Tuesday 12 February 2013

Mampukah Nutralisasi Realisasikan impian Rakyat Malaysia?

Assalamualaikum

4 minggu MSL berehat untuk memberi ruang kepada skuad Harimau Malaya membuat persiapan untuk menghadapi perlawanan pertama kelayakkan Asia Cup 2015. Namun kita sudah maklum pasukan negara kita kecundang kepada Qatar. Walau bagaimana pun aku memuji semangat juang serta kesungguhan dipamirkan oleh pamain2 negara pada malam itu, mereka tidak gentar dengan reputasi pasukan lawan. Aku tidak mahu berbicara tentang taktikal & strategi diwujudkan oleh DRG. Kita semua tahu dengan sikap "EGO" yang ada pada diri beliau.

Tapi yang menarik untuk aku memberikan pendapat dan pandangan kali ini ialah tentang pemain naturalisasi yang hangat diperkatakan dan dicadangkan. Aku melihat ini satu cadangan yang "baik". Namun kita perlu melihat sedalam2nya adakah rakyat Malaysia tidak mampu merealisasikan impian sebagaimana pemain2 terdahulu pada era 1970an dan 1980an telah berjaya layak keperingkat akhir Olimpik di Moscow dan Munich. Sebelum itu juga kita perlu bertanya dengan diri sendiri beberapa soalan. Contohnya:-

1) Sejauhmana pemain2 nutralisasi ini dapat membantu kejayaan pasukan Negara?
2) Tidak mampukkah Malaysia melahirkan pemain2 berbakat dengan 28 juta penduduk?
3) Adakah FAM & MSN sudah mempunyai 'blue print' untuk jangka masa 20 hingga 30 tahun?
4) Adakah program sains sukan negara kita sudah sebati dikalangan pelajar2 sekolah?

Ini lah persoalan2 yang perlu kita tanya pada diri kita, sebelum membuat keputusan untuk mengambil pemain naturalisasi berkhidmat untuk negara. Aku melihat dengan jumlah penduduk 28 juta tidak mustahil Malaysia mampu untuk melahirkan ramai2 pemain2 berbakat, sekiranya kita melihat daripada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia lebih kurang 2.7 juta pelajar lelaki berdaftar disekolah rendah & menengah. Setidak-tidak 0.01% peratus dari jumlah ini sudah memadai untuk negara melahirkan ramai pemain2 berbakat sekirannya dengan susunan program pembangunan yang betul serta pendedahan sains sukan diperingkat menengah dan rendah dengan meluas.

Sekian

2 comments:

  1. Biarla kita jadi diri sendiri ... FAM tu perlu transformasi

    ReplyDelete
  2. Salam.. Malam tadi sy sempat keluar dengan seorang pegawai MSN yang telah bersara. Sy membangkitkan hal pemain naturalisasi kepada beliau. Menurut beliau,MSN tiada halangan dalam hal ini, tapi ego FAM yang masih tidak mahukan pemain naturalisasi.

    Pada sy, sebagai negara yang memiliki keupayaan kewangan yang baik, kita rugi jika tidak mengambil pemain naturalisasi. Kita perlu sedar ramai negara kuasa dunia seperti England, USA, Prtugal, Jerman, Perancis, Jepun dan banyak lagi ada mengambil pemain naturalisasi. Sebagai negara bukan kuasa bolasepak, kenapa kita nak bodoh sombong dalam hal ini?

    Selain dari masalah ego FAM yang tinggi, pemikiran para peminat yang masih sempit untuk tidak mahu menerima pemain naturalisasi juga amat menyedihkan. Bayangkan, jika pada zaman keemasan Malaysia dahulu, kita ada menambah beberapa key player naturalisasi, mungkin bukan setakat Olimpik, malah Piala Dunia juga mungkin kita dah sampai.

    Ringkasnya macam ni, sedangkan Jerman pun masih gunakan pemain naturalisasi (contoh Mesut Ozil, Khedira), Malaysia kenapa nak malu untuk gunakan? Malu ke bodoh sombong?

    ReplyDelete