Thursday 29 March 2012

LIONS XII VS T-TEAM: Berperang dengan diri sendiri…

Assalamualaikum

Sudah kita ketahui pasukan mana yang layak ke peringkat separuh akhir Piala FA 2012. Aku mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya. Namun aku ingin memberi pujian kepada pasukan “underdog” Sime Darby FC yang berjaya membuktikan bahawa pemain2 mereka mampu untuk menyaingi kehebatan Johor FC yang berada di dalam Liga Super. Aku tahu rata2 pemain Johor FC yang dibawa oleh K.Devan merupakan pemain terbaik di Johor dan Negara. Dengan nilai kontrak yang di tawarkan kepada pemain2 pasti sungguh berbaloi!!! Tetapi “Apakah result yang diberikan?” di Liga Super pun Johor FC berada di tangga ke 11.  Sudah pasti ini akan memberi tekanan kepada K. Devan, sekiranya tidak membuat sesuatu kepada pasukan Johor FC dalam masa terdekat ini sudah pasti beliau akan menerima tindakkan daripada pihak pengurusan. Jadi buat lah sesuatu Coach Devan “Perahlah segala idea dan pengalaman yang ada” sebelum menerima tindakkan. Lupakan dulu masalah ini.
                                                                    K. Devan

Yang menjadi perhatian aku minggu ini ialah pertemua 2 pasukan yang kini berada di kelompok teratas Liga Super iaitu Lions xii vs T-Team. Kita semua sudah pasti disajikan dengan satu pertemuan yang menarik, penuh dramatik dengan aksi2 permainan bermutu tinggi akan dipamerkan oleh kedua2 pasukan. Tetapi yang lebih menarik “Adakah pemain kedua2 pasukan ini mampu berperang dengan psikologi mereka sendiri?”. Ini aku perkatakan kerana peminat bola sepak sudah ketahui kedua2 pasukan teratas Liga ini kecundang diperingkat Suku Akhir saingan Piala FA 2012 tempoh hari. “Mampukah kedua pemain pasukan ini bangkit daripada kekecewaan yang mereka alami”. Ketika inilah kita ingin melihat sejauh mana semangat berpasukan yang akan dipamirkan oleh kedua pasukan termasuk pihak pengurusan mereka serta kekuatan mental yang ada pada diri pemain kedua2 pasukan. Sebab itu aku katakan mereka akan "Berperang dengan diri sendiri".

                                                          Singapore Lions xii

                                                                   T-team 

Aku juga ingin melihat “Adakah satu perubahan taktikal dan strategi yang akan dilakukan pasukan T-Team!” oleh jurulatihnya Yunos Alif. Aku perhatikan T-Team hanya bergantung kepada dua pemain sahaja iaitu Zairo dan Faiz untuk melakukan gerak2 yang menarik dan menjaringkan gol. Sepatutnya ini tidak berlaku, pemain2 lain perlu mengambil kesempatan untuk membuktikan bahawa diri mereka juga boleh melakukan jaringan seperti Tunku, Khairul, Fadzli dan Hasbullah. Ini aku bangkitkan bukannya apa, sekiranya Zairo dan Faiz diikat oleh pertahanan Lions Xii. Siapakah yang akan mengambil peranan untuk menjaringkan gol? 

Ini yang aku lihat ketika T-Team vs Kedah ketumpulan bahagian serangan mereka yang membawa kekalahan. Memang bermain secara berpasukan tetapi sekiranya hanya seorang dua sahaja yang boleh membawa jaringan dan kemenangan kepada pasukan. Dimankah pula peranan yang lain2. Maka dengan itu pemain2 lain perlulah berkerja lebih keras untuk memajukan diri, demi kebaikkan kepada pasukan dan masa depan mereka sendiri. Bukan apa, aku katakan ini, aku ingin melihat pasukan T-Team dapat menewaskan Lions xii. Pasal aku ingin lihat kedudukan di atas carta Liga Super tahun ini di dominasi dan kuasai oleh pasukan2 tempatan, bukan pasukan yang menempel dalam Liga kita.

