Saturday 31 January 2015

JDT Semakin Matang...

Jaringan dua pemain import Marcos dan Figueroa meastikan Johor Darul Ta'zim menjulang Piala Sultan Hj. Ahmad Shah perlawanan Sumbangsih dan juga merupakan pembuka tirai Liga Super 2015. Permulaan yang baik dipamirkan oleh anak2 buah Bojan Hodak. Permainan yang kemas dengan penguasaan bola yang baik dengan hantaran2 pendik tepat ke kaki ini menunjukan bahawa pada tahun ini JDT sudah mempunyai "falsafah dan dna" bolasepak mereka sendiri.

Lebih menarik tentang perlawanan semalam, perubahan posisi pemain dilakukan oleh Bojan terhadap Fadhli Shas,Kunalan dan Junior Estdal. Mereka berjaya menunjukan kualiti tersendiri dan ini mengambarkan bahawa mereka itu adalah merupakan pemain yang mempunyai teknik individu yang baik. Inilah kebaikan dan kelebihan kepada seseorang pemain apabila mempunyai teknik individu yang baik, dimana jurulatih mempunyai banyak pilihan untuk menggunakan khidmatnya.

Tetapi cabaran utama tahun ini, bagaimana JDT dapat mengekalkan konsistensi sepanjang musim. Memandangkan pada tahun ini JDT juga terlibat dalam saingan AFC/ACL. Adakah kesemua pemain2 JDT bersedia menghadapi musim yang penuh cabaran ini? Itulah persoalan yang perlu diberi perhatian oleh pemain2 JDT terutama dalam aspek kekuatan fizikal dan mental.

Dengan pengalaman yang mereka miliki ini aku kira mereka tidak mempunyai masalah untuk menghadapinya tetapi mampukah mereka berlawan dengan diri sendiri ketika harapan diberikan oleh pihak pengurusan terlalu tinggi untuk melihat JDT lebih cemerlang selain daripada penyokong JDT. Itu peranan utama pemain2 JDT.

Walaupun aku melihat ini sebagai satu kejayaan awal kepada JDT, namun pada masa yang sama aku ingin melihat kelibat anak2 Johor sendiri menjulang nama Johor Darul Ta'zim kerana aku masih yakin bahawa ramai bakat2 anak Johor berbakat diluar sana sebagaimana tahun 80an dan 90an.

Apa2 pun aku mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan,pemain dan penyokong JDT tanpa mengenal erti putus asa membawa perubahan dalam aspek pembangunan bolasepak negara. Sekali lagi TAHNIAH kepada JDT yang menjulang Piala Sultan Hj. Ahmad Shah 2015.