Sunday, 18 November 2012

Lagenda Import Johor 1991


Assalamualaikum

1991 adalah merupakan tahun penuh gemilang bagi pasukan JOHOR kerana pada tahun itu JOHOR merupakan pasukan pertama mencatat sejarah membuat “Dauble Champions” dengan menjuarai Piala Liga dan Piala Malaysia ketika Liga Professional diperkenalkan di tanah air. Memandangkan ketika itu hanya dua piala sahaja dipertandingan. Kalau ada lebih sudah tentu JOHOR pulun habis!!!. Namun jangan lupa pada tahun 1985 juga JOHOR menjulang Piala Malaysia buat pertama kalinnya.

Dibarisi pemain2 berbakat tempatan (Anak JOHOR) berwibawa pada ketika itu seperti Nasir Yusof (Professor), Khalid Shahdan, Salehan Mohd Som, Hassan Miskam, Aidil Mohd Noor, Anuar Abu Bakar, Roslan Hamid, Ramlan Rashid, Sazali Nasir, Nazaruddin Atan (Atai), Sani Othman serta diketuai oleh jurulatih daripada Australia Michael Urukalo yang terkenal dengan ketegasannya serta dipimpin oleh seorang tokoh pemimpin yang amat dihormati oleh pemain dan peminat bola sepak negeri JOHOR iaitu Dato' Sulaiman Mohd Noor (Bapa Bola Sepak JOHOR)

                                             Skuad "Double Champions" 1991

Namun lebih menarik pada Aku untuk mengimbau kembali kegemilangan JOHOR pada tahun itu kepada peminat2 bola sepak tanah air ialah “KEHEBATAN TRIO IMPORT” yang membawa kejayaan pada pasukan JOHOR iaitu Ervin Borban (Penyerang), Alistair Edward (Penyerang) dan Abbas Saad (Midfield).

Ehsan Blog Aku Asyraf - Borban, Alistair, Abbas
                                 

Ketiga2 mereka ini telah membawa satu fenomena kepada peminat2 JOHOR berpusu2 ke stadium bagi menyaksikan kehebatan mereka seperti skil, kepantasan, kreatif serta persembahan yang konsisten.

Bagaimana gamatnya Stadium Keramat Negeri JOHOR itu bergema dengan sorakkan tanpa henti oleh penyokong2 yang setia memberi sokongan kepada Skuad Negeri JOHOR kesayangan mereka pada ketika itu. 

Adakah dengan kehadiran ramai pemain2 popular tanah air serta kelibat awang import dari benua Eropah yang bermain dengan kelab2 popular dunia iaitu Daniel Guieza dan Simone Del Nero mampu untuk membawa kegemilangan skuad JOHOR pada tahun hadapan. Itu kita nantikan!!! Apa2 pun aku mengucapkan "SYABAS" kepada pengurusan JOHOR terutamanya TMJ yang berani membawa satu perubahan kepada industri bola sepak tanah air.

Sekian








Tuesday, 13 November 2012

Ayuh Bangkit Harimau Malaya...

Assalamualaikum,

10 hari 7 jam 36 minit countdown yang tertera di web AFF Suzuki Cup 2012. Keresahan peminat mula bermain difikiran mereka "Mampukah Harimau Malaya mengaum?" seperti mana yang mereka lakukan diedisi terdahulu. Ini menjadi tanda tanya!!! Dengan prestasi terkini skuad Harimau Malaya menampakkan sedikit menurun, kekalahan demi kekalahan dalam perlawanan persahabatan menunjukkan seolah2 skuad Harimau Malaya tidak bersedia. Pelbagai kiritikkan dilempar kepada skuad Harimau Malaya terutamanya kepada jurulatih mereka King Gopal, seolah-olah tidak mempunyai perancangan mantap. Sehingga perlawanan persahabatan terakhir pun "bayangan 1st Eleven" tidak kelihatan! masih under experiment. Namun King Gopal tenang dengan segala kritikan. Itu lumrah bila berada dipuncak disanjung, bila kecundang di hentam. Itu masalah King Gopal!

