Friday 25 May 2012

FAM: KENAPA NAK TUNGGU LAGI Oiii?

Assalamualaikum

Belum pun seminggu Nazmi membanggakan Negara dengan kejayaan beliau memperolehi kontrak  di Portugal dan baru je aku nak menjadikan topik Nazmi ini satu kejayaan kepada FAM di atas program pembangunan yang dilaksanakan melalui sekolah sukan. Tapi sayangnya Negara dikejutkan dengan penahanan pengadil Malaysia "Shokri Nor" di Singapura selepas perlawanan di antara Lions Xii vs Sarawak. Kerana disyaki mengatur perlawanan dan menerima imbuhan daripada pihak “BOOKIE” bersama2 "Thana Segar" (Bekas pemain Negara yang gantung seumur hidup oleh FAM). Ini kejutan terkini dalam kancah Bola Sepak Negara.

Sampai bilakah masalah ini akan terjadi? Sudahlah pada tahun 1994 negara kita dikejutkan dengan penahanan beramai2 pemain bola sepak Negara kita di atas gejala rasuah. Kini pula orang yang diharapkan untuk mengadili perlawanan dengan adil pula ditahan, “Harapkan pagar, Pagar makan padi”. Dimanakah "Integrity dan credibility" seorang pengadil?


Namun yang paling mengejutkan aku ialah statement yang dibuat oleh orang2 FAM. “ Kita akan menunggu keputusan perbicaraan pengadil Shokri Nor sebelum mengambil tindakkan?”, takkan lah benda macam ni tak boleh buat keputusan. Bukannya susah untuk mengeluarkan kenyataan walaupun keputusan belum diketahui. Sepatutnya Jawatankuasa Pengadil FAM terus je buat kenyataan “Shokri Nor akan terus digantung daripada mengadili semua perlawanan bola sepak disemua peringkat”. Kenyataan beginikan lebih nampak FAM tegas dan benar2 serious untuk mengatasi gejala rasuah dan tidak menjadi tanda tanya daripada peminat2 bola sepak Negara. Walaupun aku tahu bahawa Shokri Nor akan digantung daripada berkhidmat. Kenapa tidak diberikan kenyataan terus sahaja, kan lebih nampak nilai "integrity dan kebijksanaan" orang2 FAM. Aku takut2 ada orang2 dibahagian pengadilan juga terlibat? Sebarang hukumman yang akan dijatuhkan oleh pihak Singapura memanglah tertakluk kepada undang2 sivil negara itu. Tapi di sini, FAM sebagai badang induk yang bertanggungjawab dalam bola sepak perlulah bertindak proaktif. Bukan hanya tunggu dan lihat je!!! Ini yang menjadi persoalannya di atas statement yang dibuat. Jadi "Fikir2" lah wahai FAM.

Sekian

5 comments:

  1. sangat2 betol..FAM seharusnya tegas dalam hal ni..ni melibatkn maruah bolasepak negara..jgn hanya tegas menghukum dan mengantung mereka yg lantang dlm membangunkan bola sepak malaysia..BANGKIT DARI LENA WAHAI FAM!!

    ReplyDelete
  2. Setuju pendapat sdr. Patut FAM terus keluarkan statement freeze pengadil tu (at least), bg cover line. Tunjuk la action yg pantas skit yg menunjukkan pendirian FAM dlm isu ni. Klo kes nk cantas orang, LAJU je FAM ni.. petang ni buat, mlm ni terus buat statement, minggu depan terus kena hukum.
    Personally sy kecewa sgt dgn FAM dlm menangani isu ini..takde urgency, takde idea, & mcm2 takde la pendek kata. Yg ada cuma 'kelembapan' & 'ketidakcerdikan' shj. FAM ni tak malu ke dgn FAS yg cekap & serius membanteras kes rasuah ni..dah la warga FAM, ditangkap @ penang lak tu. Di mana FAM?
    SU Agong bole plak komen kemasukan Lion bkn sb benda ni jadi. ADUSSS.. dh sah2 la melibatkan team yg tuuu. Hmm.. apa lg yg boleh kami BANGGA dgn mu wahai FAM????????????

    ReplyDelete
  3. KINGkong temasik26 May 2012 at 19:50

    kat msia bole la buat ttp mata je tp kat Spore mntk maaf la
    polis dia kt tepi jln tengah makan suap pun time tu jugak
    kena serkop beb...kat msia ni TUNGGGUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!
    singkir kan aje team lions12 dr liga M tahun dpn...dia org
    pn dah kencing kan FAM awl2 lg masa liga nak start dulu..
    plan asal HM A dn LIONS12 players sume U23 tp top2 dh nak
    start league lions12 kencing FAM ckp players dia org ada yg
    kena national service kira mcm PLKN la...ah skrg lebih dr
    separuh players lions12 umur lebih dr U23...bulat2 FAM ikut
    telunjuk FAS...ckp la FAM dgn sikap bongok tu !!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm, maaf aku tak setuju klu lions 12 disingkirkn dr liga super. Pd pndapat aku, setiap kali lions belasah pasukan2 malaysia, setiap kali jugalah, fam akan kelihatan bodoh dan gagal. Inilah hasil kegagalan program bolasepak fam. Pool player malaysia jauh lebih besar dr pool singapore, tapi lihat kualiti yg dipamerkn jauh berbeza. Tak pyh cerita skil2 ronaldo, passing dgn baik pun player malaysia masih x dpt. -aku bekas player sekolah

      Delete
  4. nak buat mcmana,FAM di uruskan oleh pengurusan yg lembap,bg mereka kesalahan di luar negara tak bole di bawak dlm negara..konpem2 pengadil tu lepas hukuman di msia..rasuah spore dgn rasuah msia lain

    piala23

    ReplyDelete