Sunday 24 February 2013

Fandi Perlu Contohi B. Sathianathan

Assalamualaikum

Minggu ini adalah minggu yang amat penting kepada pengurus dan jurulatih JDT Fandi Ahmad untuk mengembalikan keyakinan peminat2 terutama dalam persembahan dan taktikal serta susunan pemain. Setelah mengharungi 8 perlawaan Liga Super dan 1 Piala FA masih tidak kelihatan permainan teratur dengan idea2 kreatif diterjemahkan oleh pemain2 JDT diatas padang. Ini memberi sedikit gambaran negative dikalangan peminat2 kerana semua sudah ketahui dengan pemain2 bertaraf bintang dibawa oleh Fandi masih tidak menunjukkan permainan tersusun dan berkualiti setanding dengan nilai yang dibayar.

Fandi perlu mencontohi bagaimana B.Sathianathan berjaya membimbing serta mengemudi pasukan ATM. Semua sudah maklum pada tahun ini ATM kehilangan beberapa tonggak bintang muda utama mereka yang berhijrah ke JDT. Namun jurulatih ini tidak panik dengan setuasi itu, beliau begitu yakin dengan kemampuan orang2 lama yang sedia ada dan hanya membawa masuk Shukor Adan (orang lama juga) bagi menggantikan kekosangan bahagian pertahanan tengah yang ditinggalkan oleh Aidil.

Apabila diperhatikan separuh daripada kesebelasan utama ATM terdiri daripada orang2 lama kebanyakkan mereka ini sudah melepasi angka 30 tapi masih mempamirkan aksi yang bermutu serta dengan gerakkan menarik. Di sinilah aku melihat Fandi perlu mencontohi B.Sthianathan bagaimana beliau berjaya menggunakan kelebihan yang ada pada pemainnya. Ini menunjukkkan beliau begitu memahami serta mengenali setiap kelebihan dan kekurangan pemainnya, ia memberi kelebihan kepada B.Sathianathan untuk meletakkan pemain2nya diposisi yang tepat. Tidak seperti Fandi sehingga kini masih tidak membayangkan posisi sebenar pemain2nya.

Contoh paling mudah bagaimana B.Stahianathan menggunakan kelibat Marlon Alex James dibahagian serangan. Kita semua ketahui umur pemain ini sudah hampir mencecah 40an namun masih mampu untuk melaksanakan tugasnya dengan baik. Kalau kita perhatikan boleh dirumuskan setiap perlawanan Marlon akan menjaringkan gol.

Sebab itu aku katakan Fandi perlu mencontohi bagaimana B.Sathianathan bijak menggunakan kelebihan pemain2nya sehingga mampu untuk mengemudi carta Liga Super buat masa ini.

Sekian

2 comments: