Monday, 19 March 2012

FA CUP : MAMPUKAH 2 PASUKAN UNDERDOG MENERUSKAN CABARAN…

Assalamualaikum

Bermulalah bahang perebutan dan kerancakkan Piala FA 2012 peringkat suku akhir (pertama) yang akan kedengaran tiupan wisel pertama pada hujung minggu ini. Sebelum pergi lebih jauh lagi, aku terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada 8 pasukan yang berjaya layak ke peringkat suku akhir saingan Piala FA 2012.

Lebih menarik perhatian aku pada peringkat suku akhir ini ialah kewujudan “2 pasukan underdog” yang telah melakar sejarah tersendiri di dalam saingan Piala FA iaitu pasukan “Sime Darby dan Kuala Lumpur SPA”. Walaupun selaku pasukan yang bersaing di dalam Liga Premier dan FAM, namun kedua2 pasukan ini telah berjaya membuat satu kejutan dan sudah pastinya akan memberikan satu saingan sengit dengan permainan yang berkualiti tinggi bagi mengekalkan momentumnya untuk mencipta kemenangan dengan pasukan2 yang bermain di Liga Super.

                                                                                      Sime Darby

“Mampukah ia meneruskan cabaran ini?”

Ini yang akan menjadi persoalanya? Tapi aku percaya kedua2 Jurulatih mempunyai perancangan dan percaturan strategi dan tektikal tersendiri untuk memastikan anak2 buahnya mengekalkan tahap pretasi permainan yang berkualiti tinggi dengan individu teknik yang mampu memberikan satu kejayaan kepada pasukan masing2. Dengan berbekalkan keyakinan,kejayaan,kepintaran dan pengalaman yang ada pada jurulatih kedua2 pasukan ini, mampu untuk memberikan satu saingan sengit kepada lawan masing2 pada peringkat suku akhir pertama.

“Singapura Rancang Sesuatu”

Perhatian aku juga tertumpu kepada dua pertemuan juara tahun lepas Terengganu dan Lions xii. Di mana kedua2 pasukan ini mempunyai agenda tersendiri bagi membuktikan kekuatan pasukan masing2. Terutamanya pasukan Lions xii yang menyimpan dendam di atas kekalahan pusingan pertama Liga Super. Dengan kredibiliti yang ada pada kedua2 jurulatih serta idea2 yang bernas aku percaya ia mampu menyajikan satu perlawanan yang berkualiti tinggi dengan kualiti dan individu teknik serta skill pemain2 tempatan yang mereka miliki seperti Assari, Zubir, Manaf, Marzuki, Muslim, Ismail Faroqi bagi Terenganu dan Singapura pula seperti Shahril, Mahdu, Saiful, Baihakki dan ramai lagi.

                                                                       Singapura


                                                                                                    Terengganu

Dengan kekuatan yang ada pada kedua2 pasukan ini, aku merasa pemain2 kedua pasukan perlu menunjukkan satu permain yang kreatif  dan agresif. Sebelum aku mengakhiri ulasan ini aku mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang akan mengharungi perlawanan pertama peringkat suku akhir Piala FA 2012.

Sekian


No comments:

Post a Comment