Saturday 24 March 2012

FAM: PENGADIL MASIH BUTA…

Assalamualaikum

Selesai sudah pusingan pertama peringkat Suku Akhir Piala FA 2012. Tahniah aku ucapkan kepada pasukan yang berjaya memperolehi kemenangan, terutama kepada pasukan Sime Darby FC yang telah menunjukkan satu permainan yang bermutu ketika menentang pasukan Johor FC. Aku juga ingin memberi pujian kepada pemain2 Sime Darby FC yang telah mempamirkan commitment dan disiplin serta semangat juang yang tinggi ketika mereka bertemu Johor FC tempoh hari, walaupun pasukan Johor FC bermain di liga tertinggi Malaysia. 

                                                                   Sime Darby

Seperti aku katakan, pasukan underdog juga boleh melakukan kejutan dalam pertandingan ini. Namun jurulatih Sime Darby FC perlu menumpukan perhatian pada tahap kecergasan pemain dan melakukan perubahan taktikal ketika perlawanan peringkat kedua nanti. Aku pasti Johor FC akan melakukan satu perubahan drastik bagi memastikan mereka memperolehi kemenangan untuk menjamin masa depan pasukan mereka sebelum mereka diambil tindakan oleh pihak pengurusan. Ini pasti kerana aku pun dah duduk di bawah pengurusan Johor FC.

“Adakah mutu pengadilan Liga kita sudah baik?”

                                                                                          Gambar file

Ini satu persoalan yang perlu di jawab oleh FAM. Rata2 aku perhatikan kebanyakkan pemain atau pun pasukan kurang berpuas hati dengan tahap mutu pengadilan yang ada di dalam diri segelintir pengadil2 Liga Malaysia. Mereka kurang peka dengan suasana dan keadaan yang berlaku ketika perlawanan. Tidak semua lah!!! 

Terutamanya daripada penyokong2 tempatan yang kurang senang dengan tahap mutu pegadilan bola sepak Negara yang lemah. Penyokong2 tempatan kena jagalah juga tahap professional dan nilai sivik diri mereka, jangan nak membaling objek je untuk melepaskan kemarahan. Kesian juga lah kat Persatuan Negeri! asyik nak membayar denda je ke FAM. "Jangan Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar". Nanti aku suruh Muhyiddin Yassin wujudkan kembali mata pelajaran Sivik untuk kebaikkan bersama...


Aku tahu pengadil itu manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Jadi pegawai FAM kena lah ambil satu pendekatan untuk membantu pengadil2 ini untuk memajukan diri mereka. Janganlah makan gaji buta je atau pandai nak memberi hukuman kepada pegawai2 pasukan dan pemain2 sahaja. Bila pengadil dikritik sudah tentu Jawatankuasa pengadil akan menghukum mereka ini. Kenalah berlaku adil kepada mereka2 ini. Dengarlah pandangan daripada mereka, inikan untuk kebaikkan bersama.
Aku katakan ini berlandaskan kepada kejadian2 yang berlaku pada saingan suku akhir Piala FA sahaja tidak yang lepas2, jadi faham2 sahaja lah ye, orang2 di dalam Jawatankuasa Pengadilan FAM. Jangan hanya untuk memajukan bola sepak tapi mutu pengadilan semakin kebelakang. Perlulah seiring…

“Fikir2 lah ye FAM?”

Sekian

1 comment:

  1. persoalan pertama saya, bos2 besar FAM ni ada ke baca beribu2 cadangan peminat di blog/fb ?

    Yg nampak "aktif" di dunia internet mcm anuar musa je. yg lain ntah le. takde jumpa pulak.

    FAM? fan page facebook pun takde.. cmne nak dekat dengan peminat?

    ReplyDelete