Friday 29 July 2011

TERIMA KASIH PENYOKONG HARIMAU MALAYA…


Episode 1995 berulang, Harimau Malaya tewas kepada Singapura melalui aggregate (4 – 6). Luluh hati  aku bila tiupan wisel penamat di tiupkan oleh pengadil perlawanan. Tertutup terus peluang Harimau Malaya untuk menempatkan Malaysia ke pusingan ke -  3 Kelayakkan Piala Dunia peringkat kumpulan Asia. Aku dapat rasakan apa yang mereka rasa, kerana aku juga letakkan “ROH” aku di tengah2 padang bersama2 mereka. Walaupun aku hanya memakai jersi Malaysia ketika menentang Singapura pada Kelayakkan Olimpik Atlanta 96 di bahagian penonton.

                                                       (Jersi Aku ketika menentang Singapura 1995)

Aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong pasukan Harimau Malaya yang tidak berbelah bagi menyokong pasukan Tanah Air Kita MALAYSIA tercinta hingga ke wisel penamat. Buat pertama kali aku begitu terharu dengan kedatangan 85,000 penyokong Harimau Malaya bersatu dengan megah menyanyikan lagu “Negaraku”. Aku berharap supaya tradisi ini terus kekal walaupun jatuh bangun bola sepak kita. Hanya dengan sokongan ini kita dapat membantu membangunkan bola sepak Negara.

                                           (Penyokong Setia Harimau Malaya)

Kepada skuad Harimau Malaya teruskan perjuangan, jangan berhenti di sini. Tingkatkan latihan dan “Kenali Kelebihan Diri”, Insyallah ia akan membawa kejayaan. Terus “Fokus” untuk membawa kejayaan kepada bola sepak Malaysia.Kepada pencinta bola sepak  Negara terus berdoa agar skuad Harimau Malaya mencipta kejayaan pada masa akan datang.

                                           (Teruskan berdoa)

Sekian

Wednesday 27 July 2011

BAYANGAN KEJAYAAN...

Hanya tinggal 21 jam, debaran semakin bergoncang, fikiran semakin melayang untuk memikirkan nasib pada hari esok (perlawanan). Adakah memperolehi kejayaan atau pun kecaman? Ini yang bermain dalam fikiran aku ketika pertama kali nama aku disenaraikan dalam skuad utama JOHOR.

Ketika itu aku masih lagi di dalam skuad Piala Presiden JOHOR (Pelapis). Maklumlah, aku baru berusia 17 tahun pada masa itu, untuk aku bermain bersama dengan nama besar dalam skuad JOHOR dan Kebangsaan seperti Prof. Nasir Yusof, Hasnim Haron (Import), Ervin Boban (Import), Darren Stewart (Import), Sani Othman, Khalid Shahdan, Salehan Mad Som, Roslan Hamid, Sazali Nasir, Nasaruddin Atan dan ramai lagi.

Hati aku tidak tenang, kehulu ke hilir dibuatnya, tidak reti duduk diam. Kerana inilah penentu kerjaya aku dalam bola sepak (Professional) yang telah aku pilih semenjak kecil lagi. Lalu aku bertekad berjumpa dengan Ayah aku (Uzir b Hussin) dan bertanya padanya, Ayah apakah harus aku lakukan? Kerana aku berada dalam kegelisahan. Ayahkan mempunyai pengalaman? Ini kerana Ayahku bekas pemain skuad JOHOR (era 1950 – 1970). Lalu dia berkata:-

                                          Aku dan Ayah

“Ketika kau nak tidur semasa pejamkan mata, bayangkan lah apa yang kau nak buat. Rasailah suasana perlawanan sebenar dan buatlah apa yang telah kamu pelajari. Insyallah ia akan menjadi dan akan memperolehi kejayaan” – Uzir b. Hussin

Lalu aku pun terus lakukan apa yang telah ayah aku katakan tadi.

                                          Pertama kali mewakili JOHOR (Liga M)

Pada hari perlawanan menentang Kedah yang dibarisi pemain2 tersohor seperti Radhi Mad Din, Adigun (Import), Manja Man, Ahmad Sobri dan ramai lagi. Akhirnya aku berjaya meyakinkan jurulatih  (Wan Jamak) dan 30,000 penyokong JOHOR yang hadir ke Stadium Larkin bahawa kemasukkan aku tidak sia2. Aku telah menghadiahkan sepakkan penalti kepada pasukan JOHOR untuk berkongsi mata dengan pasukan KEDAH, pada ketika itu pasukan KEDAH sedang mendahului JOHOR (1-0).

                                           Aku di tackle oleh Adigun dan Ahmad Kamal

                                          
Dengan kata2 Ayah aku tadi mungkin ia boleh di guna pakai oleh Skuad Harimau Malaya dan kepada sesiapa pun untuk dijadikan panduan sebelum menghadapi sesuatu perlawanan. Sebab itu kita kena “Kenali Kelebihan Diri”, Insyallah pasti berjaya.

Sekian

Tuesday 26 July 2011

PESANAN Claude Le Roy...

Salam

Apa yang dilalui oleh Skuad Harimau Malaya pada hari ini, telah mengingatkan aku kembali ketika aku mewakili Skuad Olimpik Malaysia pada Kelayakan Olimpik Atlanta 1996 di dalam Kumpulan C bersama-sama Singapura dan China.

