Monday 21 May 2012

BUKALAH MINDA: JANGAN HANYA PANDAI MENGATA2


Assalamualaikum

Dalam era globalisasi yang penuh dengan kemodenan dan keterbukaan minda. Masih ada segelintir manusia yang hanya pandai berkata2 disebalik tirai2 jendela. Mereka tidak berani untuk berhadapan bagi menyatakan apa yang tersirat di hatinya. Sekiranya mereka tidak suka dengan peluang2 yang diterima oleh “Generasi2 Muda” janganlah hanya pandai “CAKAP2 BELAKANG JE!!!” seperti suara2 hantu, datanglah bersemuka serta nyatakan apa yang tidak suka!

Ini lah cara "secubit" bekas pemain2 lama yang sudah bersara dari bola sepak dan memeggang segulung ijazah kejurulatihan bertaraf dunia (KONONNYA). Hanya pandai bersuara dibelakang tirai2 jendela. Bukan hendak mendengar, bekerjasama atau menyokong dengan anak2 muda untuk memajukan bola sepak Negara. Janganlah anggap anak2 muda ini perosak bola sepak Negara, kerana tidak pernah mewakili pasukan senior? Maka mereka tidak boleh diberikan peluang untuk bersuara dan mendengar pendapat2 mereka. Namun bahasa bola sepak semuanya sama sahaja!

Beginilah culture industri bola sepak Negara? Baik dalam persatuan  atau pun dikalangan individu! Sampai bila? Bukalah minda, cuba berfikiran secara terbuka (positive) dengan anak2 muda, sekiranya idea2 mereka, kalian tidak berapa suka panggillah duduk semeja! Bincang bersama setidak2nya boleh cari jalan yang berguna…

Itulah luahan kata2 seorang bekas pemain kebangsaan yang tidak mempunyai segulung ijazah kejurulatihan bertaraf dunia. Tapi dia pandai “BRANDING” dirinya, sehingga ada orang melihat bakatnya yang pandai berkata2 dan penuh dengan idea lalu mengambilnya untuk rancangan berbual bicara. Sepatutnya orang2 lama ini ikut caranya yang pandai "me-market-kan"  dirinya untuk membantu pembangunan bola sepak Negara. Jangan asyik nak "membodek je!!!" Sudah2 lah dengan tabiat lama “BUKALAH MINDA: JANGAN HANYA PANDAI MENGATA2”. Namun anak muda itu tetap "MENGHORMATI" secubit bekas pemain2 lama itu.

Sekian

No comments:

Post a Comment