Thursday 12 July 2012

FAM KEDEKUT ANJUR KEJOHANAN ANTARABANGSA PERINGKAT UMUR

Assalamualaikum

Hari ini adalah merupakan perlawanan terakhir Liga Premier 2012, umum sudah ketahui ATM telah mencatat sejarah dengan muncul juara bagi musim ini. Namun kontroversi demi kontroversi dicipta oleh bandan induk bola sepak tanah air – FAM.  Inilah kalau persatuan didominasi oleh "puak2 politik dan kaki2 bodek" yang mementingkan diri sendiri. Tidak memikirkan bagaimana ingin memajukan bola sepak Negara terutama dalam pentadbiran dan pembangunan akar umbi. Tiada dinamik, inisiatif dan proaktif untuk memikirkan sesuatu yang diluar kotak demi kemajuan bola sepak Negara. Kita perhatikan setiap persatuan baik di negeri boleh dikatakan semuanya ditadbir oleh puak2 politik ini. Namun hanya secubit yang benar2 memperjuangkan bola sepak tanah air.

Aku muntahkan ini bertujuan untuk memastikan generasi akan datang lebih terbila nasib mereka apabila mereka memilih untuk berkecimpung di dalam arena bola sepak profesional. Apa yang boleh dikatakan setakat ini pentadbiran FAM sendiri tidak professional dengan tanggungjawap yang di amanahkan. Kita dapat lihat mereka tidak mempunyai perancangan yang rapi, baik dari segi penyampaian piala kejohanan kepada pasukan pemenang pun menjadi masalah.

Bukan itu sahaja, tiada satu pun kejohanan yang dianjurkan oleh FAM di peringkat Antarabangsa untuk memberi pendedahan kepada pemain2 di peringkat akar umbi yang boleh kita banggakan. Tidak seperti Negara jiran kita yang terdekat, Singapura, FAS mengeluarkan perbelanjaan untuk mengganjurkan kejohanan peringkat antarabangsa bwh. 15 tahun setiap tahun yang dikenali dengan nama LIONS CITY CUP. FAM tidak!, hanya mentingkan income sendiri. Aku harap ahli jawatankuasa semua peringkat FAM perlu memikirkan ini. Bukan hanya berlindung dengan statut perlembagaan FAM. Dengan itu boleh katakan - FAM KEDEKUT ANJUR KEJOHANAN ANTARABANGSA PERINGKAT UMUR

Sekian

Monday 9 July 2012

FAM: SELARASKAH PEMBANGUNAN AKAR UMBI DENGAN NEGERI?


Asssalamualaikum

Minggu ini adalah minggu yang penuh dengan isu2 kotroversi dalam arena bolasepak Negara. Bermula dengan keengganan FAM membuat bantahan kepada AFC berhubungan dengan penyenaraian pemain Myanmar yang melebihi had umur di dalam kejohanan Piala AFC bawah 22th. dan semasa Kongress ke – 48  FAM dimana FAM telah menggambil keputusan untuk tidak menggubal Artikel 88 dalam Perlembangaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu yang menjadi perbualan hangat selepas penggantungan Timbalan Presiden FAM.

Namun itu hanya harapan tinggal harapan. Umum semua sudah ketahui yang FAM tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membuat bantahan sebagaimana kehendak “pencinta bola sepak tanah air” kepada AFC dan pelbagai alasan yang diberikan tetang penggubalan Artikel 88 oleh Setiausaha Agung FAM semasa kongres kerana itu hanyalah isu2 remeh di mata orang2 FAM.

Apa yang lebih menarik untuk dipersoalkan ketika ini kepada FAM ialah “KEMANA HALA TUJU “FAM” DALAM PEMBANGUNAN AKAR UMBI? Terutamanya diperingkat umur bawah 10th. , ini yang aku ingin bertanya kepada FAM!, kerana apa yang aku lihat tidak ada satu program yang disalurkan kepada persatuan negeri dalam jangka masa 10 hingga 20 tahun dari sekarang! Dan yang paling menjadi persoalan “Adakah FAM menyediakan satu kertas kerja (Blue PRINT) untuk diselaraskan oleh Persatuan Negeri dengan perancangan pembangunan yang dirancang oleh FAM tentang hala tuju bola sepak Negara pada masa hadapan". Ini yang menjadi tanda tanya?

