Tuesday 15 October 2013

Harimau Malaya: Aspek bertahan secara berpasukan masih lemah

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya dapat juga aku memberi ruang kepada diri aku ini untuk melemparkan ayat2 untuk dokongsikan bersama. Semua sudah tahu bahawa minggu ini adalah merupakan minggu yang begitu warna warni dalam kancah bola sepak negara kita, kerana banyak topik yang boleh dibincang serta disuarakan.

Sebelum aku menyentuh tentang prestasi skuad kebangsaan kendalian K. Rajagopal terlebih dahulu aku ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan 4 yang layak menjejakkan kaki keperingkat separuh akhir Piala Malaysia 2013. Sudah tentu pertemua separuh akhir yang bermula pada 18/19 Oktober 2013 ini akan menjadi perhatian semua kerana ini adalah merupakan peringkat separuh akhir yang begitu menarik untuk diperhatikan. 

Dengan kegaggalan pasukan JDT dan Lions Xii melayakkan ke peringkat separuh akhir, perhatian akan tertumpu kepada pasukan underdog Sarawak yang begitu konsisten dalam  persembahan mereka. Ini sudah tentu akan menjadi tamparan kepada Pahang apabila berhadapan Sarawak digelanggang sendiri pada jumaat ini. Disini lah ujian sebenar kepada pemain2 Pahang menguji kekuatan mental mereka dan fokus pada perancangan jurulatih kerana harapan yang tinggi peminat2 sudah tentu akan mengganggu sedikit konsentrasi mereka, sama juga dengan pasukan Sarawak pemian2nya perlu bijak mengambil kesempatan apabila berhadapan digelanggang lawan pada perlawanan pertama kerana mempunyai kelebihan kepada mereka sekiranya berjaya menjaringkan gol.

Bagi pertemuan ATM dan Kelantan pula akan menjadi perhatian media untuk mempelbagaikan cerita bagi menjadikan ia satu perlawanan yang dinantikan oleh semua peminat bola sepak tanah air memandangkan kedua2 pasukan ini mempunyai nostalgia tersendiri, dimana pada perlawanan akhir tahun lalu Kelantan berjaya menewaskan ATM, ini juga akan menjadi misi balas dendam kepada pemain2 ATM. Sebelum perlawanan bermula pelbagai perang psychology telah dimainkan oleh ATM dengan isu stadium perlawanan pertama separuh akhir. Walaupun sesetengah peminat melihat kemungkinan itu masalah dalaman pasukan ATM yang sedang bergolak tetapi aku berpandangan bahawa itu dalah merupakan perang psychology dimainkan ATM untuk menggangu konsentrasi pemian2 Kelantan. Apa2 pun perlawanan separuh akhir yang melibatkan 4 pasukan ini memang yang terbaik untuk disaksikan.

Sementara itu dengan keputusan seri Harimau Malaya ketika menentang Bahrain sudah tentu akan melegakan sedikit Rajagopal, namun pada hakikatnya Harimau Malaya agak sukar untuk menempah ticket secara merit ke kejohanan Piala Asia 2015 tetapi dalam bola sepak apa2 pun boleh berlaku. Sekiranya Harimau Malaya ingin menempah tiket secara merit, Ragagopal perlu memberi tumpuan kepada aspek bertahan secara berpasukan dan perlu memberi kesedaran kepada pemian2 untyuk berfikir dengan pantas (in advance) kerana bermain diperingkat antarabangsa tidak boleh terlalu kasual. 

Kalau dua aspek ini berjaya ditekankan kepada pemain inshaAllah Harimau Malaya akan berjaya keperingkat seterusnya. Dengan itu kita sama2 doakan agar pemain2 Harimau Malaya terus memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya nanti.



1 comment:

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan "menempah tiket secara merit"? Apakah maksud 'merit'? Setahu saya jika Harimau Malaya layak ke Australia atas tiket pasukan tempat ketiga yg terbaik atau 'the best of third placing in the qualifier", itu pun atas merit. Bermakna pasukan tersebut telah berusaha dan hanya mampu utk mendapta tempat ketiga dan layak atas dasar pasukan tempat ketiga yg mendapat paling banyak mata dikalang pasukan tempat ketiga yg lain. Peraturan kelayakan telah termaktub sebelum perlawanan kelayakan bermula bahawasanya pasukan yg berada di tempat ketiga yg mempunyai mata tertinggi akan layak ke pusingan akhir di Asutralia. Peraturan tersebut tidak diubah untuk memberi kelebihan kepada Malaysia. Contoh nya, jika seseorang murid tidak layak masuk ke IPTA sebab keputusan peperiksaan STPM nya sangat teruk tetapi dapat masuk juga sebab bapanya seorang Menteri, maka itu boleh dikatakan ditidak layak secara merit. Dia dapat masuk kerana bapa nya kenal org dalam. Dalam hal ini, walau apa pun keputusan nya, jika Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia atas dasar menjuarai kumpulan atau mendapat tempat kedua atau the best thrid placing, maka skuad HM layak secara merit.

    Banyak Demerit

    ReplyDelete