Wednesday 24 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Assalamualaikum
 
Tahniah aku ucapkan kepada pasukan Kelantan yang telah menjulang Piala Malaysia edisi 2012 dan syabas juga kepada pasukan ATM yang telah mempamirkan satu persembahan yang bermutu diperlawanan akhir Piala Malaysia 2012. Pujian juga harus diberikan kepada penyokong kedua2 pasukan yang memberikan sokongan tanpa jemu2. ini menunjukkan satu perkembangan yang sihat kepada industri sukan terutamanya dalam bola sepak, walaupun masih ada sedikit kepincangan disana sini di dalam setiap pentadbiran persatuan negeri dan juga FAM. Aku harap semua ini akan berubah, sekiranya setiap persatuan negeri dan FAM memberi tumpuan dan memberi ruang kepada anak2 muda yang mempunyai daya pemikiran yang tajam dan juga bekas2 pamain yang mampu memberikan idea yang bernas demi kemajuan bola sepak dan,
 
Sempena bulan yang mulia ini aku dan keluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada semua peminat2 bola sepak tanah air yang tidak jemu2 memberi sokongan kepada bola sepak negara kita. Selamat memandu kepada yang pulang ke kampung halaman dan pandulah berhati2 demi orang tersayang - "Selamat Hari Raya Aidiladha"

1 comment:

  1. SALAM..mencelah..singgah dihalaman kami..BERITA BAIK UNTUK KAKI TANGAN KERAJAAN : AL-RAJHI 3.99% FLAT RATE 20THN..http://pfi-islamicprocessing.tumblr.com/

    ReplyDelete