibat awang import dari benua Eropah yang bermain dengan kelab2 popular dunia iaitu Daniel Guieza dan Simone Del Nero mampu untuk membawa kegemilangan skuad JOHOR pada tahun hadapan. Itu kita nantikan!!! Apa2 pun aku mengucapkan "SYABAS" kepada pengurusan JOHOR terutamanya TMJ yang berani membawa satu perubahan kepada industri bola sepak tanah air.

Sekian








Tuesday 13 November 2012

Ayuh Bangkit Harimau Malaya...

Assalamualaikum,

10 hari 7 jam 36 minit countdown yang tertera di web AFF Suzuki Cup 2012. Keresahan peminat mula bermain difikiran mereka "Mampukah Harimau Malaya mengaum?" seperti mana yang mereka lakukan diedisi terdahulu. Ini menjadi tanda tanya!!! Dengan prestasi terkini skuad Harimau Malaya menampakkan sedikit menurun, kekalahan demi kekalahan dalam perlawanan persahabatan menunjukkan seolah2 skuad Harimau Malaya tidak bersedia. Pelbagai kiritikkan dilempar kepada skuad Harimau Malaya terutamanya kepada jurulatih mereka King Gopal, seolah-olah tidak mempunyai perancangan mantap. Sehingga perlawanan persahabatan terakhir pun "bayangan 1st Eleven" tidak kelihatan! masih under experiment. Namun King Gopal tenang dengan segala kritikan. Itu lumrah bila berada dipuncak disanjung, bila kecundang di hentam. Itu masalah King Gopal!

Lebih penting pada aku pemain perlu terus diberikan sokongan kerana mereka yang bermain, King Gobal hanya merencana,merancang taktikal dan strategi. Setiap sokongan padu peminat sudah tentu akan membangkitkan "Moral" mereka. Lihatlah bagaimana pemain2 Italy begitu berbangga dengan kejayaan mereka di pada Euro 2012. Pelbagai kontroversi, tuduhan rasuah melanda skuad Italy. Namun pemain2nya mempunyai keazaman yang tinggi. Ini kalian boleh jadikan panduan dan pelajaran.

                                                      Italy

                                                     Harimau Malaya                                   
                
Ayuh Harimau Malaya aku tahu kalian mampu untuk membuat sesuatu dalam keadaan tertekan. Lupakan seketika segala masalah yang kalian hadapi, "FOKUS" kepada setiap arahan diberikan jurulatih. Tenang ketika bermain, ambilah pelajaran daripada apa yang berlaku. Kerana aku yakin dengan kemampuan kalian. Jadi malam ini adalah merupakan titik kebangkitan sebenar kalian. Tewaskan Hong Kong, bermakna kalian telah berjaya menewaskan kekuatiran yang ada dalam fikiran kalian. Jadilah pejuang sejati yang membawa nama Malaysia.

"Ayuh Harimau Malaya Bangkit"

sekian

Monday 12 November 2012

Mat Yo Tersepit...

Assalamualaikum

Masih hangat didada akhbar tentang kemelut perpindahan Mat Yo ke JOHOR. Sehingga Mat Yo tersepit... Kenapa masalah ini boleh terjadi. Sedangkan liga professional kita telah lama berlalu...



Masalah ini sebenarnya boleh diselesaikan sekiranya ketiga-tiga pihak berunding secara professional, memandangkan KAFA masih berhak ke atas Mat YO. Oleh itu PBNJ perlulah memainkan peranan sekiranya betul2 berminat untuk menaggih khidmat Mat Yo dengan menghantar surat tawaran kepada KAFA bersama nilai tawaran pembelian Mat Yo oleh PBNJ. Maka dengan itu KAFA boleh membuat perbincangan di dalam exco meeting dan boleh terus membuat perbincangan dengan PBNJ berapakah nilai yang sepatutnya dibayar oleh PBNJ kepada KAFA. Sekiranya PBNJ merasa harga terlalu tinggi perlulah terus membuat rundingan sehingga mencapai kata putus yang menguntungkan ketiga2 belah pihak.

Mat Yo sebagai pemain professional perlulah bertindak bijak, bukan bergerak secara solo untuk menyampaikan hajatnya sekiranya ingin berhijrah sepatutnya Mat Yo perlu menyaran kepada PBNJ supaya menggunakan saluran yang betul sekiranya benar2 untuk mendapatkan khidmatnya. Mat Yo perlu ingat kerana beliau masih sah milik KAFA. Tidak perlu membuat keputusan sendiri. Sekiranya Mat Yo tidak dilepaskan oleh KAFA, aku berharap Mat Yo akan bersikap professional supaya terus memberikan persembahan yang terbaik demi kerjayanya.

Aku melihat ini satu perkembangan "positif" di dalam arena bola sepak Malaysia. Ia sudah bergerak sebagai industri sukan. Setidak2nya bakat pemain2 tempatan dihargai dan bagi persatuan/kelab pula ia boleh menjana pendapatan melalui penjualan pemain. Dengan itu setiap persatuan/kelab perlulah terus berusaha untuk melahirkan pemain2 berbakat melalui program2 diperingkat akar umbi. Jadi sekiranya pemain2 berbakat yang berjaya dilahirkan dengan potensi yang besar untuk dipasarkan ke liga2 luar maka dengan itu persatuan perlu menandatangi perjanjian sekurang2nya 3 tahun dengan nilai yang berpatutan. Ini setidak2nya menjamin masa depan pemain itu sendiri. Apa lagi persatuan yang ada di Malaysia ini rancang dan jalankan program2 diperingkat akar umbi?

Apa2 pun aku mengucapkan selamat datang kepada Mat Yo dalam pasukan JOHOR sekiranya semua menjadi realiti.

Sekian


Wednesday 7 November 2012

Liga IPT Tercemar...


Assalamualaikum

Aku ucapkan tahniah kepada pasukan UKM Bangi yang telah menjuarai kejohanan Piala Menteri Pengajian Tinggi. Walaupun perlawanan pada malam itu nampak membosankan namun aku harus memberi pujian kepada pemain2 UKM yang telah berusaha bersungguh sehingga minit2 akhir untuk memastikan impian mereka tercapai.

Namun beberapa insiden yang berlaku telah mencemarkan sedikit kejohanan yang boleh dikatakan berprestige diperingkat insitusi pengajian tinggi. Sikap yang dipamirkan oleh segelintir pemain2 KK Kedah ketika berlangsung perlawanan akhir itu amat menjengkelkan. Tiada semangat kesukanan yang jitu. Ini dibuktikan dengan bantahan yang dibuat oleh pemain KK Kedah terhadap keputusan yang dibuat oleh penggadil. Seperti berlakunya adegan mencekik pengadil oleh pemain KK Kedah.  Jadilah atlit yang berdisiplin serta berdidikasi tinggi.

Aku memuji sikap pengadil perlawanan pada malam itu walaupun dicekik oleh pemain KK Kedah namun beliau tidak bertindak balas walhal beliau boleh mempertahankan dirinya daripada kecerderaan. 

Sekian