Monday 17 December 2012

Himpunan Lagenda JOHOR

Assalamualaikum

15 December 2012 tercatat satu lagi sejarah dicipta oleh JOHOR dalam arena bola sepak apabila bekas2 pemain JOHOR dari era 50an sehingga 90an berjaya dihimpunkan oleh Lagenda JOHOR yang dipengerusikan oleh Nasir Yussof (Professor) dirumah "Bapa Pembangunan Bola Sepak Negeri JOHOR" iaitu Dato' Sulaiman Mohd Nor. Satu memory indah yang tidak dapat aku lupakan. Inilah "WIRA2 JOHOR" yang menjulang Piala Malaysia 1985 & 1991, Piala Liga 1991 dan Piala FA 1998.

                                            Himpunan bekas pemain2 JOHOR era 50an - 90an






Selain itu, ia juga menjadi satu transformasi kebangkitan semula bola sepak Negeri JOHOR. Dengan perjumpaan ini setidak2nya mengeratkan kembali persahabatan yang terputus disebabkan tugasan masing2. Perjumpaan ini juga dapat memperkenalkan kepada pemain2 dan peminat2 generasi masa kini khususnya di JOHOR, maklumlah ada diantara pemain dan peminat generasi kini tidak mengenali pemain2 terdahulu daripada mereka. Apa2 pun ini satu usaha murni dilakukan oleh LAGENDA JOHOR - HIDUP JOHOR

Sekian

Sunday 16 December 2012

EGO Makan Diri...

Assalamualaikum

Kegaggalan pasukan Harimau Malaya menggekalkan kejuraan Piala AFF edisi 2012 membawa kemarahan memuncak peminat2 tanah air kepada jurulatih Harimau Malaya DRG. Desakkan demi desakkan dan kritikkan dilemparkan kepada jurulatih itu, hingga meminta beliau meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya. Saban hari aku perhatikan kritikkan telah dilemparkan oleh peminat2 bola sepak tempatan terutamanya dialam maya begitu hangat sekali.

Aku sebagai bekas pemain juga terasa terkilan dengan percaturan yang dibuat oleh DRG dalam skuad Harimau Malaya. Namun aku tidak mahu mengkritik atau mempertikaikan taktikal serta pemilihan pemain2 dibuat oleh DRG, maklumlah aku ni hanya bekas pemain yang tidak mempunyai lesen kejurulatihan :-) .


Tapi apa yang aku ingin katakan disini faktor kegagalan Harimau Malaya menggekalkan kejuaraan Piala AFF kali ini disebabkan sikap "EGO" penerajunya. Tidak mahu mendengar segala pandangan daripada orang2 tertentu terutamanya jurulatih2 tempatan, inikan pula ingin berkomunikasi dengan jurulatih Harimau Muda A, OKS. Ini diakui sendiri oleh jurulatih berpengalaman Abdul Rahman di dalam ruangan Sukan Utusan Malaysia (17 Dec 2012). Dimana beliau mengharapkan DRG selalu turun kepadang berinteraksi dengan jurulatih2 Liga Malaysia untuk mendapatkan pandanagan.


Bak pepatah Melayu ada menyatakan "IKUT RESAM PADI, SEMAKIN TUNDUK BILA BERISI" apabila kita mengecapi kejayaan jangan terlalu ghairah serta bongkak "LANGIT TIDAK SELALU CERAH". Ini satu pengajaran kepada DRG.

Sekian