Sunday, 17 August 2014

BERSATU DAN PENGORBANAN DAPAT MENGANGKAT BOLASEPAK KITA


Harapan dan keinginan dalam memertabatkan bolasepak Negara dikalangan pencintanya terutamanya kelompok generasi baharu di Malaysia yang ditonjolkan sepanjang beberapa tahun ini amat tinggi dan ada memberi kesedaran dikalangan pengurusan badan induk serta ahli gabungannya. Ini telah diterjemahkan ketika kongres pemilihan FAM yang lalu. Masih tidak terlambat saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang terpilih. 

Namun mereka perlu bekerja sebagai satu pasukan dalam memberi nafas baharu terutamanya dalam bentuk idea serta berfikiran terbuka dalam menerima apa juga pandangan dan teguran. Mentality budaya bekerja di FAM serta ahli gabungan juga perlu diambil perhatian. FAM perlu mejadi peneraju utama membentuk halatuju bolasepak Negara dalam menyediakan kertas kerja untuk diselaraskan disemua peringkat akar umbi serta pengurusan yang lebih professional dalam pentadbirannya. Kerana dalam dunia moden ini mereka perlu bergerak dengan lebih efektif,inovatif dan keretif dalam menerajui organisasi. 

Bukan itu sahaja FAM perlu bergerak lebih agresif dalam membentuk dan melahirkan pemain yang berkualiti tinggi kerana ini satu harapan daripada peminat serta pencinta bolasepak Negara. Begitu juga dengan mewujudkan satu falsafah bahru bolasepak Negara.

Dengan itu FAM perlu memberi perhatian kepada bekas-bekas pemain yang mempunyai pengalaman yang luas dan kreatif serta mampu memberi idea-idea yang bernas dalam memwujudkan satu fenomena baharu dalam bolesepak. Kerana pada masa ini masyarakat Malaysia terutamanya daripada kaum Cina dan India melihat kerjaya bolasepak ini tidak mempunyai masa depan yang cerah. Ini boleh kita lihat penglibatan kaum cina dan india dalam kancah bolasepak Malaysia kini amat berkurangan terutama dalam saingan Liga Malaysia.

Bukan tugas mudah kepada FAM untuk memuaskan hati setiap pencinta bolasepak dalam memacu dan memajukan sukan bolasepak ini sehingga ketahap dunia. Dengan itu FAM memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak termasuk daripada ahli-ahli gabungan terutamnya.
Kerjasama yang dilakukan oleh FAM bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan masih tidak mampu sebenarnya untuk memertabatkan bolasepak Negara kita sekiranya tidak dapat sokongan dan pergorbanan daripada peminat bolasepak Negara itu sendiri.

Mereka bukan hanya  mendesak untuk perubahan tetapi perlu merubah landskap dan kesedaran dalam diri sendiri bermula dari rumah, bagaimana sekiranya kita ingin mempersiapkan diri sebagai pemain ataupun atlit professional. Itulah tugas utama sebenarnya kepada pencinta bolasepak Negara dalam memberi penerangan serta membimbing anak-anak atau adik-adik kita yang berminat untuk menceburkan diri dalam sukan bolasepak sebagai kerjaya. Kerana kita ketahui dalam bolesepak moden ini banyak melibatkan sains sukan contohnya dari aspek pemakanan serta kaedah latihan, Itu tidak termasuk dalam pentadbiran diri.

Dengan itu sekiranya kita ingin menjadikan bolasepak ini sebagai agenda nasional maka dengan itu pengorbanan daripada semua rakyat Malaysia terutamanya pencinta bolasepak amat ditagihkan. Kita tidak boleh hanya mengharapkan FAM atau pun badan kerajaan tetapi perlu bermula dirumah kita sendiri.

Pengorbanan dan bersatu hati sahaja yang dapat mengangkat kembali bolasepak Negara kita ini. Kita lihat sahaja bagaimana Jepon memertabatkan bolasepak mereka sehingga berjaya diperingkat dunia. Pengorbanan pertama yang  mereka lakukan setelah mencipta sejarah pada tahun 1998 setelah melayakkan pasukan Jepon ke Piala Dunia dengan menewaskan Iran di Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunus Larkin Johor Bahru. Walaupun mereka kecundang diperingkat kumpulan tetapi mereka terus memburu harapan dengan setiap perancangan dilakukan oleh JFA dan kerajaan Jepon yang terus memandang kehadapan. 