Lebih penting pada aku pemain perlu terus diberikan sokongan kerana mereka yang bermain, King Gobal hanya merencana,merancang taktikal dan strategi. Setiap sokongan padu peminat sudah tentu akan membangkitkan "Moral" mereka. Lihatlah bagaimana pemain2 Italy begitu berbangga dengan kejayaan mereka di pada Euro 2012. Pelbagai kontroversi, tuduhan rasuah melanda skuad Italy. Namun pemain2nya mempunyai keazaman yang tinggi. Ini kalian boleh jadikan panduan dan pelajaran.

                                                      Italy

                                                     Harimau Malaya                                   
                
Ayuh Harimau Malaya aku tahu kalian mampu untuk membuat sesuatu dalam keadaan tertekan. Lupakan seketika segala masalah yang kalian hadapi, "FOKUS" kepada setiap arahan diberikan jurulatih. Tenang ketika bermain, ambilah pelajaran daripada apa yang berlaku. Kerana aku yakin dengan kemampuan kalian. Jadi malam ini adalah merupakan titik kebangkitan sebenar kalian. Tewaskan Hong Kong, bermakna kalian telah berjaya menewaskan kekuatiran yang ada dalam fikiran kalian. Jadilah pejuang sejati yang membawa nama Malaysia.

"Ayuh Harimau Malaya Bangkit"

sekian

Monday, 12 November 2012

Mat Yo Tersepit...

Assalamualaikum

Masih hangat didada akhbar tentang kemelut perpindahan Mat Yo ke JOHOR. Sehingga Mat Yo tersepit... Kenapa masalah ini boleh terjadi. Sedangkan liga professional kita telah lama berlalu...



Masalah ini sebenarnya boleh diselesaikan sekiranya ketiga-tiga pihak berunding secara professional, memandangkan KAFA masih berhak ke atas Mat YO. Oleh itu PBNJ perlulah memainkan peranan sekiranya betul2 berminat untuk menaggih khidmat Mat Yo dengan menghantar surat tawaran kepada KAFA bersama nilai tawaran pembelian Mat Yo oleh PBNJ. Maka dengan itu KAFA boleh membuat perbincangan di dalam exco meeting dan boleh terus membuat perbincangan dengan PBNJ berapakah nilai yang sepatutnya dibayar oleh PBNJ kepada KAFA. Sekiranya PBNJ merasa harga terlalu tinggi perlulah terus membuat rundingan sehingga mencapai kata putus yang menguntungkan ketiga2 belah pihak.

Mat Yo sebagai pemain professional perlulah bertindak bijak, bukan bergerak secara solo untuk menyampaikan hajatnya sekiranya ingin berhijrah sepatutnya Mat Yo perlu menyaran kepada PBNJ supaya menggunakan saluran yang betul sekiranya benar2 untuk mendapatkan khidmatnya. Mat Yo perlu ingat kerana beliau masih sah milik KAFA. Tidak perlu membuat keputusan sendiri. Sekiranya Mat Yo tidak dilepaskan oleh KAFA, aku berharap Mat Yo akan bersikap professional supaya terus memberikan persembahan yang terbaik demi kerjayanya.

Aku melihat ini satu perkembangan "positif" di dalam arena bola sepak Malaysia. Ia sudah bergerak sebagai industri sukan. Setidak2nya bakat pemain2 tempatan dihargai dan bagi persatuan/kelab pula ia boleh menjana pendapatan melalui penjualan pemain. Dengan itu setiap persatuan/kelab perlulah terus berusaha untuk melahirkan pemain2 berbakat melalui program2 diperingkat akar umbi. Jadi sekiranya pemain2 berbakat yang berjaya dilahirkan dengan potensi yang besar untuk dipasarkan ke liga2 luar maka dengan itu persatuan perlu menandatangi perjanjian sekurang2nya 3 tahun dengan nilai yang berpatutan. Ini setidak2nya menjamin masa depan pemain itu sendiri. Apa lagi persatuan yang ada di Malaysia ini rancang dan jalankan program2 diperingkat akar umbi?

Apa2 pun aku mengucapkan selamat datang kepada Mat Yo dalam pasukan JOHOR sekiranya semua menjadi realiti.

Sekian


Wednesday, 7 November 2012

Liga IPT Tercemar...