Sekian








Saturday 24 March 2012

FAM: PENGADIL MASIH BUTA…

Assalamualaikum

Selesai sudah pusingan pertama peringkat Suku Akhir Piala FA 2012. Tahniah aku ucapkan kepada pasukan yang berjaya memperolehi kemenangan, terutama kepada pasukan Sime Darby FC yang telah menunjukkan satu permainan yang bermutu ketika menentang pasukan Johor FC. Aku juga ingin memberi pujian kepada pemain2 Sime Darby FC yang telah mempamirkan commitment dan disiplin serta semangat juang yang tinggi ketika mereka bertemu Johor FC tempoh hari, walaupun pasukan Johor FC bermain di liga tertinggi Malaysia. 

                                                                   Sime Darby

Seperti aku katakan, pasukan underdog juga boleh melakukan kejutan dalam pertandingan ini. Namun jurulatih Sime Darby FC perlu menumpukan perhatian pada tahap kecergasan pemain dan melakukan perubahan taktikal ketika perlawanan peringkat kedua nanti. Aku pasti Johor FC akan melakukan satu perubahan drastik bagi memastikan mereka memperolehi kemenangan untuk menjamin masa depan pasukan mereka sebelum mereka diambil tindakan oleh pihak pengurusan. Ini pasti kerana aku pun dah duduk di bawah pengurusan Johor FC.

“Adakah mutu pengadilan Liga kita sudah baik?”

                                                                                          Gambar file

Ini satu persoalan yang perlu di jawab oleh FAM. Rata2 aku perhatikan kebanyakkan pemain atau pun pasukan kurang berpuas hati dengan tahap mutu pengadilan yang ada di dalam diri segelintir pengadil2 Liga Malaysia. Mereka kurang peka dengan suasana dan keadaan yang berlaku ketika perlawanan. Tidak semua lah!!! 

Terutamanya daripada penyokong2 tempatan yang kurang senang dengan tahap mutu pegadilan bola sepak Negara yang lemah. Penyokong2 tempatan kena jagalah juga tahap professional dan nilai sivik diri mereka, jangan nak membaling objek je untuk melepaskan kemarahan. Kesian juga lah kat Persatuan Negeri! asyik nak membayar denda je ke FAM. "Jangan Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar". Nanti aku suruh Muhyiddin Yassin wujudkan kembali mata pelajaran Sivik untuk kebaikkan bersama...


Aku tahu pengadil itu manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Jadi pegawai FAM kena lah ambil satu pendekatan untuk membantu pengadil2 ini untuk memajukan diri mereka. Janganlah makan gaji buta je atau pandai nak memberi hukuman kepada pegawai2 pasukan dan pemain2 sahaja. Bila pengadil dikritik sudah tentu Jawatankuasa pengadil akan menghukum mereka ini. Kenalah berlaku adil kepada mereka2 ini. Dengarlah pandangan daripada mereka, inikan untuk kebaikkan bersama.
Aku katakan ini berlandaskan kepada kejadian2 yang berlaku pada saingan suku akhir Piala FA sahaja tidak yang lepas2, jadi faham2 sahaja lah ye, orang2 di dalam Jawatankuasa Pengadilan FAM. Jangan hanya untuk memajukan bola sepak tapi mutu pengadilan semakin kebelakang. Perlulah seiring…

“Fikir2 lah ye FAM?”

Sekian

Monday 19 March 2012

FA CUP : MAMPUKAH 2 PASUKAN UNDERDOG MENERUSKAN CABARAN…

Assalamualaikum

Bermulalah bahang perebutan dan kerancakkan Piala FA 2012 peringkat suku akhir (pertama) yang akan kedengaran tiupan wisel pertama pada hujung minggu ini. Sebelum pergi lebih jauh lagi, aku terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada 8 pasukan yang berjaya layak ke peringkat suku akhir saingan Piala FA 2012.