Pada ketika itu kami telah dibimbing oleh ketua jurulatih berpengalaman dari Perancis yang begitu tegas sifatnya serta mempunyai etika profesionalisme yang tinggi iaitu Mr. Claude Le Roy dibantu oleh En. Irfan Bakti dan En. Lim Chuan Chin (Jurulatih Penjaga Gol)

                                           Cloude Le Roy ketika memberi penerangan kepada pemain

Cuma pada ketika itu sitiuasi tekanan jauh amat berbeza daripada hari ini kerana waktu itu satu sejarah hitam telah melanda bola sepak tanah air dengan tertangkapnya ramai pemain di atas amalan “Rasuah” (1994)

“Berat Mata Memandang Lagi Berat Bahu Memikul” dengan perumpamaan ini sahaja yang dapat aku gambarkan kepada peminat2 bola sepak tanah air. Kami diberikan tugas yang amat penting dan harapan yang tinggi daripada semua pihak untuk mengembalikan “Maruah” bola sepak Negara ketika itu. Pada perlawanan pembukaan menentang Singapura (Julai 1995) dalam Kumpulan C, pasukan kami tewas kepada Singapura (2-0) dengan  kehadiran lebih 40,000 penyokong tuan rumah Singapura. Kedua2 jaringan pihak lawan telah dijaringkan oleh Lee Man Hon.

Apabila tiupan wisel penamat ditiupkan ALLAH sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu, setelah semua kuderat dan perancangan jurulatih telah kami “FOKUS” dan berikan. Hinaan dan cacian dilemparkan kepada kami. Ketika berjalan keluar menuju ke dressing room Aku dan rakan2 tunduk kecewa. Tanpa sedari Aku telah ditampar oleh Claude Le Roy serta diiringi dengan kata2 keramatnya. Dengan prinsip dan falsafah yang tinggi Claude Le Roy sehingga kini kata2nya itu tersemat dalam ingatan aku.

                                           Aku memakai jersey No. 7 (Malaysia vs Singapura)

“Jangan Sesekali Memalingkan Muka Kamu Menyembah ke Bumi, Terus mendogak dagu, membuka dada kerana perjuangan kamu belum berakhir” – Claude Le Roy

Oleh itu dengan kata2 ini aku berharap Skuad Harimau Malaya jangan mengaku kalah, teruskan perjuangan untuk memartabatkan nama “MALAYSIA” di arena bola sepak AsiaAku berharap peminat2 bola sepak tanah air bersama2 kita memberi sokongan dan berjuang untuk bola sepak Negara kita “MALAYSIA

Sekian

Sunday 24 July 2011

KENALI KELEBIHAN DIRI,PASTI BOLEH…

Salam

Selesai sudah perlawanan pertama pusingan ke - 2 Kelayakkan Piala Dunia antara Malaysia vs Singapura dimana pasukan kita kecundang dengan Singapura (5-3).

Aku begitu yakin dengan pasukan Harimau Malaya akan memperolehi kejayaan pada perlawanan ke – 2 di Stadium Bkt Jalil pada 28 Julai 2011 dengan kekuatan dan semangat berpasukan yang ada pada pasukan Harimau Malaya kita.

Namun mereka ini perlu melihat sedalam-dalamnya kesilapan2 yang telah mereka lakukan. Terutama dibahagian pertahanan yang banyak melakukan kesilapan asas permainan bola sepak yang tidak sepatutnya dilakukan pada peringkat antarabangsa.

Aku cuma ingin memberikan padangan apabila diamati rata2 pemain kebangsaan kita masih tidak mengetahui kelebihan dan kekuatan diri sendiri serta rakan pasukan. Ini perlu diatasi segera oleh pemain2 skuad kebangsaan kita. Dengan mengetahui kelebihan diri sendiri mereka mampu mengawal peratusan permainan setiap perlawanan dengan sendirinya. Ini dapat mengekalkan prestasi yang cermerlang.

 Sekian

Friday 22 July 2011

FIKIR BERSAMA...

Salam

TAHNIAH SKUAD MALAYSIA ( HARIMAU MALAYA)

Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Tahniah kepada Skuad Harimau Malaya yang berjaya melangkah ke pusingan ke 2 Pra Kelayakkan Piala Dunia. Aku juga begitu ghairah untuk kembali menyemarakkan diri bersama2 memberi sokongan kepada skuad Kebangsaan. Setelah sekian lama menyepikan diri dari mengikuti perkembangan bola sepak tempatan atas sebab2 tertentu.

Aku cuma nak mengingatkan pemain jaganlah melakukan kesilapan2 yang tidak sepatunya berlaku dalam asas permainan bola sepak. Bagi seseorang pemain wajib mengenali kelebihan diri sendiri dalam permainan bola sepak, dengan itu pemain akan memastikan tahap peratusan permainan diri di dalam sesuatu perlawanan berada pada tahap maksimun.

Sebagai seorang pemain, kita hendaklah sentiasa bertanya kepada jurulatih tahap permainan kita dari semasa ke semasa dan Apakah? kelebihan yang ada pada diri sendiri. Pemain juga hendaklah sentiasa membuat "research" semasa menonton perlawanan peringkat antarabangsa dan International League untuk menambah ilmu di dada.

Sekian