Thursday, 31 May 2012

RAJAGOPAL: AKU HARAP INI BUKAN LAGI “EXPERIMENTS?”


Assalamualaikum

Demam bola sepak kembali!!! Inilah saat yang dinanti – nantikan oleh semua peminat2 bola sepak. EURO 2012 akan menggegarkan seluruh pelusuk dunia. Dengan “kempen” yang digembar gemburkan oleh semua media masa serta event2 yang dianjurkan disetiap Negara untuk mengatakan bahawa sudah sampai masanya satu Kejohanan “Ber-prestige” telah tiba, dan dikejohanan ini juga tempat jurulatih2 membuat “RESEARCH” bagi aspek "technical dan tactical” terkini yang diguna pakai oleh pasukan2 benua EROPAH.



Namun jangan lupa? Dalam kemeriahan ini pasukan Kebangsaan kita (HARIMAU MALAYA) akan mengadakan 3 perlawanan persahabatan bermula pada 1 June 2012 (mlm ni) menentang pasukan Filipina. Aku harap ini bukan lagi medan “EXPERIMENTS”. Rajagopal perlu serious dalam pembentukkan pasukan Kebangsaan bagi mempertahankan kejuaraan Piala AFF serta dapat memastikan pemain2 beliau menunjukkan satu prestasi dan persembahan yang bermutu tinggi pada malam ini serta memburu kemenangan.


Ini aku kata sebab, aku melihat dari sudut “ENTERTAINMENT” sebagai seorang peminat bola sepak kebangsaan kerana kita ketahui harapan menggunung daripada peminat yang hadir beramai2 ke stadium untuk menyokong pasukan kebangsaan dengan mengeluarkan duit kantong mereka sendiri daripada hasil titik peluh mereka bekerja. Apabila peminat itu berkunjung ke stadium sudah pasti mereka ingin melihat satu persembahan yang menarik dan bermutu tinggi daripada pemain2 kebangsaan serta kemenangan yang dicipta. Ini akan memberi satu kepuasan kepada peminat2 dan menjulang serta mengangkat martabat bola sepak negara yang tercinta . Dengan itu “AKU HARAP INI BUKAN LAGI “EXPERIMENTS?”

Sekian

3 comments:

  1. KINGkong temasik1 June 2012 at 22:14

    bro...nengok game mlm tadi kira mcm bro ckp
    la 'experiment'...aduhai sampai bila la RG
    nk mcm ni...letihhhhh!!!!!!!!!!
    nape la ada players yg level rendah mcm GURU
    BUNYAMIN dlm team HM ni...KELANTAN top team
    dlm M league cuma ada 2 players je ke...mana
    dia BADROL BAKHTIAR,,BADRI RADZI...

    ReplyDelete
  2. baru buka mata ke BRO? bila TSAM kritik pasukan kebangsaan u boleh kata org tu ada agenda (refer to ur comment jgn nk cari mileage sendiri)........so sekarang ni br nmpak ke? RG ni x habis2 nak buat experimen...so apa yg TSAM ckp b4 this betullah kan...

    ReplyDelete
  3. Kalau nak buat eksperimen gi lawan budak skolah bukit jalil la woi..
    Hmmm..ape citer amik player liga perdana?Die rase player tu bagus tp penyokong pun boleh tgk dan menilai sendiri keupayaan player tu..
    Penyokong dahagakan kemenangan...nk tengok every game mesia menang..tak kira la lawan spain ke brazil ke..kami nk menang..
    bunyi macam gile tp jauh di sudut hati penyokong nk tgk game yg bermutu dan ade disiplin tinggi..main guna otak...
    Hari2 training bola kot..sure konpiden dah ade..please terjemahkan konpiden yg ade tu jadi jaringan...korang player x suke ke dgr penyokong bersorak gol??
    Sekarang ni local team yg betul2 perform ialah dr harimau muda A,kelantan n terengganu...gunekanlah kesempatan yg ade ni utk bentuk satu pasukan yg terbaik...
    Kalu macam ni berterusan...lebih baik amik player brazil jd warganegara mesia utk main..

    ReplyDelete