Thursday 27 June 2013

"BERSATU" Skuad 1998 Julang Piala FA

Assalamualaikum,

Sejarah tercipta dalam kancah bola sepak negeri JOHOR apabila skuad bimbingan Steve Darby menjulang Piala FA buat kali pertama setelah membenam Sabah, selepas kejuaraan berganda 1991. 

Tetapi disini aku ingin berkongsi dengan peminat di atas kejayaan skuad Johor 1998. Kemungkinan sebahagian peminat generasi Y tidak mengetahui kejayaan yang dikecapi itu tanpa kehadiran jumlah penyokong Johor yang ramai, sebagaimana final yang akan dilalui Johor DT. Memandangkan gelanggang final tahun itu dimainkan di Sabah, kurang dari 500 org itu pun termasuk pegawai PBNJ. 

Walaupun ketika itu kelebihan dimiliki pasukan Sabah, tetapi semangat yang ditonjolkan oleh kesemua anak2 Johor begitu membara. Setiap perancangan diatur oleh Steve Darby diketika latihan, diberi perhatian oleh kesemua 25 pemain.

Apa yang membanggakan ketika itu kesemua pemain2 Johor "BERSATU HATI" walaupun ada sebahagian pemain tidak dapat mengikuti rombongan ke Kota Kinabalu atas sebab mahu kurangkan kos transport. 

Tetapi itu tidak mematahkan semangat kesemua pemain Johor untuk menanam satu azam menjulang Piala FA buat kali pertama. Diketuai Darren Steward, Skuad 1998 akhirnya berjaya membawa pulang Piala FA ke JOHOR. 

Ini perlu diambil ikhtibar oleh semua anak2 JOHOR bahawa tidak mustahil untuk Johor DT mencita kejayaan sekiranya semua pemain2nya benar2 "BERSATU" membawa nama JOHOR serta diiringi dengan sorokan puluhan ribu penyokong Johor DT selain dengan sokongan daripada TMJ yang telah menjanjikan imbuhan yang tidak ketahui berapa nilai. Tidak seperti skuad 1998 yang tidak menerima apa2 imbuhan langsung.

Jadi "BERSATU" membawa roh JOHOR pasti ada kekuatan dan kejayaan akan muncul sekali pun ramai menjangkakan Kelantan akan menjadi juara. Ikuti segala perancangan diatur jurulatih inshaAllah akan berjaya

Ayuh terus berjuang demi negeri JOHOR

LUASKAN KUASAMU, HIDUP JOHOR




Sunday 2 June 2013

Transformasi minda, nilai integriti penting dalam organisasi


SAINGAN separuh akhir Piala FA sudah pun melabuhkan tirainya. Kelantan dan Johor Darul Takzim bakal berentap di pentas akhir untuk menentukan siapakah yang bakal menjulang piala tersebut buat kali ke-24 sejak pertandingan itu dimulakan pada tahun 1990.

Biar pun perlawanan di Bukit Jalil, kelmarin berlangsung tanpa sebarang masalah, epilog terdahulu di Stadium Darul Makmur akan tetap kekal dalam lipatan sejarah bola sepak negara.Kekecohan yang berlaku antara penyokong Pahang dan Johor DT minggu lalu. telah membuka minda ramai pihak terutamanya di kalangan pencinta bola sepak.

Persoalan demi persoalan bermain di minda mereka terutama aspek keselamatan dalam stadium mengikut peraturan pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adakah masih relevan? Ini perlu dirungkai dan difikirkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.

Sudah tiba masanya orang-orang FAM berfikir 'melangkaui minda' untuk mengkaji kembali aspek-aspek keselamatan dalam satu-satu kejohanan yang dianjurkan.
Mereka perlu memikirkan penggunaan teknologi terkini dalam membuat kajian dan pemantauan untuk menambah baik aspek keselamatan penonton ke stadium setiap masa.

Ini saya perkatakan kerana mengikut trend terkini generasi-generasi Y begitu bijak untuk mempromosikan sesuatu perlawanan itu melalui alam maya amat berkesan.
Transformasi minda dilakukan oleh generasi Y ini begitu kreatif sehingga berjaya menarik perhatian setiap individu untuk mengikuti sesuatu maklumat itu dengan lebih dekat.

Walaupun topik-topik yang dimainkan itu satu provokasi (cyberwar) tetapi ia berjaya meningkatkan nafsu dan semangat pencinta-pencinta bola sepak itu menghadirkan diri ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.

Di sinilah peranan ahli-ahli jawatakuasa pertandingan untuk memantau setiap gerakan dan promosi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong tegar pasukan itu untuk membuat persediaan awal keselamatan.

Sebagai contoh sudah tiba masanya saya fikir permohonan anggota keselamatan daripada jawatankuasa pertandingan perlulah mengikut nisbah mengikut kapasiti stadium seperti 70:30. Ini setidak-tidaknya anggota keselamatan dapat bertindak lebih awal dalam apa jua keadaan dan kemungkinan yang akan berlaku.

Kejadian di Kuantan ini juga sebenarnya membuka mata berhubung nilai 'integriti' dalam membuat keputusan di kalangan pegawai-pegawai FAM.
Pada pandangan saya keputusan itu amat tidak adil dan seolah satu tamparan kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang pernah dihukum dengan begitu keras atas sebab dan keadaan yang sama, sehingga pasukan Sarawak bermain tanpa kehadiran penonton untuk empat perlawanan Liga Super tahun lalu selain dikenakan denda, disebabkan tindakan penyokong mereka.

Ini persoalan yang timbul difikiran saya, bagaimana Jawatankuasa Disiplin FAM menilai dan membuat sesuatu keputusan itu, sedangkan kejadian yang berlaku di Kuantan adalah serupa.
Pada pengamatan saya, sudah tiba masanya Jawatankuasa Disiplin FAM menyelaraskan setiap hukum itu supaya tidak dipersoalkan pada masa hadapan.

Contohnya Jawatankuasa Disiplin perlu menetapkan sesuatu hukum itu dengan jelas. Itu perlu difikirkan oleh ahli-ahli jawatankuasa disiplin FAM untuk merealisasikannya.
Sudah tiba masanya FAM merubah dasar pentadbirannya mengikut transformasi minda anak muda yang lebih agresif, kreatif dan efektif seiring dengan usaha mewarnai bola sepak Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130603/su_03/Transformasi-minda-nilai-integriti-penting-dalam-organisasi#ixzz2V6o39XK0
© Utusan Melayu (M) Bhd