Tuesday 18 February 2014

JDT Perlukan Anti Virus

Assalamualaikum,

Kerancakkan Liga Malaysia 2014 begitu hangat diperkatakan oleh semua pihak. Baik dalam pasukan mahupun luaran. Ini terbukti dengan pelbagai isu2 panas dan menarik untuk semua mengikutinya. Malah menguji badan induk serta pegawai pasukan sejauh mana kredibiliti dan intigriti mereka. 

Aku berpendapat inilah titik permulaan kebangkitan dan perubahan bola sepak Negara sekirannya semua memainkan peranan mereka baik persatuan mahu pun peminat, tetapi perkara utama yang perlu diubah dalam menuju kejayaan itu adalah sikap dan mentaliti semua pihak terutamanya dalam persatuan itu sendiri.

Ini aku merujuk kepada PBNJ tentang angin kencang melanda selatan tanah air berhubung penamatan kontrak jurulatih yang penuh pengalaman serta membawa "FALSAFAH" bahru dalam bola sepak negeri JOHOR. Walaupun telah membawa perubahan dalam kemajuan industri bola sepak negara, namum mereka perlu lebih bijak dalam menilai ataupun membuat sesuatu keputusan. PBNJ tidak boleh cepat terpengaruh dengan seseorang yang memberi pandangan dan terus menerimanya. Sebaiknya PBNJ perlu membuat selidikkan terlebih dahulu daripada terus membuat keputusan.

Apakah selama ini tidak memberi pengajaran kepada PBNJ? Jangan hanya kerana populariti dan pengalaman seketika diluar mampu membawa kejayaan sekelip mata kepada JOHOR. Benarkah mereka benar2 jujur dalam memberi perkhidmatan atau mengejar kemewahan. Dimana selama ini individu2 itu ketika JOHOR mengalami kemerosotan? Menyebut nama JOHOR pun agak sukar kedengaran tetapi kebelakangan ini, individu2 itu terlalu gagah melaungkan nama JOHOR. Inilah "VIRUS" yang akan merosakkan suasana keharmonian dalam pasukan JDT, kerana menyerang ketika PBNJ berada dalam kemewahan.

Sebagaimana kesetiaan peminat2 atau pencinta bola sepak JOHOR ketika ini membanjiri stadium serta memberi sorakkan tanpa berbelah bahagi, namun inilah ujian sebenar kepada mereka untuk bangkit bersatu memberi isyarat kepada PBNJ supaya lebih berhati2 kepada "VIRUS" yang sedang menyerang PBNJ.

Pada pandangan peribadi aku, JOHOR perlu menggekalkan khidmat Jimenez dalam merangka kemajuan bola sepak negeri JOHOR khususnya. Tapi tak tahu lah kalau2 ada perjanjian dibelakang tabir antara PBNJ dan FAM. Dimana Jimenez akan dilantik sebagai jurulatih MALAYSIA, mana tau ek!!!

Sekian










1 comment:

  1. Tindakan PBNJ sering menukar jurulatih adakah itu menjadi salah satu faktor dlm prestasi JDT .
    Setiap jurulatih mempunyai tactical yg tersendiri . Seperti jiminez beliau merupakan jurulatih yg berpengalaman tapy untok memberi tunjuk ajar kpd pemain2 , tactical perlu mengambil masa sekurang-kurang 2 tahun . Setiap jurulatih mempunyai tactical yg berbeza . Pemain juga harus diberi masa untok 'adapt' dngn cara tactical jurulatih . Belom sempat player , jurulatih adapt dngn tactical yg sedia ada jiminez dah kne pecat. Dngn kemasukan bojan hodak semestinya belia mempunyai tactical yg tersendiri . Dlm hal ini apa yg jiminez telah mengajar dari hari ptame semuanya sia2 . Pemain kne mulan balik dari bawah dngn kemasukan jurulatiih baru .
    Pada pndpt saya untok membuat satu kelab yg kuat kita harus bagy masa untok jurulatih sekurang-kurang 2 tahun . Selepas 2 tahun prestasi sesebuah kelab jatuh baru harus menukar jurulatih baru . Untok menbina satu kelab seperti JDT kita harua ad vision untok masa depan bkn untok masa singkat spertimana JDT sedang lakukan . Mereka patot bersabar


    Contohnya tahun lepas liverpool melantik brendan rodgers . Season pertama mereka menduduki tangga 6 . Tetapi season kedua mereka sedang mendahului liga
    Contoh kedua pada tahun 1986 manchester united melantik sir alex ferguson . Pasukan man united dibawah kendalian alex ferguson pada 2tahun yg pertama memang terok sehingga peminat menyuruh man united tukar jurulatih kpd bryan robson tetapi board man united memberi kepercayaan kpd ferguson dan selapas 27tahun hasilnya daripada man untied sebuah kelab yg biasa telah menjadi salah sebuah kelab gergasi di dunia .
    Kesimpulan saya PBNJ harus memberi masa dan kepercayaan kpd jurulatih . Mereka harus menbuat long term invesment . Kejayaan tak hadir dlm 3-4bulan ia memerlukan masa bertahun


    Pak usu ni sy avin
    Nak feedback dari pak usu tntg komen sy
    Heheh
    Bole jady blogger tak

    ReplyDelete