Lebih menarik perhatian aku pada peringkat suku akhir ini ialah kewujudan “2 pasukan underdog” yang telah melakar sejarah tersendiri di dalam saingan Piala FA iaitu pasukan “Sime Darby dan Kuala Lumpur SPA”. Walaupun selaku pasukan yang bersaing di dalam Liga Premier dan FAM, namun kedua2 pasukan ini telah berjaya membuat satu kejutan dan sudah pastinya akan memberikan satu saingan sengit dengan permainan yang berkualiti tinggi bagi mengekalkan momentumnya untuk mencipta kemenangan dengan pasukan2 yang bermain di Liga Super.

                                                                                      Sime Darby

“Mampukah ia meneruskan cabaran ini?”

Ini yang akan menjadi persoalanya? Tapi aku percaya kedua2 Jurulatih mempunyai perancangan dan percaturan strategi dan tektikal tersendiri untuk memastikan anak2 buahnya mengekalkan tahap pretasi permainan yang berkualiti tinggi dengan individu teknik yang mampu memberikan satu kejayaan kepada pasukan masing2. Dengan berbekalkan keyakinan,kejayaan,kepintaran dan pengalaman yang ada pada jurulatih kedua2 pasukan ini, mampu untuk memberikan satu saingan sengit kepada lawan masing2 pada peringkat suku akhir pertama.

“Singapura Rancang Sesuatu”

Perhatian aku juga tertumpu kepada dua pertemuan juara tahun lepas Terengganu dan Lions xii. Di mana kedua2 pasukan ini mempunyai agenda tersendiri bagi membuktikan kekuatan pasukan masing2. Terutamanya pasukan Lions xii yang menyimpan dendam di atas kekalahan pusingan pertama Liga Super. Dengan kredibiliti yang ada pada kedua2 jurulatih serta idea2 yang bernas aku percaya ia mampu menyajikan satu perlawanan yang berkualiti tinggi dengan kualiti dan individu teknik serta skill pemain2 tempatan yang mereka miliki seperti Assari, Zubir, Manaf, Marzuki, Muslim, Ismail Faroqi bagi Terenganu dan Singapura pula seperti Shahril, Mahdu, Saiful, Baihakki dan ramai lagi.

                                                                       Singapura


                                                                                                    Terengganu

Dengan kekuatan yang ada pada kedua2 pasukan ini, aku merasa pemain2 kedua pasukan perlu menunjukkan satu permain yang kreatif  dan agresif. Sebelum aku mengakhiri ulasan ini aku mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang akan mengharungi perlawanan pertama peringkat suku akhir Piala FA 2012.

Sekian


Saturday 17 March 2012

JANGAN CARI MILAGE SENDIRI…

Assalamualaikum

Tamat sudah peringkat kumpulan kelayakkan Olimpik peringkat Asia, dimana pasukan Harimau Muda kita kecundang kesemua perlawanan tanpa mengutip sebarang mata. Apa2 pun aku ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pemain dan pegawai pasukan yang telah banyak berkorban tenaga dan masa demi bola sepak Negara kita Malaysia.

                                               Skuad Harimau Muda

Apa yang paling mendapat perhatian pada minggu ini ialah kenyataan orang ketiga terpenting di dalam FAM iaitu Anuar Musa. Sudah pasti dengan kenyataannya secara terbuka menyentuh credibility seorang jurulatih yang telah berjaya membawa kepada satu fenomena baru dalam arena bola sepak Tanah Air sehingga berjaya menarik minat semua kaum untuk memakai jersi Harimau Malaya.

