Sunday 17 August 2014

BERSATU DAN PENGORBANAN DAPAT MENGANGKAT BOLASEPAK KITA


Harapan dan keinginan dalam memertabatkan bolasepak Negara dikalangan pencintanya terutamanya kelompok generasi baharu di Malaysia yang ditonjolkan sepanjang beberapa tahun ini amat tinggi dan ada memberi kesedaran dikalangan pengurusan badan induk serta ahli gabungannya. Ini telah diterjemahkan ketika kongres pemilihan FAM yang lalu. Masih tidak terlambat saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang terpilih. 

Namun mereka perlu bekerja sebagai satu pasukan dalam memberi nafas baharu terutamanya dalam bentuk idea serta berfikiran terbuka dalam menerima apa juga pandangan dan teguran. Mentality budaya bekerja di FAM serta ahli gabungan juga perlu diambil perhatian. FAM perlu mejadi peneraju utama membentuk halatuju bolasepak Negara dalam menyediakan kertas kerja untuk diselaraskan disemua peringkat akar umbi serta pengurusan yang lebih professional dalam pentadbirannya. Kerana dalam dunia moden ini mereka perlu bergerak dengan lebih efektif,inovatif dan keretif dalam menerajui organisasi. 

Bukan itu sahaja FAM perlu bergerak lebih agresif dalam membentuk dan melahirkan pemain yang berkualiti tinggi kerana ini satu harapan daripada peminat serta pencinta bolasepak Negara. Begitu juga dengan mewujudkan satu falsafah bahru bolasepak Negara.

Dengan itu FAM perlu memberi perhatian kepada bekas-bekas pemain yang mempunyai pengalaman yang luas dan kreatif serta mampu memberi idea-idea yang bernas dalam memwujudkan satu fenomena baharu dalam bolesepak. Kerana pada masa ini masyarakat Malaysia terutamanya daripada kaum Cina dan India melihat kerjaya bolasepak ini tidak mempunyai masa depan yang cerah. Ini boleh kita lihat penglibatan kaum cina dan india dalam kancah bolasepak Malaysia kini amat berkurangan terutama dalam saingan Liga Malaysia.

Bukan tugas mudah kepada FAM untuk memuaskan hati setiap pencinta bolasepak dalam memacu dan memajukan sukan bolasepak ini sehingga ketahap dunia. Dengan itu FAM memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak termasuk daripada ahli-ahli gabungan terutamnya.
Kerjasama yang dilakukan oleh FAM bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan masih tidak mampu sebenarnya untuk memertabatkan bolasepak Negara kita sekiranya tidak dapat sokongan dan pergorbanan daripada peminat bolasepak Negara itu sendiri.

Mereka bukan hanya  mendesak untuk perubahan tetapi perlu merubah landskap dan kesedaran dalam diri sendiri bermula dari rumah, bagaimana sekiranya kita ingin mempersiapkan diri sebagai pemain ataupun atlit professional. Itulah tugas utama sebenarnya kepada pencinta bolasepak Negara dalam memberi penerangan serta membimbing anak-anak atau adik-adik kita yang berminat untuk menceburkan diri dalam sukan bolasepak sebagai kerjaya. Kerana kita ketahui dalam bolesepak moden ini banyak melibatkan sains sukan contohnya dari aspek pemakanan serta kaedah latihan, Itu tidak termasuk dalam pentadbiran diri.

Dengan itu sekiranya kita ingin menjadikan bolasepak ini sebagai agenda nasional maka dengan itu pengorbanan daripada semua rakyat Malaysia terutamanya pencinta bolasepak amat ditagihkan. Kita tidak boleh hanya mengharapkan FAM atau pun badan kerajaan tetapi perlu bermula dirumah kita sendiri.

Pengorbanan dan bersatu hati sahaja yang dapat mengangkat kembali bolasepak Negara kita ini. Kita lihat sahaja bagaimana Jepon memertabatkan bolasepak mereka sehingga berjaya diperingkat dunia. Pengorbanan pertama yang  mereka lakukan setelah mencipta sejarah pada tahun 1998 setelah melayakkan pasukan Jepon ke Piala Dunia dengan menewaskan Iran di Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunus Larkin Johor Bahru. Walaupun mereka kecundang diperingkat kumpulan tetapi mereka terus memburu harapan dengan setiap perancangan dilakukan oleh JFA dan kerajaan Jepon yang terus memandang kehadapan. 

JFA mendapatkan sokongan daripada semua skuad 1998 itu untuk melakukan “ROAD TOUR” berceritakan dan berkongsi pengalaman mereka yang mencipta kejayaan melayakkan pasukan mereka dalam Piala Dunia. 

Selain itu JFA juga menerbitkan buku untuk dijual supaya semua pencita bolasepak Negara itu dapat menyimpan dan menceritakan kembali kepada generasi-generasi bahru di Jepon bagaimana semangat samurai itu terpahat dalam jiwa mereka. Begitu juga dengan sokonga yang positif dilakukan oleh media-media disana yang tidak memberikan gambaran negetif demi memertabatkan bolesepak Jepon. Mereka bekerja bersatu hati untuk mengangakat angenda Negara matahari terbit itu dalam menjulang nama Jepon dimata dunia.

Sepatutnya perkara ini juga FAM lakukan kerana Malaysia pernah mencipta sejarah dengan melayakkan diri disukan Olimpik Munich 1972 dan Moscow 1980. Bukan hanya membiarkan sejarah itu berlalu tanpa diketahui oleh generasi bahru. Masih tidak terlewat untuk kita membawa hero Negara pada masa itu yang masih ada untuk dikongsikan kepada rakyat Malaysia amnya.

Dalam bulan kemerdekaan ini amat sesuai untuk merubah landskap metaliti kita dan terus memacu kehadapan bagi memertabatkan bolasepak Negara serta mendukung amat daripada Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak menjadikan sukan bolasepak ini sebagai “Agenda Negara”. Hanya dengan “BERSATU DAN PENGORBANAN DAPAT MENGANGKAT BOLASEPAK KITA”
Sekian