Assalamualaikum

Aku ucapkan tahniah kepada pasukan UKM Bangi yang telah menjuarai kejohanan Piala Menteri Pengajian Tinggi. Walaupun perlawanan pada malam itu nampak membosankan namun aku harus memberi pujian kepada pemain2 UKM yang telah berusaha bersungguh sehingga minit2 akhir untuk memastikan impian mereka tercapai.

Namun beberapa insiden yang berlaku telah mencemarkan sedikit kejohanan yang boleh dikatakan berprestige diperingkat insitusi pengajian tinggi. Sikap yang dipamirkan oleh segelintir pemain2 KK Kedah ketika berlangsung perlawanan akhir itu amat menjengkelkan. Tiada semangat kesukanan yang jitu. Ini dibuktikan dengan bantahan yang dibuat oleh pemain KK Kedah terhadap keputusan yang dibuat oleh penggadil. Seperti berlakunya adegan mencekik pengadil oleh pemain KK Kedah.  Jadilah atlit yang berdisiplin serta berdidikasi tinggi.

Aku memuji sikap pengadil perlawanan pada malam itu walaupun dicekik oleh pemain KK Kedah namun beliau tidak bertindak balas walhal beliau boleh mempertahankan dirinya daripada kecerderaan. 

Sekian 

Sunday, 28 October 2012

Bijak Berbelanja, Bijaklah Menggunakanya...


Assalamualaikum

Bahang dan kehangatan Liga Super 2013 telah terasa. Pelbagai desas desus bagai ditiup angin kencang sehingga pokok pun bergoyang, inikan pula berita setiap persatuan Negeri serta Kelab berlumba-lumba memburu pemain dan jurulatih membuat persiapan bagi menggukuh serta memantapkan pasukan masing2 demi menggejar cita2 menjulang nama Negeri dan Kelab yang dipimpin. Aku anggap ini satu permulaan yang baik dalam perkembangan bola sepak professional Negara kita. Demi mencapai matlamat kerajaan supaya bidang sukan ini menjadi satu industri yang boleh menjana pendapatan kepada semua sektor terutama penggiat sukan. Namun aku musykil, “Apakah setiap pentadbiran persatuan negeri dan kelab sudah benar2 profesional serta cerdik/bijak untuk menggunakan setiap pemain dan jurulatih yang ditandatangi itu mendatangkan faedah, keuntungan dan manafaat kepada persatuan”.

Ini yang menjadi persolannya?

Aku lihat persatuan negeri dan kelab ini terlalu ghairah untuk membeli pemain bagi memastikan pasukan mereka menjadi sebuah pasukan kuat dan mampu menjulang piala. Namun tiada exco persatuan menyumbangkan idea, merancang untuk pemain2 atau jurulatih ternama ini dapat membantu mendatangkan faedah serta keuntungan kepada persatuan Negeri dan kelab. Mereka seolah2 tidak mampu untuk memerah keringat pemain2 dan jurulatih2 ketika diluar padang. Sekiranya perancangan dan program diatur sudah tentu secara tidak langsung ini dapat menjana pendapatan kepada persatuan dan kelab. Bukan hanya menggunakan kuasa/suara individu tertentu untuk mengarah bagi mendapatkan tajaan.

 Kerana kita sebagai peminat sudah maklum bahawa nama2 besar yang diikat oleh setiap persatuan dan kelab bukannya murah, mereka2 ini dibayar berpuluh2 ribu ringgit untuk memberi khidmat kepada pasukan memburu kejayaan. Jadi setiap persatuan dan kelab perlu berfikir,

Kenapa persatuan perlu menagih khidmat mereka?

Bagaimana sekiranya mereka tidak membawa kejayaan kepada pasukan?

Berapa nilai Ringgit yang mampu dibawa kepada persatuan dan kelab?

