Thursday 10 May 2012

KENAPA HANYA JURULATIH DIPERSALAHKAN?

Assalamualaikum

Kerancakkan saingan Liga Super dan Perdana semakin hangat dibicarakan. Kemenangan demi kemenangan perlu dicipta. Kegairahan sokongan penonton semakin terasa bahangnya… Namun akhirnya jurulatih yang menjadi mangsa!!! KENAPA?

Ini yang menjadi senario Liga tempatan kita. Seorang demi seorang jurulatih telah meletakkan jawatan mereka, bermula dengan Peter Butller diikuti K. Devan dan yang terkini Mat Zan Mat Aris. Kenapa mereka sentiasa menjadi mangsa?
Tiada pihak lain yang perlu dipersalahkan sekiranya pasukan mengalami kekalahan! Seperti pengurus atau pemain? Ini yang perlu kita cari jawapan!!!


                                                    Mat Zan & Dato Che Mat Jusoh
Apa yang aku harapkan pihak pengurusan persatuan perlulah bersikap “ADIL” kepada jurulatih2, bukan hanya mengikut perasaan sahaja dan mengikut kehendak penonton semata2. Sekiranya perestasi pasukan benar2 berada di tangga terbawah liga, bolehlah diambil tindakkan memecat jurulatih. Itu pun dengan penyiasatan terperinci! Adakah mereka ini disabotag oleh pemain atau diganggu oleh pihak pengurusan yang masuk campur dalam urusan pemilihan pemain? Atau “BOOKIE” yang menggatur perlawanan!!! Ini perlu disiasat secara terpeinci oleh pihak persatuan.

Aku merujuk kepada pemecatan Mat Zan Mat Aris oleh PBNT. Pada aku ini satu tindakkan yang "TIDAK ADIL” yang dilakukan oleh PBNT kepada Mat Zan. Apa yang boleh aku katakan, keputusan yang dibuat oleh PBNT itu sebenarnya “TAKUT” kepada desakkan dan ugutan yang dibuat oleh sebahagian penonton2 pasukan Terengganu.

Adakah pasukan Terengganu berada di tangga terbawah? Adakah 100% pemain yang ada di dalam pasukan Terengganu ini semuanya dipilih oleh Mat Zan? Ini yang aku katakan tadi, pihak persatuan perlu membuat siasatan secara terperinci sebelum membuat keputusan. Tidak perlu takut dengan desakkan dan ugutan yang dibuat oleh penyokong. Kenapa tidak memecat Pengurus pasukan? Kerana pengurus pasukan lah yang bertanggungjawab kepada pasukan!

Dengan tidakkan pemecatan yang dibuat ini seolah2 menggambarkan sebuah organisasi yang tidak professional. Sudahlah sikap segelintir penonton yang tidak professional dan tidak mempunyai sivik! Maka dengan itu aku berharap kepada semua persatuan, baik FAM sekali pun perlulah bersikap lebih professional.

Sekian

4 comments:

  1. salam, tuan... sebenarnya di PBSNT, presiden adalah orang yang sama dengan jawatan pengurus....... itu masalahnya. kerajaan negeri terengganu berbelanja besar untuk pasukan negeri kira2 jutaan ringgit dan dipercayai forkie doe antara pemain yang menerima gaji dan bayaran perpindahan termahal di malaysia.. sbb itulah penyokong marah.. itu wang rakyat tuan

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha...kenapa tak pecat pengurus pasukan??? Apa da lu...macam la lu tak tau bola kat Malaya ni, mana ada orang pecat pengerus??? Tolong bagi contoh sapa??? DCMJ @ Datuk Mat Jusoh pikio dia orang paling layak pegang jawatan tertinggi dalam bolo di Ganu..jadi hok mana dia tak suke dia rehatkan lah atau indirectly coach tu kena buang le. Bab ni Den tabik Irfan...dia x suke DCMJ dia gi lah..ada beran ke DCMJ nak pecat atau rehatkan Irfan sebelum ini??? Kawe raso kawe x mo goyat kisah Forky Dow ni...kita tunggu aje la mana Ganu abihkan musingnya dalam liga...

    ReplyDelete
  3. kingkong TEMASIK21 May 2012 at 01:25

    memula penyokong suruh DCMJ letak jawatan tp dia masigh KEBAL
    lg..alih2 MAT ZAN yg kena...mmg lawak la kt liga M ni..dulu
    MB ganu ada ckp kalau player import bagus team ganu bole byr
    gaji 100k jd nape tak carik player mcm striker SIME DARBY
    ronaldinho tu..import sorang lg bhgn tengah tu pn kurang
    bermutu...harap tahun dpn team ganu atau team2 lain dlm
    liga M kita cari la player2 import yg betul2 ada impact
    dgn pasukan...

    ReplyDelete
  4. bg aku lah kan, kite tk boleh la nak salahkan hanya kepada jurulatih je, setiap pihak ada kesalahan, dari pengurusan, jurulatih dan pemain, tp apa yang aku nampak, banyak kesalahan yg perlu di tanggung oleh forke doe, sbbnya kalau di lihat terangganu musim lps, masa forke tkde, badul hadi yahya jd penjaring terbanyak liga n manaf mamat jd striker piliyhan musim lps sbb kelincahan die, tp tahun ni, kenapa kedua-dua playe 2 kureng menyerlah, termasuk juga ashaari dan ismail faruqi, padahal mereka nie seorang pemain yg cukup versetail n boleh menjaringkan gol, semenjak kemasukan forke yg agak malas n kurnag bersungguh-sungguh untuk menjadi penggempur, mereka td kurang menyerlah, pasukan hanya mengharap 100% kpd forke sahaja, sy harap kegemilangan pasukan terengganu tahun lps dpt kembali balik pd tahun ni, diharap playe2 seperti, manaf, ashaari, abdul hadi, faruqi dan joseph dpt menterlah kembali

    ReplyDelete