Wednesday 14 March 2012

BUKAN MUDAH MENJADI PENGULAS BOLA SEPAK...

Assalamualaikum

Pertama kali aku ingin mengucapkan ‘Tahniah’ kepada pasukan2 yang berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA pada hujung minggu lalu. Kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Astro Arena kerana sudi memberi peluang kepada aku untuk bersama2 memberi ulasan secara langsung di saluran 801 dalam dua perlawanan Piala FA di antara pasukan T-Team vs Pahang dan  Terenganu vs Perak.

Apa yang aku ingin kongsikan bersama2 ini adalah merupakan satu pengalaman yang penuh berharga dalam hidup aku yang tidak boleh di jual beli.

“Bukan Mudah Untuk Menjadi Seorang Pengulas Bola Sepak?

Ini aku ingin kongsi kepada semua peminat2 bola sepak bahawa bukan mudah untuk seseorang itu ingin menjadi “Pengulas Sesuatu Perlawanan Bola Sepak” yang berwibawa. Banyak kerja yang perlu di lakukan terutamanya kekuatan mental dan homework yang banyak, selain daripada bakat yang ada pada diri seseorang serta “FOKUS” pada sesuatu perlawanan.

                                                                                       Shaukei Kahar

Aku begitu hormat kepada semua “Pengulas Sukan” tanah air yang berjaya menghidupkan suasana perlawanan dengan ulasan2 yang menyemarakkan perlawanan. Ini kerana mereka perlu mengetahui semua aspek2 teknikal permainan dan nama2 pemain dengan cepat serta fakta tepat.

 Aku dan Brother Shaukei

Pengalaman ini, aku sendiri alami ketika mengulas kedua2 perlawanan di atas. Pada malam pertama aku ingin mengulas tiba2 perasaan takut dan gementar mula bermain di fikiran. Apatah lagi ketika aku duduk di dalam bilik ulasan bertambahlah gelisah dalam diri aku. Satu idea dan perkataan tidak terlintas di dalam fikiran aku, sehingga lidah aku menjadi kelu.

                                                                                   Aku ketika mengulas

Perasaan ini pernah aku rasai ketika setiap kali aku melangkah masuk di perkarangan stadium. Mujurlah aku dapat bantuan daripada pengulas sukan yang berpengalaman tanah air brother Shaukei Kahar dan Producer serta team production Astro Arena yang memberi semangat.

                                                                           Aku dan Producer En Razlin

Aku tabik kepada semua pengulas sukan Negara...

Sekian


2 comments:

  1. suruhlah legend bersara..hasbulah awang.semput la tgk bola dia mengulas..haha

    ReplyDelete
  2. Overall, ulasan saudara memang baik. Saya pun suka bila Astro beri peluang kepada ex-player jadi pengulas. Saya berpeluang melihat saudara on-air utk pertama kali malah ulasan saudara mendapat pujian Hj Zainal Abidin Rawop.Semoga terus berjaya menjadi pengulas sukan!

    ReplyDelete