Aku harap setiap persatuan serta kelab perlu merancang mengatur program. Contohnya: persatuan boleh mengatur program latihan disetiap daerah untuk mendekatkan pemain mereka dengan peminat, sambil itu boleh menjual cenderahati atau tiket bermusim terus kepada peminat ataupun  melalui kaedah lain. Ini boleh difikirkan oleh exco persatuan melalui “brainstorming”. Jadi tidak perlulah menjadi pak turut sahaja. Kenalah perah otak sedikit untuk memastikan persatuan mendapat “R.O.I”. Bukan hanya mengahabiskan katung. Peribahasa Melayu juga ada menyatakan “Setinggi mana gunung kalau dikorek habis juga”. Jadi exco2 perlulah bijak jangan jadi keldai. Fikir2 lah…

Sekian

Wednesday, 24 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Assalamualaikum
 
Tahniah aku ucapkan kepada pasukan Kelantan yang telah menjulang Piala Malaysia edisi 2012 dan syabas juga kepada pasukan ATM yang telah mempamirkan satu persembahan yang bermutu diperlawanan akhir Piala Malaysia 2012. Pujian juga harus diberikan kepada penyokong kedua2 pasukan yang memberikan sokongan tanpa jemu2. ini menunjukkan satu perkembangan yang sihat kepada industri sukan terutamanya dalam bola sepak, walaupun masih ada sedikit kepincangan disana sini di dalam setiap pentadbiran persatuan negeri dan juga FAM. Aku harap semua ini akan berubah, sekiranya setiap persatuan negeri dan FAM memberi tumpuan dan memberi ruang kepada anak2 muda yang mempunyai daya pemikiran yang tajam dan juga bekas2 pamain yang mampu memberikan idea yang bernas demi kemajuan bola sepak dan,
 
Sempena bulan yang mulia ini aku dan keluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada semua peminat2 bola sepak tanah air yang tidak jemu2 memberi sokongan kepada bola sepak negara kita. Selamat memandu kepada yang pulang ke kampung halaman dan pandulah berhati2 demi orang tersayang - "Selamat Hari Raya Aidiladha"

Monday, 3 September 2012

JOHOR Perlu Pembangunan Akar Umbi...


Assalamualaikum

Selamat Hari Merdeka ke 55 kepada semua rakyat Malaysia aku ucapkan. Hargai lah setiap perjuangan yang telah dibuat oleh pejuang2 terdahulu untuk memastikan generasi mendatang menikmati keindahan bumi tercinta ini, eratkan perpaduan sesama kita. Al Fatihah untuk pejuang2 negara.

Kemeriahan dan kerancakan saingan Era Piala Malaysia semakin terasa, kejutan demi kejutan telah tercipta. kemurungan dan kehampaan terus membelenggu skuad negeriku JOHOR yang kini lebih dikenali dengan gelaran "Harimau Selatan". Setiap perancangan telah di atur oleh pihak pengurusan namun kekecewaan yang menimpa. Itulah hakikatnya yang melanda pasukan JOHOR ketika ini. Aku perhatikan setelah perubahan pengurusan yang di terajui oleh TMJ amat baik sekali. Tiada lagi masalah peruntukkan kewangan yang dihadapi oleh persatuan.

Dengan ini aku berharap satu jawatankuasa ditubuhkan oleh persatuan untuk menjalankan program pembangunan dari akar umbi. Aku boleh kata, skuad yang dimiliki oleh pasukan JOHOR ketika ini kurang kualitinya. Letak jurulatih yang terbaik sekali pun, sekiranya produk kurang bermutu! negetif lah hasilnya. Ini terbukti dengan mutu permainan yang dipamirkan oleh setiap pemain, kesilapan demi kesilapan dari aspek individu teknik amat ketara sekali. Sebab itu persatuan perlu membuat program pembangunan dari peringkat akar umbi bagi memastikan lapisan pemain2 berkualiti tinggi dapat dilahirkan oleh negeri JOHOR.

Ini terbukti pada era 1980an dan 1990an negeri JOHOR berjaya melahirkan ramai pemain2 yang berkualiti tinggi seperti Nasir Yusof, Salleh Md Noor, Salehan Mat Som dan ramai lagi. Bagaikan sebuah kilang yang melahirkan produk2 yang berkualiti. Kumpulkan pemain2 “LEGENDA NEGERI JOHOR” ini duduk berbincang (Brain storming) untuk mencari kaedah terbaik demi pembangunan bola sepak negeri JOHOR. Aku doakan semoga pasukan negeri ku ini terus berjaya – “HIDUP JOHOR”

Sekian