Saturday 5 May 2012

PIALA FRENZ 2012 : PENGGERAK PEMBANGUNAN BOLA SEPAK AKAR UMBI…


Assalamualaikum

Tahniah aku ucapkan kepada pemain2 Kelantan atas kejayaan menewaskan Lions Xii dalam saigan Liga Super 2012. Pujian aku berikan kepada pemain2 Kelantan yang begitu bernafsu untuk menumbangkan Lions Xii dengan kesungguhan dan komitmen yang di tunjukkan oleh pemain2 serta semangat juang sehingga titisan keringat yang terakhir. Aku juga ingin memberi pujian kepada ketua pasukan Kelantan yang berjaya memimpin pemain2 Kelantan dengan begitu baik sekali. Sebagai pemain yang secara semulajadi mempunyai “Leadership” yang ada dalam diri Badri (Kapten), Aku percaya akan menjadikan Badri seorang pemain yang akan dikenang dan sebutan oleh peminat2 bolasepak Kelantan. 3 jaringan yang boleh dikatakan terbaik dan bertaraf dunia diperolehi Kelantan melalui Chanturu, Norfarhan dan Razali juga membuktikan kualiti “KEBIJKSANAAN BERFIKIR” pemain2 kelantan boleh dikatakan perfect. Sekali lagi aku mengucapkan “TAHNIAH” kepada pasukan Kelantan.

                                                             Kelantan
Dalam kerancakkan Liga Malaysia yang sedang berlangsung ini, Kita sebagai peminat dan pendokong bola sepak Malaysia perlu juga memberikan perhatian kepada pembangunan bola sepak diperingkat akar umbi terutamanya anak2 di bawah umur 14th. Ini patut di fikirkan bersama, "bukan" FAM sahaja.

Aku ingin mengajak semua peminat2 dan syarikat koporat yang ada di Malaysia ini sama2 memberi sokongan atas usaha yang ditunjukkan oleh “FRENZ UNITED FOOTBALL ACADEMY” menganjurkan kejohanan bola sepak di bawah umur 14th yang dikenali dengan “PIALA FRENZ”. Dirasmikan pada 4 May 2012 di Std. UiTM Shah Alam. Dengan disertai 16 pasukan, dibahagikan kepada 4 kumpulan serta 6 lokasi Stadium pertandingan.

                                                                              “FRENZ UNITED FOOTBALL ACADEMY”

Inilah contoh terbaik diberikan oleh pihak pengurusan “FRENZ UNITED FOOTBALL ACADEMY” tanpa memikirkan soal kewangan, berjaya meganjurkan satu kejohanan peringkat akar umbi yang begitu grand dan ber-prestige sekali di tanah air. Dengan liputan meluas yang diberikan oleh pihak media terutamanya Astro Arena dengan kerjasama daripada Silversport. Ini menunjukkan tanda positif  dan juga penggerak pembangunan bola sepak peringkat akar umbi di tanah air.



Pendedahan dengan liga yang ber-prestige sudah tentu dapat meningkatkan tahap "keyakinan diri, dari segi mental dan fizikal". Ini mampu mempercepatkan proses kematangan anak2 muda ini untuk menyiapkan diri sekiranya pada satu hari nanti mereka bermain di dalam liga2 yang lebih tinggi.

                                                                           Frenz United Merah

Aku amat tertarik dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh “FRENZ UNITED FOOTBALL ACADEMY”  dengan menubuhkan sebuah akedemi bola sepak pertama di Malaysia terletak di Janda Baik, Pahang. Memberikan biasiswa kepada anak2 muda yang berbakat serta kelengkapan dan kemudahan yang di sediakan oleh “FRENZ UNITED FOOTBALL ACADEMY” di atas tanah seluas 5 ekar memang bertaraf dunia dan professional. SYABAS dan TAHNIAH  kepada "FRENZ UNITED FOOTBALL ACADEMY – PENGGERAK PEMBANGUNAN BOLA SEPAK AKAR UMBI"

Sekian





3 comments:

  1. sapa funder frenz ni?

    kueh

    ReplyDelete
  2. To stay updated, please visit:

    www.frenzunited.com.my

    and/or

    www.facebook.com/FrenzUnited

    www.youtube.com/FrenzUnitedFC

    ReplyDelete
  3. kingkong TEMASIK21 May 2012 at 01:18

    funder frenz RASHID MAIDIN org Singapura...pelik kan mcm
    mana org luar boleh trlibat akademi bola ni..org Msia
    sibuk beli club luar je tp players sendiri pn masih
    terhuyung hayang dlm liga M sendiri...

    ReplyDelete