                                             Jurulatih Perpaduan Rakyat Malaysia

                                                  Kita Juara


                                                  Peminat Berbangga Menyarung Jersi Harimau Malaya

Aku tidak faham kenapa seorang yang mempunyai jawatan tertinggi di dalam FAM sendiri mengkritik pasukan Kebangsaan, yang pada pandangannya tidak mampu untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF hujung tahun ini. Sedangkan Anuar boleh membawa agenda itu di dalam meeting jawatankuasa FAM. "Inilah kalau orang politik memegang jawatan dalam persatuan sukan yang tidak memahami pasal sukan". Biasalah kalau orang politik memang suka buat kontroversi bagi meletakkan dirinya didepan dan menguji pengaruhnya serta popularitinya!!!
Apakah sebenarnya agenda yang ada dalam kepala Anuar Musa?    
Kenapa semasa dia memegang jawatan Menteri Sukan dahulu tidak membuat sesuatu?  Mungkin ketika itu berada di puncak kerjaya…  Sekarang gunakan plarform sukan porpular tanah air untuk membina kekuatan politiknya semula.

“Tepuk Dada Tanya Selera”

                                                          Anuar Musa

Aku berharap kita semua perlu memberi sokongan moral kepada semua pemain2 dan pegawai2 skuad Kebangsaan. Memanglah mereka tidak bermain pada tahap sebenar ketika ini. Kita perlu ambil kira juga Liga Malaysia yang sedang berlangsung sekarang. Pemain2 ini perlu memikirkan dan memberi “FOKUS” kepada majikan mereka. Kalau majikan mereka kecundang , Siapa pula yang akan menjamin masa depan mereka?. Sepatutnya Anuar perlu memikirkan bagaimana untuk membentuk satu program pembangunan untuk generasi akan datang dan masa depan pemain2 bola sepak tempatan. Sudah2 lah dengan membuat kontroversi dan  “Cukup2 lah cari milage sendiri…”

Sekian

Wednesday 14 March 2012

BUKAN MUDAH MENJADI PENGULAS BOLA SEPAK...

Assalamualaikum

Pertama kali aku ingin mengucapkan ‘Tahniah’ kepada pasukan2 yang berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA pada hujung minggu lalu. Kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Astro Arena kerana sudi memberi peluang kepada aku untuk bersama2 memberi ulasan secara langsung di saluran 801 dalam dua perlawanan Piala FA di antara pasukan T-Team vs Pahang dan  Terenganu vs Perak.

Apa yang aku ingin kongsikan bersama2 ini adalah merupakan satu pengalaman yang penuh berharga dalam hidup aku yang tidak boleh di jual beli.

“Bukan Mudah Untuk Menjadi Seorang Pengulas Bola Sepak?

Ini aku ingin kongsi kepada semua peminat2 bola sepak bahawa bukan mudah untuk seseorang itu ingin menjadi “Pengulas Sesuatu Perlawanan Bola Sepak” yang berwibawa. Banyak kerja yang perlu di lakukan terutamanya kekuatan mental dan homework yang banyak, selain daripada bakat yang ada pada diri seseorang serta “FOKUS” pada sesuatu perlawanan.

                                                                                       Shaukei Kahar

Aku begitu hormat kepada semua “Pengulas Sukan” tanah air yang berjaya menghidupkan suasana perlawanan dengan ulasan2 yang menyemarakkan perlawanan. Ini kerana mereka perlu mengetahui semua aspek2 teknikal permainan dan nama2 pemain dengan cepat serta fakta tepat.

 Aku dan Brother Shaukei

Pengalaman ini, aku sendiri alami ketika mengulas kedua2 perlawanan di atas. Pada malam pertama aku ingin mengulas tiba2 perasaan takut dan gementar mula bermain di fikiran. Apatah lagi ketika aku duduk di dalam bilik ulasan bertambahlah gelisah dalam diri aku. Satu idea dan perkataan tidak terlintas di dalam fikiran aku, sehingga lidah aku menjadi kelu.

                                                                                   Aku ketika mengulas

Perasaan ini pernah aku rasai ketika setiap kali aku melangkah masuk di perkarangan stadium. Mujurlah aku dapat bantuan daripada pengulas sukan yang berpengalaman tanah air brother Shaukei Kahar dan Producer serta team production Astro Arena yang memberi semangat.

                                                                           Aku dan Producer En Razlin

Aku tabik kepada semua pengulas sukan Negara...

Sekian