JFA mendapatkan sokongan daripada semua skuad 1998 itu untuk melakukan “ROAD TOUR” berceritakan dan berkongsi pengalaman mereka yang mencipta kejayaan melayakkan pasukan mereka dalam Piala Dunia. 

Selain itu JFA juga menerbitkan buku untuk dijual supaya semua pencita bolasepak Negara itu dapat menyimpan dan menceritakan kembali kepada generasi-generasi bahru di Jepon bagaimana semangat samurai itu terpahat dalam jiwa mereka. Begitu juga dengan sokonga yang positif dilakukan oleh media-media disana yang tidak memberikan gambaran negetif demi memertabatkan bolesepak Jepon. Mereka bekerja bersatu hati untuk mengangakat angenda Negara matahari terbit itu dalam menjulang nama Jepon dimata dunia.

Sepatutnya perkara ini juga FAM lakukan kerana Malaysia pernah mencipta sejarah dengan melayakkan diri disukan Olimpik Munich 1972 dan Moscow 1980. Bukan hanya membiarkan sejarah itu berlalu tanpa diketahui oleh generasi bahru. Masih tidak terlewat untuk kita membawa hero Negara pada masa itu yang masih ada untuk dikongsikan kepada rakyat Malaysia amnya.

Dalam bulan kemerdekaan ini amat sesuai untuk merubah landskap metaliti kita dan terus memacu kehadapan bagi memertabatkan bolasepak Negara serta mendukung amat daripada Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak menjadikan sukan bolasepak ini sebagai “Agenda Negara”. Hanya dengan “BERSATU DAN PENGORBANAN DAPAT MENGANGKAT BOLASEPAK KITA”
Sekian








Monday, 21 July 2014

Hormati Pilihan Dollah

Assalamualaikum,

Akhirnya teka teki, siapakah pilihan Dollah Salleh menjadi pembantunya pun telah terjawab. Tiada siapa pun boleh mempertikaikan pilihan Dollah kerana dia lebih tahu, Apakah yang diinginkan oleh beliau dalam menggalas tugas sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan kita. 

Berilah kebebasan kepada Dollah bersama dengan pasukan kejurulatihannya untuk membuktikan bahawa mereka mampu untuk menggalas tugas yang diamanahkan serta mengembalikan keyakinan pecinta bola sepak terhadap kemampuan skuad kebangsaan dalam menghadapi kejohanan2 antarabangsa yang mendatang dan kemajuan bola sepak negara ketika ini, setidak2nya meningkatkan ranking FIFA.

Jangan bersikap terlalu "negative" kerana semua yang dipilih Dollah itu mempunyai kemampuan tersendiri iaitu Reduan Abdullah, Wan Mustafa dan Omar Salim. Sebagaimana yang kita ketahui Reduan adalah merupakan salah seorang jurulatih yang mempunyai Pro License dari UEFA (hanya beberapa orang je yang ada sijil ni di Malaysia) sementara Wan Mustafa pembantu Dollah ketika mencipta sejarah bersama MBPJ menjulang Piala Malaysia 2003 dan pemeggang ijazah dalam jurusan kewartawanan dari UITM juga bekas pemain Johor dan Selangor. Sementara Omar Salim bekas pemain Johor dan  Kebangsaan juga merupakan usahawan berjaya di Johor.

Aku menyokong Dollah dengan pemilihan yang dibuat, berilah masa kepada mereka untuk membuktikan terlebih dahulu, bukan terus mempertikaikan pilihan beliau. Sementara itu Dollah perlu bijak menggunakan kemahiran pembantunya untuk menilai pemain2 Harimau Muda A untuk diserapkan kedalam skuad Harimau Malaya. Tahniah aku ucapkan kepada yang dipilih, teruskan perjuangan anda dalam memertabatkan bola sepak Negara.

Sekian

 

Wednesday, 16 July 2014

P. Malaysia 2014 - Kebijaksanaan Pemain Penentu Kejayaan Pasukan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah setelah begitu lama aku tidak mencoretkan kata2 dalam blog aku ini, akhirnya dapat juga aku meluangkan sedikit masa untuk bersama2 memberi pandangan dan pendapat tentang perkembangan bola sepak antarabangsa dan tempatan khususnya.

