Sunday 17 February 2013

JOHOR FA Masih Ada Kelemahan

Assalamualaikum

Jeritan dan kompang tidak henti2 dipalu oleh penyokong the real JOHOR di Stadium Selayang ketika aku berkunjung untuk melihat sendiri prestasi pasukan JOHOR yang dibimbing oleh rakan aku Buntal (Azmi) ketika bertemu pasukan POS. Aku begitu teruja dengan sikap ditunjukkan oleh peminat2 setia the real JOHOR ini kerana tidak jemu2 untuk berbual bicara tentang perkembangan dan perubahan dibawa oleh TMJ. Ini menunjukkan peminat setia the real JOHOR dahagakan kejayaan. Apakan tidak kali terakhir piala dimenangi oleh JOHOR pada 1998 (Piala FA).

Apa pun aku mengucapkan tahniah kepada pasukan JOHOR kerana berjaya menewaskan POS dengan jaringan 2 - 0. Tapi!!! Banyak yang perlu dibaiki oleh pasukan JOHOR terutamanya dari segi teknik individu. Aku lihat JOHOR begitu baik dari taktikal zone yang dipamirkan. Pemain2 faham apa yang diterapkan oleh jurulatih. Namun JOHOR kurang dari segi kreativiti ketika melakukan serangan. Kebanyakkan pemain2 JOHOR gerakkan badannya agak keras, tidak ada seni ketika melakukan gelicikkan. Kita lihat bagaimana Andre dan Orlando yang mempunyai seni tersendiri ketika mengawal dan mengelecek bola selain dari idea2 kreatif mereka. Ini yang perlu dibaiki oleh pemain2 tempatan JOHOR selain sentuhan pertama mereka. Sentuhan pertama amat penting dalam bolasepak kerana ia menunjuk arah kemana hendak dituju. Walau bagaimana pun aku melihat inilah pemain2 yang mampu membawa nama pasukan the real JOHOR kerana mereka adalah yg terbaik setakat ini dilahirkan oleh negeri JOHOR.

Aku juga harapkan Buntal (Azmi) terus memberikan "FOKUS" dalam pengemudiannya bersama2 pasukan the real JOHOR. Tidak perlu masuk campur tentang apa yang berlaku di dalam pengurusan Fandi. Itu lebih baik dari cuba memburuk2kan orang lain. Tidak perlu membandingkan peruntukkan yang diterima oleh JDT dengan JOHOR dan perkara2 lain lagi. Sekiranya JOHOR berjaya dibawa ke Liga Super pada tahun hadapan aku kira sudah pasti imbuhan akan menanti.

Sekian

No comments:

Post a Comment