Thursday 26 April 2012

IDOLA AKU: FANDI AHMAD


Assalamualaikum  

Alhamdulillah selesai sudah tugas2 penting dan kini aku boleh kembali mengupdate blog ini yang telah menyepi seketika. Yang membuatkan aku begitu teruja untuk menulis ketika ini, apabila aku dapat bertemu dengan “IDOLA” aku yang banyak mempengaruhi diri aku ketika aku mula2 berkecimpung dalam bola sepak. Aku banyak mengikuti perkembangan diri beliau di Television, itu pun di channel SBC, memandangkan  “IDOLA” aku ini orang Singapura lah!!! Gerek katakan… Orang yang aku maksudkan itu ialah Fandi Ahmad.

                                                          Aku & Fandi Ahmad
                                                   
Mungkin generasi kini tidak mengenali Fandi Ahmad “Hero Melayu" pertama yang mengembangkan kerjayanya di benua eropah serta bermain di Liga Belanda. Bukan calang2 kelab yang beliau wakili, kalau nak tahu kelab apa yang beliau wakili? FC Groningen. Pernah dinobat sebagai pemain paling popular dan skill full oleh peminat2 FC Gronigen. Beliau juga berjaya membantu FC Groningen megalahkan Inter Milan 2- 0, dimana salah satu jaringan sumbangan Fandi Ahmad di dalam saingan Liga UEFA. Sebelum itu beliau juga pernah ditawarkan kontrak daripada Ajax Amsterdam selama 3 tahun, namun beliau telah menolak dengan sebab yang tertentu dan memilih kelab dari Indonesia - Niac Mitra.

                                    Jaringan Fandi Ahmad jersi No. 7  (FC Groningen vs Inter Milan)

Apa yang boleh kita jadikan tauladan di sini, Bagaimana Fandi Ahmad mengembangkan bakatnya sehingga beliau berjaya mencipta nama diperingkat dunia? Bayangkan pada usia yang muda Fandi telah mencipta nama di Belanda. "Usaha dan kegigihan tanpa mengenal erti jemu" yang ditunjukkan oleh anak melayu ini haruslah di contohi oleh generasi kini. Dengan sokongan bapa Ahmad Wartam dan keluarganya telah berjaya membawa satu kejayaan kepada beliau.

Namun sayangnya kerjaya beliau di eropah hanya seketika! Itu pun disebabkan kecederaan berpanjangan menyebabkan beliau meninggalkan Belanda. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk mencipta nama. Pada 1987,1988,1989 beliau telah membawa satu era baru untuk skuad warga kota “Kuala Lumpur” dengan menjuarai Piala Malaysia sebanyak 3 kali berturut2.

Dengan segala pengalaman yang dimilikinya, beliau kini telah mencurahkan segala ilmu yang ada didada kepada pasukan negeriku JOHOR. Aku berharap anak2 muda JOHOR dapat menggunakan peluang ini untuk menimba ilmu yang berguna.

                                                                       Pasukan Johor FA

Kini anak2 Fandi Ahmad pula akan mengikuti jejak bapanya mencipta nama di Eropah iaitu Irfan (13th) dan Ikhsan (11th) telah dipikat oleh 2 gergasi EPL Chelsea dan Arsenal. Pernah dipanggil untuk mengikuti ujian pemilihan bersama kelab AC Milan dan Velencia. Tahniah aku ucapkan kepada Fandi kerana telah berjaya membimbing anaknya.

Dialah “IDOLA AKU” – Fandi Ahmad