Monday 21 July 2014

Hormati Pilihan Dollah

Assalamualaikum,

Akhirnya teka teki, siapakah pilihan Dollah Salleh menjadi pembantunya pun telah terjawab. Tiada siapa pun boleh mempertikaikan pilihan Dollah kerana dia lebih tahu, Apakah yang diinginkan oleh beliau dalam menggalas tugas sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan kita. 

Berilah kebebasan kepada Dollah bersama dengan pasukan kejurulatihannya untuk membuktikan bahawa mereka mampu untuk menggalas tugas yang diamanahkan serta mengembalikan keyakinan pecinta bola sepak terhadap kemampuan skuad kebangsaan dalam menghadapi kejohanan2 antarabangsa yang mendatang dan kemajuan bola sepak negara ketika ini, setidak2nya meningkatkan ranking FIFA.

Jangan bersikap terlalu "negative" kerana semua yang dipilih Dollah itu mempunyai kemampuan tersendiri iaitu Reduan Abdullah, Wan Mustafa dan Omar Salim. Sebagaimana yang kita ketahui Reduan adalah merupakan salah seorang jurulatih yang mempunyai Pro License dari UEFA (hanya beberapa orang je yang ada sijil ni di Malaysia) sementara Wan Mustafa pembantu Dollah ketika mencipta sejarah bersama MBPJ menjulang Piala Malaysia 2003 dan pemeggang ijazah dalam jurusan kewartawanan dari UITM juga bekas pemain Johor dan Selangor. Sementara Omar Salim bekas pemain Johor dan  Kebangsaan juga merupakan usahawan berjaya di Johor.

Aku menyokong Dollah dengan pemilihan yang dibuat, berilah masa kepada mereka untuk membuktikan terlebih dahulu, bukan terus mempertikaikan pilihan beliau. Sementara itu Dollah perlu bijak menggunakan kemahiran pembantunya untuk menilai pemain2 Harimau Muda A untuk diserapkan kedalam skuad Harimau Malaya. Tahniah aku ucapkan kepada yang dipilih, teruskan perjuangan anda dalam memertabatkan bola sepak Negara.

Sekian

 

No comments:

Post a Comment