Sebelum itu, aku ingin mengucap TAHNIAH kepada pasukan German yang menjulang Piala Dunia 2014 serta kepada penyokong mereka (termasuk aku hehehe). Menarik tentang Piala Dunia edisi kali ini banyak perkara yang boleh kita pelajari terutamanya daripada aspek "Keharmonian dan Perpaduan" dalam pasukan selain teknikal dan taktikal. Ini telah dibuktikan dengan beberapa pasukan seperti Columbia,Costa Rica dan Algeria. (Pilihan Aku) sehingga pasukan mereka berjaya membawa satu era baru dalam bola sepak negara masing2.

Berbalik kepada bola sepak dalam negara, apabila undian Piala Malaysia dilakukan baru2 ini ramai peminat2 mula mencongak dan membuat perhitungan serta meramalkan pasukan mana yang akan mencuri tumpuan dalam saingan kali ini. Mampukah pasukan JDT dan Pahang meneruskan prestasi mereka? atau Benarkah PDRM dan Felda United akan membuat kejutan? atau Kelantan bangkit daripada prestasi hambar dalam saingan Liga Super? Ini semua terletak kepada "kebijksanaan dan kemahuan" pemain itu sendiri untuk menterjemahkan setiap strategi dan perancangan yang telah dibuat oleh jurulatih mereka. 

Jadi aku meramalkan satu persaingan yang sengit daripada semua pasukan yang akan memulakan kempen Piala Malaysia pada pertengahan Ogos 2014, apa2 pun aku mengucapkan selamat maju jaya kepada setiap pasukan...

Sekian




Tuesday, 18 February 2014

JDT Perlukan Anti Virus

Assalamualaikum,

Kerancakkan Liga Malaysia 2014 begitu hangat diperkatakan oleh semua pihak. Baik dalam pasukan mahupun luaran. Ini terbukti dengan pelbagai isu2 panas dan menarik untuk semua mengikutinya. Malah menguji badan induk serta pegawai pasukan sejauh mana kredibiliti dan intigriti mereka. 

Aku berpendapat inilah titik permulaan kebangkitan dan perubahan bola sepak Negara sekirannya semua memainkan peranan mereka baik persatuan mahu pun peminat, tetapi perkara utama yang perlu diubah dalam menuju kejayaan itu adalah sikap dan mentaliti semua pihak terutamanya dalam persatuan itu sendiri.

Ini aku merujuk kepada PBNJ tentang angin kencang melanda selatan tanah air berhubung penamatan kontrak jurulatih yang penuh pengalaman serta membawa "FALSAFAH" bahru dalam bola sepak negeri JOHOR. Walaupun telah membawa perubahan dalam kemajuan industri bola sepak negara, namum mereka perlu lebih bijak dalam menilai ataupun membuat sesuatu keputusan. PBNJ tidak boleh cepat terpengaruh dengan seseorang yang memberi pandangan dan terus menerimanya. Sebaiknya PBNJ perlu membuat selidikkan terlebih dahulu daripada terus membuat keputusan.

Apakah selama ini tidak memberi pengajaran kepada PBNJ? Jangan hanya kerana populariti dan pengalaman seketika diluar mampu membawa kejayaan sekelip mata kepada JOHOR. Benarkah mereka benar2 jujur dalam memberi perkhidmatan atau mengejar kemewahan. Dimana selama ini individu2 itu ketika JOHOR mengalami kemerosotan? Menyebut nama JOHOR pun agak sukar kedengaran tetapi kebelakangan ini, individu2 itu terlalu gagah melaungkan nama JOHOR. Inilah "VIRUS" yang akan merosakkan suasana keharmonian dalam pasukan JDT, kerana menyerang ketika PBNJ berada dalam kemewahan.

Sebagaimana kesetiaan peminat2 atau pencinta bola sepak JOHOR ketika ini membanjiri stadium serta memberi sorakkan tanpa berbelah bahagi, namun inilah ujian sebenar kepada mereka untuk bangkit bersatu memberi isyarat kepada PBNJ supaya lebih berhati2 kepada "VIRUS" yang sedang menyerang PBNJ.

