Thursday 13 November 2014

LM 14 : Zainal Julang Jurulatih Tempatan

Assalamualaikum,

Liga Malaysia menutup tirainya pada 1 November 2014, malam yang penuh bermakna kepada pasukan Tok Gajah (Pahang) apabila dua tahun berturut2 menjulang Piala Malaysia. Kita sudah melihat bagaimana peritnya perjalanan pasukan Pahang sebelum menjadi juara. Pelbagai rintangan dan tekanan yang dihadapi oleh pihak pengurusan pasukan terutama jjurulatihnya Zainal Abidin Hassan baik diluar atau didalam padang. 

Sebaliknya pelbagai perkara yang berlaku itu sebenarnya menjadi "resepi" kepada kejayaan Pahang. Itulah pengalaman yang berharga kepada Zainal Abidin Hassan menhadapi setuasi tekanan itu dengan tenang.

Sebenarnya apa yang aku ingin nyatakan disini kewibawaan jurulatih tempatan pada ketika ini berada pada landasan terbaik terutama dalam saingan Liga Malaysia. Ini dibuktikan sendiri dalam kedudukan carta Liga Super dan saingan Piala Malaysia. Dua jurulatih tempatan yang mampu memberi tekanan kepada jurulatih import, begitu juga dalam saingan Piala Malaysia tiga jurulatih tempatan berjaya mencipta satu anjakkan dalam merealisasikan impian majikan mereka.

Tetapi disini sebenarnya cabaran kepada pentadbiran persatuan dan kelab, bagaimana memikirkan perjalanan jurulatih tempatan ini untuk terus bersaing dan mengekalkan prestasi mereka seterusnya membantu melahirkan jurulatih2 tempatan yang berwibawa dalam dunia yang pantas ini. Persatuan perlu bijak menyusun strategi dalam perancangan melahirkan jurulatih yang berkualiti dan berwibawa seiringan dalam melahirkan pemain2 berkualiti tinggi.

Sekian