Friday, 28 October 2011

N9 PUNYAI KELEBIHAN...

Assalamualaikum

Bahang Piala Malaysia edisi 2011 sampai kemuncaknya? Tentu menjadi teka-teki pasukan manakah yang akan menjulang Piala Malaysia 2011. Adakah N9 @ Terengganu? Ini yang menjadi persoalan kepada peminat2 bola sepak tanah air.

Tahun ini juga merupakan tahun yang paling kontroversi dalam saingan Piala Malaysia. Dengan kritikan bertalu2 yang di lemparkan kepada pengadil dan juga pengurusan pertandingan FAM berkenaan dengan harga tiket perlawanan akhir yang tidak relevan? Pada mata hati peminat2 bola sepak tanah air.

                                                         Ehsan Utusan Malaysia

Namun masalah ini kita serahkan kepada FAM untuk mempertimbangkannya!!! Apa yang aku ingin fokuskan ialah tentang perlawanan akhir antara N9 vs T’gganu yang akan belangsung malam ini.

                                                              Terengganu (ehsan)

                                                                                   N9 (ehsan)
Sebelum itu aku ingin mengucapkan tahniah kepada kedua2 pasukan ini kerana berjaya layak ke peringkat akhir edisi 2011.

Untuk perlawanan akhir malam ini aku memilih N9 untuk menjulang Piala Malaysia edisi 2011. Ini kerana pada mata pandangan aku N9 mempunyai kelebihan dari segi taktikal dan pengalaman yang ada pada setiap pemainnya untuk menerima tekanan dan asakkan daripada pemain2 muda Terengganu. Aku percaya pemain2 N9 seperti Shukor, Idris Karim, Zaquan, Hafiz, Kunalan dan Khairuddin Omar dapat mengawal keadaan dalam keadaan apa sekali pun. Ini pula dengan susunan strategi perlawanan yang akan diatur oleh seorang jurulatih yang begitu kreatif (Coach Azraai) untuk merencana pergerakkan2 yang akan membawa kejayaan kepada pasukan N9.


                                                                    Coach Azraai

Aku juga tidak menafikan bahawa Terengganu juga berpeluang untuk menjulang Piala Malaysia edisi ini sekirannya ia dapat mengekalkan permainan terbuka secara menyerang dan bukan hanya melancarkan serangan melalui serangan balas. Dengan kepantasan pemain2 muda Terengganu ini seperti Manaf, Hadi, Ismail Faruqi dan lain2. Lebih menarik lagi sekiranya Coach Irfan menerapkan TAKTIK permainan pantas dengan pergerakkan satu pasukan dengan hantaran2 pendek dengan lorongan bola yang kreatif oleh pemain2nya terutamanya Joseph Kalang dan Ahmad Nordin Alias.

                                                                       Coach Irfan

Namun aku tetap memilih N9 akan menjulang Piala Malaysia edisi 2011 kerana percaya dengan ketenangan yang ada pada setiap pemain2 mereka dan pemain2 mereka mengenali setiap kelebihan yang ada pada diri mereka. Dengan faktor inilah yang akan membawa kejayaan kepada pasukan N9.

                                                                      N9 - 2009

Sekian




4 comments:

  1. Kita berbeza pendapat nampaknya, tapi betul kadangkala pengalaman menjadi pemisah.

    ReplyDelete
  2. bagi saya, Terengganu ada advantange sedikit sebab telah singkirkan Kelate & Selangor .. mental & semangat sedang tinggi..

    ramalanku: Ganu 1-0 N9 ..

    ReplyDelete
  3. kelas bang.. tekaan yg baik.. aku bekas player 1-0 minta izin hehe..

    ReplyDelete
  4. lama x menulis?? ap jngkaan terhadap pasukan Johor musim dpn??

    ReplyDelete