Thursday 17 May 2012

FORKEY DOE VIRUS DALAM PASUKAN TERENGGANU…


Assalamualaikum

Ketika setiap pasukan meningkatkan prestasi dalam saingan pusingan kedua Liga Super ini. Kemelut dalaman pula melanda pasukan Terengganu. Tidak selesai permasalahan antara Mat Zan dengan pihak pengurusan. Kini timbul pula masalah pertasi pemain2 Terengganu yang mula diperkatakan oleh semua pihak terutama penonton2 sang “Penyu”.

Ini juga menarik perhatian aku dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain Import pasukan Terengganu terutamanya “Forkey Doe” yang telah berjaya menarik perhatian penonton dengan prestasi yang dipamirkan pada peringkat permulaan saingan Liga Super. Namun itu semua hanya seketika! Kini prestasinya boleh dipertikaikan. Aku rasa Forkey Doe telah “menipu” rakyat Terengganu dengan portfolio dan reputasi yang ada pada dirinya sebelum ini.



Aku pertikaikan ini kerana melihat sumbangan beliau ketika ini tidak menujukkan bahawa beliau adalah seorang pemain “Professional”. Tidak menunjukan semangat berpasukan hanya mementingkan diri sendiri. Tidak menjadi “ROLL MODEL” kepada pemain2 tempatan serta tidak menunjukkan sikap “Leadership”.

Aku merujuk kepada sumbangan beliau dalam setiap perlawanan yang mana aku boleh katakan Forkey Doe adalah “VIRUS” yang akan merosakkan pasukan Terengganu. Dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau di dalam setiap perlawanan amat menggecewakan lebih tepat sebagai pemain yang paling “MALAS” di atas padang. Tanpa menunjukkan keinginan atau kesungguhan sebagai pemain yang boleh dihormati atau disanjungi untuk dijadikan contoh.

Sepatutnya beliau sebagai pemain “Professional” patut membantu atau memberi tunjuk ajar kepada pemain tempatan untuk dijadikan rujukan, inilah tujuannya FAM membenarkan pemain inport beraksi di dalam liga tempatan, selain dapat menarik perhatian penonton untuk hadirkan diri di stadium bagi memeriahkan sesuatu pertandingan. Namun prestasi dan sikap yang buruk ditunjukkan oleh Forkey Doe, ini yang aku katakan bahawa “FORKEY DOE ADALAH VIRUS KEPADA PASUKAN TERENGGANU” yang boleh membawa kejatuhan kepada pasukan.

Sekian

3 comments:

  1. kita tgk dulu lwn kelantan nanti.kalau x menyerlah jg, singkirkan saja DOE tu...

    ReplyDelete
  2. Sy rasa kebolehan yg beliau ada patut dipergunakan sepenuhnya oleh team utk kebaikan bersama. Di sini, peranan coach & pengurusan amat penting bagi memastikan perkara ini dan bukannya dia MEMPERGUNAKAN team utk dirinya sendiri. Wallahuallam.

    ReplyDelete
  3. sy rasa ptt forke doe dh disingkirkan dh, terlalu malas nak kejar n amek bola, biarlah pemian tempatan jd penggempur utama terengganu, mcm manaf mamat, abdul hadi, ashaari, joseph, faruqi dan lain-lain, makin lama di biarkan forke doe ni, makin tumpul serangan pasukan.

    ReplyDelete