Pada pandangan peribadi aku, JOHOR perlu menggekalkan khidmat Jimenez dalam merangka kemajuan bola sepak negeri JOHOR khususnya. Tapi tak tahu lah kalau2 ada perjanjian dibelakang tabir antara PBNJ dan FAM. Dimana Jimenez akan dilantik sebagai jurulatih MALAYSIA, mana tau ek!!!

Sekian










Wednesday, 15 January 2014

MSL 2014 ISYARAT BAHRU


Assalamualaikum,

U-Turn,Rasuah,Larangan Pembakaran Flare,kegagalan skuad Harimau Muda mempertahankan pingat emas sukan SEA, tidak sehaluan pendapat,pandangan antara FAM,Menteri KBS dan sebagainya. Itu adalah sebahagian daripada perkara2 berlaku dalam kancah bola sepak kita sepanjang hujung tahun lalu.

Begitulah warna warni bola sepak Negara, apabila sesuatu perubahan itu dituntut sudah tentu perkara2 yang tidak terfikir dek akal akan berlaku. Tetapi dengan berlakunya perkara2 sebegini sebenarnya mrupakan titik permulaan perubahan dalam dunia bola sepak kita terutama dalam konteks daya pemikiran yang efektif dan kreatif. 

Dimana setiap perkara yang berlaku itu akan dijadikan pengajaran serta mematangkan individu ataupun persatuan dalam menangani setiap situasi. Aku melihat ada tanda positif dalam kemajuan budaya berfikir dikalangan peminat,pemain dan pengurusan. Ini kerana beberapa perkara telah menarik perhatian aku terutamanya dengan persiapan yang dibuat setiap pasukan begitu serious.

Kali ini setiap pasukan cuba memperbaiki setiap aspek kelemahan yang begitu ketara pada tahun lalu seperti sistem ticket dll. Bukan itu sahaja setiap pasukan berlumba2 untuk memancing pemain2 ternama bagi menguatkan pasukan, namun dalam ghairah menggejar kekuatan pasukan pihak pengurusan juga perlu peka dengan tanggunggjawab untuk memastikan kantung pengurusan wajib dijaga.

Kita tidak mahu lagi mendengar rintihan daripada pemain sendiri yang kebajikan diri mereka tidak dijaga, begitu juga sebaliknya pemain perlu melaksanakan amanah dengan jujur serta memberi komitmen 100%.

Aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang akan memulakan kampen MSL 2014 ini dengan cemerlang.

 Sekian



Tuesday, 15 October 2013

Harimau Malaya: Aspek bertahan secara berpasukan masih lemah

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya dapat juga aku memberi ruang kepada diri aku ini untuk melemparkan ayat2 untuk dokongsikan bersama. Semua sudah tahu bahawa minggu ini adalah merupakan minggu yang begitu warna warni dalam kancah bola sepak negara kita, kerana banyak topik yang boleh dibincang serta disuarakan.

Sebelum aku menyentuh tentang prestasi skuad kebangsaan kendalian K. Rajagopal terlebih dahulu aku ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan 4 yang layak menjejakkan kaki keperingkat separuh akhir Piala Malaysia 2013. Sudah tentu pertemua separuh akhir yang bermula pada 18/19 Oktober 2013 ini akan menjadi perhatian semua kerana ini adalah merupakan peringkat separuh akhir yang begitu menarik untuk diperhatikan. 

Dengan kegaggalan pasukan JDT dan Lions Xii melayakkan ke peringkat separuh akhir, perhatian akan tertumpu kepada pasukan underdog Sarawak yang begitu konsisten dalam  persembahan mereka. Ini sudah tentu akan menjadi tamparan kepada Pahang apabila berhadapan Sarawak digelanggang sendiri pada jumaat ini. Disini lah ujian sebenar kepada pemain2 Pahang menguji kekuatan mental mereka dan fokus pada perancangan jurulatih kerana harapan yang tinggi peminat2 sudah tentu akan mengganggu sedikit konsentrasi mereka, sama juga dengan pasukan Sarawak pemian2nya perlu bijak mengambil kesempatan apabila berhadapan digelanggang lawan pada perlawanan pertama kerana mempunyai kelebihan kepada mereka sekiranya berjaya menjaringkan gol.

