Sunday 17 June 2012

HARIMAU MALAYA PERLUKAN NAZMI...


Assalamualaikum

Bahang kemenangan pasukan Harimau Malaya ketika menentang Singapura ini masih terasa. Di mana peminat2 masih berbicara tetang kemenangan itu. Aku ingin memuji sikap yang ditunjukkan oleh pemain2 Kebangsaan, walaupun mereka dikiritik hebat oleh segelintir peminat2 yang pandai menyalak!!! Tidak bersama2 memberi sokongan ketika pasukan kebangsaan menghadapi keperitan. Hanya bersorak ketika mengecapi kejayaan tetapi lari ketika hadapi kesulitan. Itulah resam sebagai pemain bola sepak!!! “SABAR”.

Namun mereka telah menunjukkan sikap yang matang serta mempunyai kekuatan mental yang kuat dengan tekanan2 yang diterima. “Tapi!” itu adalah sementara, pasukan Kebangsaan ada “MISI” yang lebih besar dihadapan yang menanti iaitu menggekalkan kejuaraan Piala AFF 2012 dan layak ke kejohanan Piala Asia serta seterusnya!!! Berdasarkan persembahan yang dipamirkan oleh pemain2 kebangsaan amatlah membanggakan dengan semangat juang yang ditunjukkan serta tenknik dan taktikal yang baik diadaptasikan di atas padang. Yang paling penting "Mengikut segala arahan dan tunjuk ajar jurulatih".

Tetapi pasukan Harimau Malaya masih ada sedikit kekurangan dibahagian “midfield” yang kurang creative dan vision yang baik. Rata2 pemain midfield yang ada lebih kepada “midfield defensive”. Harimau Malaya memerlukan midfield yang creative seperti pada era 1980an dan 1990an seperti Reduan Abdullah, Azizol Hanifah, Nasir Yusof, Radhi Mat Din, Khalid Shahdan dan ramai lagi.



Dengan itu aku harap agar Rajagopal dapat memanggil dan menggunakan khidmat Nazmi Faiz Mansor untuk mengemudi bahagian “midfield” Harimau Malaya. Pada pandangan aku, Nazmi adalah orang yang paling sesuai untuk mengemudi bahagian itu. Walaupun umurnya baru mencecah 18th. pada August nanti, namun kematangan yang ada pada Nazmi mampu untuk beliau menggalas tugas itu. Nazmi mempunyai teknik individu serta “VISION” yang baik dalam merancang gerakkan ketika bermain dengan berkesan. Anak muda ini bijak dan pantas membuat keputusan selain berkeyakinan serta menunjukkan kesungguhan yang tinggi ketika berada di atas padang. Dengan faktor itulah beliau terpilih untuk menandatangi kontrak bersama pasukan Beira-Mar di Liga Utama Portugal. Dengan itu Rajagopal? – “HARIMAU MALAYA PERLUKAN NAZMI”