Thursday 5 September 2013

Ujian Pertama Harimau Muda A Sebelum Sukan SEA Myanmar

Assalamualaikum

Kehangatan bola sepak Negara tidak terhenti, walaupun bahang saingan Piala Malaysia 2013 baharu memasuki pusingan kedua dihentikan seketika kerana memberi laluan kepada kejohanan yang penuh dengan sejarah tersendiri dalam bola sepak negara iaitu Pesta Bola Merdeka.

Edisi kali ini disertai empat pasukan seperti MalaysiaU23,ThailandU23,SingapuraU23 dan MyanmarU23. Boleh dikatakan kesemua pasukan yang menyertai kejohanan ini membuat persiapan sebelum menghadapi Sukan SEA di Myanmar pada bulan November 2013.

Pada edisi kali ini anak2 buah Ong Kim Swee perlu mengambil kesempatan menunjukkan kematangan mereka setelah berkelana selama enam bulan dibumi eropah. Aku fikir dengan pengalaman selama enam bulan itu sudah tentu tidak menjadi masalah kepada Ong Kim Swee untuk memastikan anak2 buahnya mengalas tugas yang diberikan dengan berkesan.

Keserasian dan memahami antara satu sama lain adalah inti pati kejayaan utama kepada skuad Ong Kim Swee ini. Aku harapkan Ong Kim Swee mampu merubah landskap bola sepak negara kerana skuad ini mempunyai potensi untuk mengibarkan bendera negara serta mengharumkannya pada masa mendatang. 

Kekuatan skuad ini pada semangat berpasukan, kepantasan dan kekuatan fizikal selain perlu memperbaiki sedikit aspek teknikal individu serta kepantasan berfikir. Dalam bola sepak modern aspek ini amat penting. Namun aku percaya Ong Kim Swee mampu untuk merealisasikan impian pencinta  bola sepak Negara.

Pada pandangan aku juga, sudah tiba masanya separuh daripada skuad ini diserapkan dalam skuad senior untuk bersama2 bersaing dalam perebutan tempat. Ini akan memberi saingan yang positif dan kompetitif dikalangan pemain2.

Ayuh kita sama2 doakan agar skuad ini memperolehi kejayaan dan kepada semua pencinta bola sepak di Kuantan terutamanya penuhkan Std Darulmakmur petang esok memberi sokongan kepada Harimau Muda A.

Sekian