Wednesday 22 May 2013

PBNJ pantau le!!! pengawal pintu stadium...

Assalamualaikum,

Semangat untuk membenam Kelantan pada perlawanan semalam begitu tinggi dalam jiwa pemain2 Johor DT, ia pula dibantu dengan kehadiran berpuluh ribu penyokong serta pegawai2 tertinggi kerajaan negeri Johor. Namun aku berasa sedikit kecewa apabila perlawanan dimulakan agak lewat disebabkan beberapa faktor yang tidak begitu jelas, namun salah satu faktor kemungkinan penonton terlalu padat dibahagian grandstand serta sedikit provokasi kecil antara kedua2 penyokong.

Tetapi yang menarik perhatian aku pada malam semalam tentang kepadatan penyokong JDT dibahagian grandstand yang melempah ruah daripada kapisiti sebenar. Ini menjadi tanda tanya bagaimana boleh melempah sedangkan kalau diambil kira dengan pass dan ticket dijual sudah tentu ngam2. Apa yang berlaku dipintu utama pengawal pintu! Aku harap pegawai PBNJ perlu memantau setiap tingkah laku mereka.

Apa yang aku tahu memang ada segelintir pengawal pintu stadium memberi masuk kepada teman2 dan keluarga mereka yang kenali untuk memasuki stadium. Kalau ini sentiasa berlaku sudah tentu akan merugikan PBNJ, dah lah baru nak mengaut keuntungan. Benda2 macam ni pulak berlaku lagi.

Baharu sahaja bola sepak negara digemparkan buat kali ketiga dengan isu "bookie", takkan pengawal pintu pun terima "rasuah" juga. Kalau ini berlaku amat lah mengecewakan!!!

Dengan itu pada pandangan aku sudah tiba masanya PBNJ mewujukkan bahagian penguatkuasaan dan pemantauan. bagi memendung gejala tidak sihat ini terus berlaku serta memperbaiki sistem kemasukkan ke dalam stadium. Aku harap PBNJ ambillah tindakan daripada kejadian semalam. Itu sahaja yang aku ingin luahkan...

Sekian


1 comment:

  1. dari pemerhatian sy;
    1. had pengecualian tiket bg kanak2 perlu dimansuhkan kerana ramai ibu atau bapa2 yg membawa anak mereka. sebagai contoh, 5 kerusi digunakan bagi sepasang suami & isteri (beli 2 tiket) tetapi membawa anak mereka 3 org sedangkan 2 kerusi sahaja sepatutnya diduduk.

    ReplyDelete