Bagi pertemuan ATM dan Kelantan pula akan menjadi perhatian media untuk mempelbagaikan cerita bagi menjadikan ia satu perlawanan yang dinantikan oleh semua peminat bola sepak tanah air memandangkan kedua2 pasukan ini mempunyai nostalgia tersendiri, dimana pada perlawanan akhir tahun lalu Kelantan berjaya menewaskan ATM, ini juga akan menjadi misi balas dendam kepada pemain2 ATM. Sebelum perlawanan bermula pelbagai perang psychology telah dimainkan oleh ATM dengan isu stadium perlawanan pertama separuh akhir. Walaupun sesetengah peminat melihat kemungkinan itu masalah dalaman pasukan ATM yang sedang bergolak tetapi aku berpandangan bahawa itu dalah merupakan perang psychology dimainkan ATM untuk menggangu konsentrasi pemian2 Kelantan. Apa2 pun perlawanan separuh akhir yang melibatkan 4 pasukan ini memang yang terbaik untuk disaksikan.

Sementara itu dengan keputusan seri Harimau Malaya ketika menentang Bahrain sudah tentu akan melegakan sedikit Rajagopal, namun pada hakikatnya Harimau Malaya agak sukar untuk menempah ticket secara merit ke kejohanan Piala Asia 2015 tetapi dalam bola sepak apa2 pun boleh berlaku. Sekiranya Harimau Malaya ingin menempah tiket secara merit, Ragagopal perlu memberi tumpuan kepada aspek bertahan secara berpasukan dan perlu memberi kesedaran kepada pemian2 untyuk berfikir dengan pantas (in advance) kerana bermain diperingkat antarabangsa tidak boleh terlalu kasual. 

Kalau dua aspek ini berjaya ditekankan kepada pemain inshaAllah Harimau Malaya akan berjaya keperingkat seterusnya. Dengan itu kita sama2 doakan agar pemain2 Harimau Malaya terus memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya nanti.



Thursday, 5 September 2013

Ujian Pertama Harimau Muda A Sebelum Sukan SEA Myanmar

Assalamualaikum

Kehangatan bola sepak Negara tidak terhenti, walaupun bahang saingan Piala Malaysia 2013 baharu memasuki pusingan kedua dihentikan seketika kerana memberi laluan kepada kejohanan yang penuh dengan sejarah tersendiri dalam bola sepak negara iaitu Pesta Bola Merdeka.

Edisi kali ini disertai empat pasukan seperti MalaysiaU23,ThailandU23,SingapuraU23 dan MyanmarU23. Boleh dikatakan kesemua pasukan yang menyertai kejohanan ini membuat persiapan sebelum menghadapi Sukan SEA di Myanmar pada bulan November 2013.

Pada edisi kali ini anak2 buah Ong Kim Swee perlu mengambil kesempatan menunjukkan kematangan mereka setelah berkelana selama enam bulan dibumi eropah. Aku fikir dengan pengalaman selama enam bulan itu sudah tentu tidak menjadi masalah kepada Ong Kim Swee untuk memastikan anak2 buahnya mengalas tugas yang diberikan dengan berkesan.

Keserasian dan memahami antara satu sama lain adalah inti pati kejayaan utama kepada skuad Ong Kim Swee ini. Aku harapkan Ong Kim Swee mampu merubah landskap bola sepak negara kerana skuad ini mempunyai potensi untuk mengibarkan bendera negara serta mengharumkannya pada masa mendatang. 

Kekuatan skuad ini pada semangat berpasukan, kepantasan dan kekuatan fizikal selain perlu memperbaiki sedikit aspek teknikal individu serta kepantasan berfikir. Dalam bola sepak modern aspek ini amat penting. Namun aku percaya Ong Kim Swee mampu untuk merealisasikan impian pencinta  bola sepak Negara.

Pada pandangan aku juga, sudah tiba masanya separuh daripada skuad ini diserapkan dalam skuad senior untuk bersama2 bersaing dalam perebutan tempat. Ini akan memberi saingan yang positif dan kompetitif dikalangan pemain2.

Ayuh kita sama2 doakan agar skuad ini memperolehi kejayaan dan kepada semua pencinta bola sepak di Kuantan terutamanya penuhkan Std Darulmakmur petang esok memberi sokongan kepada Harimau Muda A.

Sekian