Ini aku perkatakan kerana kita boleh lihat setiap persatuan negeri akan menjalankan agenda pembangunan  mereka sendiri. Itupun bagi persatuan negeri yang berkemampuan. Begitu juga dengan MSN yang menjalankan Program Pembangunan Bola Sepak sendiri dibawah pengawasan pengarah teknikal Lim Kim Chon di seluruh Negara. Adakah program yang dijalankan oleh MSN ini selaras dengan perancangan pembangunan FAM? Hanya FAM sahaja yang tahu!!!

Aku mengharap FAM dapat menyediakan satu kertas kerja dalam menyelaraskan pembangunan bola sepak akar umbi terutamanya bawah 10th. Kepada persatuan disetiap negeri untuk kemajuan bola sepak Negara dalam jangka masa 10 hingga 20 tahun mendatang. Ini penting kerana dengan kertas kerja inilah FAM dapat meletakkan matlamat dan sasaran kemajuan bola sepak Negara. Jadi  FAM: SELARASKAH PEMBANGUNAN AKAR UMBI DENGAN NEGERI?

Sekian





Sunday 1 July 2012

FAM: PERLU GANTUNG PERLAWANAN DAN DENDA AMRI

Assalamualaikum

Hanya beberapa perlawanan sahaja lagi akan menentukan Kelantan menjadi juara Liga Super edisi 2012. Tiada yag lebih menarik sekiranya pasukan dari Negara kita yang akan menjuarainya. Aku katakan ini kerana pasukan Kelantan sahaja yang mampu memberikan tekanan dan saingan kepada Lions xii. Namun itu akan menjadi kenyataan sekiranya pasukan Kelantan memenangi 2 perlawanan daripada 4 baki perlawanan sahaja.

Tetapi yang lebih menarik perhatian aku, insident yang membabitkan Amri Yahya (Captain Selangor) dan Gaddar, ketika pertemuan dua gergasi bolasepak tanah air minggu lalu. Inilah satu insident yang tidak boleh diterima akal kerana tindakkan dilakukan oleh Amri itu dengan “niat” menumbuk bahagian sulit Gaddar.


Aku harap satu tindakkan yang adil dikenakan oleh FAM untuk membela nasib Gaddar. Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila seorang pemain yang berpengalaman dan juga merupakan ketua pasukan Selangor. Ini persoalannya? Di manakah sikap “leadership dan semangat kesukanan” yang ditunjukkan oleh Amri dalam era professional. Walaubagaimanapun “pujian” perlu diberikan kepada Gaddar yang menunjukkan satu sikap yang matang dan professional, dimana beliau " TIDAK" bertindak balas atas tindakkan kasar dan provokasi yang dilakukan oleh Amri dan rakan2nya. Dengan itu aku berharap agar FAM mengenakan satu hukuman yang berat kepada Amri kerana dengan “sengaja dan berniat” untuk mencederakan Gaddar.


Ini mengikatkan kembali satu insident pada final Piala Dunia 2006 (France vs Italy). Di mana satu perbalahan diantara Zidane dan Materazi. Di mana Zindane pada waktu itu telah menanduk bahagian dada Materazi dengan sengaja dan berniat. Namun itu di atas provokasi yang dilakukan Materazi menghina salah seorang keluarga Zidane. Setuasinya berbeza dengan Amri yang sengaja menumbuk bahagia sulit Gaddar.


Ini telah membuatkan FIFA mengambil tidakkan dengan menggantung Zidane. Di sini menunjukkan FIFA tidak mengambil peduli tentang status Zidane sebagai pemain terbaik dunia pada ketika itu. FAM perlu mengambil iktibar daripada insident ini untuk bertindak tegas kepada Amri, supaya ini boleh menjadi pengajaran kepada pemain liga tempatan supaya lebih bersikap professional dan respect antara pemain2. Oleh itu FAM: PERLU GANTUNG PERLAWANAN DAN DENDA AMRI untuk memberi sedikit kesedaran kepada beliau.

Sekian