Thursday 22 November 2012

Kata2 Bisa...

Assalamualaikum,

17 tahun berlalu namun ia masih segar dalam ingatan aku, pada tahun 1994 bermulalah detik yang bersejarah dalam diri aku apabila dipanggil bersama2 skuad senior JOHOR bagi menghadapi Liga Malaysia. Aku sungguh gembira apabila diberitahu oleh Ahmad Hassan dan Satar Khan (Jurulatih Piala Simpanan) bahawa aku dipanggil oleh Wan Jamak untuk bersama2 skuad senior JOHOR. Apa lagi terujalah aku, selama ini cita2 aku untuk berbakti bersama skuad JOHOR tercapai. Maklumlah pemain termuda (18 tahun)

                           Aku (No. 8) - aksi pertama Liga Malaysia 1994 (JOHOR vs KEDAH)

Tapi yang lebih menarik untuk aku menceritakan ialah pengalaman ketika pertama kali bersama2 skuad senior JOHOR menjalani latihan yang akan menjadi memory indah dalam kerjaya aku sebagai pemain bola sepak. Tepat jam 4:00pm aku melapor diri di padang Istana Pelangi. Ketika itu kelihatan seorang demi seorang pemain senior tiba. Bukan mudah untuk pemain junior seperti aku menarik perhatian apatah lagi mendekati mereka. Maklumlah mereka2 ini mempunyai karektor masing2 apabila berada di atas padang. Mereka begitu komited dan serious ketika berlatih. Bukan sahaja terjahan yang keras diberikan kepada aku ketika latihan, sesudah itu kena cuci boots mereka2 yang berdekatan dengan aku. Tapi itu semua perkara mematangkan aku sebagai pemain bola. Mereka membuat ini semua bersebab bukan suka2, kerana mereka ingin menyedarkan aku bukan mudah untuk menjadi seorang pemain yang berjaya. 

"Biasalah Depp macam aku juga dulu kena buat semua ni" itulah kata2 dari Jasni Muhamad

dan aku juga masih ingat bagaimana Sani Osman membuat satu terjahan keras ke kaki aku sehingga membuat aku terpingga2 dalam hati berkata "Dalam training pun nak belasah" belum sempat habis kesakitan yang dirasa, Sani mengeluarkan kata2 yang membuat aku lebih bersemangat dan teruja untuk membuktikan yang aku juga mampu bermain dalam Liga Malaysia.

"Kata nak main dalam Liga Malaysia, macam tulah nanti kau akan di tackle" - Sani Osman

Itulah kata2 "positif" daripada pemain2 senior ketika itu yang banyak memberi pengajaran kepada aku bahawa "bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita perlu tempuhi onak2 duri sebelum menikmati manisnya".

Oleh itu aku harap pemain2 muda diluar sana belajarlah dari kepayahan sebelum kita menikmati kejayaan. Sehingga kini kata2 bisa itu menjadi peggangan dalam hidup aku, walaupun telah pencen bermain bola sepak ia mendorong aku untuk terus berusaha dalam ranjau kehidupan. Terima kasih kepada senior2 aku yang memberi tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi. Itulah azimat "KATA2 BISA"

Sekian


3 comments:

  1. bro, just nak tahu. sekarang bro buat apa ye? masih terlibat dalam aktiviti bola or sukan tak?

    ReplyDelete
  2. hehe dia jd pengulas kt astro la skang....

    ReplyDelete
  3. 1994 masa tu saya form4 bang...

    ReplyDelete