Monday 21 July 2014

Hormati Pilihan Dollah

Assalamualaikum,

Akhirnya teka teki, siapakah pilihan Dollah Salleh menjadi pembantunya pun telah terjawab. Tiada siapa pun boleh mempertikaikan pilihan Dollah kerana dia lebih tahu, Apakah yang diinginkan oleh beliau dalam menggalas tugas sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan kita. 

Berilah kebebasan kepada Dollah bersama dengan pasukan kejurulatihannya untuk membuktikan bahawa mereka mampu untuk menggalas tugas yang diamanahkan serta mengembalikan keyakinan pecinta bola sepak terhadap kemampuan skuad kebangsaan dalam menghadapi kejohanan2 antarabangsa yang mendatang dan kemajuan bola sepak negara ketika ini, setidak2nya meningkatkan ranking FIFA.

Jangan bersikap terlalu "negative" kerana semua yang dipilih Dollah itu mempunyai kemampuan tersendiri iaitu Reduan Abdullah, Wan Mustafa dan Omar Salim. Sebagaimana yang kita ketahui Reduan adalah merupakan salah seorang jurulatih yang mempunyai Pro License dari UEFA (hanya beberapa orang je yang ada sijil ni di Malaysia) sementara Wan Mustafa pembantu Dollah ketika mencipta sejarah bersama MBPJ menjulang Piala Malaysia 2003 dan pemeggang ijazah dalam jurusan kewartawanan dari UITM juga bekas pemain Johor dan Selangor. Sementara Omar Salim bekas pemain Johor dan  Kebangsaan juga merupakan usahawan berjaya di Johor.

Aku menyokong Dollah dengan pemilihan yang dibuat, berilah masa kepada mereka untuk membuktikan terlebih dahulu, bukan terus mempertikaikan pilihan beliau. Sementara itu Dollah perlu bijak menggunakan kemahiran pembantunya untuk menilai pemain2 Harimau Muda A untuk diserapkan kedalam skuad Harimau Malaya. Tahniah aku ucapkan kepada yang dipilih, teruskan perjuangan anda dalam memertabatkan bola sepak Negara.

Sekian

 

Wednesday 16 July 2014

P. Malaysia 2014 - Kebijaksanaan Pemain Penentu Kejayaan Pasukan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah setelah begitu lama aku tidak mencoretkan kata2 dalam blog aku ini, akhirnya dapat juga aku meluangkan sedikit masa untuk bersama2 memberi pandangan dan pendapat tentang perkembangan bola sepak antarabangsa dan tempatan khususnya.

Sebelum itu, aku ingin mengucap TAHNIAH kepada pasukan German yang menjulang Piala Dunia 2014 serta kepada penyokong mereka (termasuk aku hehehe). Menarik tentang Piala Dunia edisi kali ini banyak perkara yang boleh kita pelajari terutamanya daripada aspek "Keharmonian dan Perpaduan" dalam pasukan selain teknikal dan taktikal. Ini telah dibuktikan dengan beberapa pasukan seperti Columbia,Costa Rica dan Algeria. (Pilihan Aku) sehingga pasukan mereka berjaya membawa satu era baru dalam bola sepak negara masing2.

Berbalik kepada bola sepak dalam negara, apabila undian Piala Malaysia dilakukan baru2 ini ramai peminat2 mula mencongak dan membuat perhitungan serta meramalkan pasukan mana yang akan mencuri tumpuan dalam saingan kali ini. Mampukah pasukan JDT dan Pahang meneruskan prestasi mereka? atau Benarkah PDRM dan Felda United akan membuat kejutan? atau Kelantan bangkit daripada prestasi hambar dalam saingan Liga Super? Ini semua terletak kepada "kebijksanaan dan kemahuan" pemain itu sendiri untuk menterjemahkan setiap strategi dan perancangan yang telah dibuat oleh jurulatih mereka. 

Jadi aku meramalkan satu persaingan yang sengit daripada semua pasukan yang akan memulakan kempen Piala Malaysia pada pertengahan Ogos 2014, apa2 pun aku mengucapkan selamat maju jaya kepada setiap pasukan...

Sekian