Tuesday, 15 October 2013

Harimau Malaya: Aspek bertahan secara berpasukan masih lemah

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya dapat juga aku memberi ruang kepada diri aku ini untuk melemparkan ayat2 untuk dokongsikan bersama. Semua sudah tahu bahawa minggu ini adalah merupakan minggu yang begitu warna warni dalam kancah bola sepak negara kita, kerana banyak topik yang boleh dibincang serta disuarakan.

Sebelum aku menyentuh tentang prestasi skuad kebangsaan kendalian K. Rajagopal terlebih dahulu aku ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan 4 yang layak menjejakkan kaki keperingkat separuh akhir Piala Malaysia 2013. Sudah tentu pertemua separuh akhir yang bermula pada 18/19 Oktober 2013 ini akan menjadi perhatian semua kerana ini adalah merupakan peringkat separuh akhir yang begitu menarik untuk diperhatikan. 

Dengan kegaggalan pasukan JDT dan Lions Xii melayakkan ke peringkat separuh akhir, perhatian akan tertumpu kepada pasukan underdog Sarawak yang begitu konsisten dalam  persembahan mereka. Ini sudah tentu akan menjadi tamparan kepada Pahang apabila berhadapan Sarawak digelanggang sendiri pada jumaat ini. Disini lah ujian sebenar kepada pemain2 Pahang menguji kekuatan mental mereka dan fokus pada perancangan jurulatih kerana harapan yang tinggi peminat2 sudah tentu akan mengganggu sedikit konsentrasi mereka, sama juga dengan pasukan Sarawak pemian2nya perlu bijak mengambil kesempatan apabila berhadapan digelanggang lawan pada perlawanan pertama kerana mempunyai kelebihan kepada mereka sekiranya berjaya menjaringkan gol.

Bagi pertemuan ATM dan Kelantan pula akan menjadi perhatian media untuk mempelbagaikan cerita bagi menjadikan ia satu perlawanan yang dinantikan oleh semua peminat bola sepak tanah air memandangkan kedua2 pasukan ini mempunyai nostalgia tersendiri, dimana pada perlawanan akhir tahun lalu Kelantan berjaya menewaskan ATM, ini juga akan menjadi misi balas dendam kepada pemain2 ATM. Sebelum perlawanan bermula pelbagai perang psychology telah dimainkan oleh ATM dengan isu stadium perlawanan pertama separuh akhir. Walaupun sesetengah peminat melihat kemungkinan itu masalah dalaman pasukan ATM yang sedang bergolak tetapi aku berpandangan bahawa itu dalah merupakan perang psychology dimainkan ATM untuk menggangu konsentrasi pemian2 Kelantan. Apa2 pun perlawanan separuh akhir yang melibatkan 4 pasukan ini memang yang terbaik untuk disaksikan.

Sementara itu dengan keputusan seri Harimau Malaya ketika menentang Bahrain sudah tentu akan melegakan sedikit Rajagopal, namun pada hakikatnya Harimau Malaya agak sukar untuk menempah ticket secara merit ke kejohanan Piala Asia 2015 tetapi dalam bola sepak apa2 pun boleh berlaku. Sekiranya Harimau Malaya ingin menempah tiket secara merit, Ragagopal perlu memberi tumpuan kepada aspek bertahan secara berpasukan dan perlu memberi kesedaran kepada pemian2 untyuk berfikir dengan pantas (in advance) kerana bermain diperingkat antarabangsa tidak boleh terlalu kasual. 

Kalau dua aspek ini berjaya ditekankan kepada pemain inshaAllah Harimau Malaya akan berjaya keperingkat seterusnya. Dengan itu kita sama2 doakan agar pemain2 Harimau Malaya terus memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya nanti.



Thursday, 5 September 2013

Ujian Pertama Harimau Muda A Sebelum Sukan SEA Myanmar

Assalamualaikum

Kehangatan bola sepak Negara tidak terhenti, walaupun bahang saingan Piala Malaysia 2013 baharu memasuki pusingan kedua dihentikan seketika kerana memberi laluan kepada kejohanan yang penuh dengan sejarah tersendiri dalam bola sepak negara iaitu Pesta Bola Merdeka.

Edisi kali ini disertai empat pasukan seperti MalaysiaU23,ThailandU23,SingapuraU23 dan MyanmarU23. Boleh dikatakan kesemua pasukan yang menyertai kejohanan ini membuat persiapan sebelum menghadapi Sukan SEA di Myanmar pada bulan November 2013.

Pada edisi kali ini anak2 buah Ong Kim Swee perlu mengambil kesempatan menunjukkan kematangan mereka setelah berkelana selama enam bulan dibumi eropah. Aku fikir dengan pengalaman selama enam bulan itu sudah tentu tidak menjadi masalah kepada Ong Kim Swee untuk memastikan anak2 buahnya mengalas tugas yang diberikan dengan berkesan.

Keserasian dan memahami antara satu sama lain adalah inti pati kejayaan utama kepada skuad Ong Kim Swee ini. Aku harapkan Ong Kim Swee mampu merubah landskap bola sepak negara kerana skuad ini mempunyai potensi untuk mengibarkan bendera negara serta mengharumkannya pada masa mendatang. 

Kekuatan skuad ini pada semangat berpasukan, kepantasan dan kekuatan fizikal selain perlu memperbaiki sedikit aspek teknikal individu serta kepantasan berfikir. Dalam bola sepak modern aspek ini amat penting. Namun aku percaya Ong Kim Swee mampu untuk merealisasikan impian pencinta  bola sepak Negara.

Pada pandangan aku juga, sudah tiba masanya separuh daripada skuad ini diserapkan dalam skuad senior untuk bersama2 bersaing dalam perebutan tempat. Ini akan memberi saingan yang positif dan kompetitif dikalangan pemain2.

Ayuh kita sama2 doakan agar skuad ini memperolehi kejayaan dan kepada semua pencinta bola sepak di Kuantan terutamanya penuhkan Std Darulmakmur petang esok memberi sokongan kepada Harimau Muda A.

Sekian



Thursday, 22 August 2013

Azmi Perlu Bijak Menjawab

Assalamualaikum

Pemecatan Fandi Ahmad daripada mengendalikan skuad Johor DT memang sudah dijangka. Ini berdasarkan beberapa faktor, mungkin salah satunya Johor DT tidak layak ke Piala AFC tahun hadapan selain prestasi kurang konsisten daripada pemain2 Johor DT setelah PBNJ berbelanja besar tahun ini.

Walaupun PBNJ masih berselindung dengan pemecatan itu, tetapi dengan perlantikan Azmi Mohamed menerajui Johor DT mengesahkan lagi kemelut sedang melanda di selatan. 

Tahniah kepada Azmi Mohamed kerana cita2 ingin membawa sebuah pasukan Liga Super tercapai serta dengan sebuah pengurusan yang mempunyai dana.

Tetapi agak malang pada perlawanan pertama saingan Piala Malaysia Johor DT tewas kepada PKNS dan yang lebih malang lagi dengan statement dikeluarkan sendiri oleh Azmi kepada media. 

Saya rasa apa yang diperkatakan oleh Azmi itu mengambarkan bahawa beliau kurang bijak untuk berhadapan dengan soalan2 provokasi dimainkan wartawan. Ini menunjukkan kelemahan Azmi apabila membuka kelemahan pasukan kepada media, sudah tentu dengan kesalahan diletakkan kepada pemain di atas kekalahan itu juga akan menjatuhkan maruah dan semangat pemain. 

Ini memnambahkan luka yang memang sedia ada dalam JDT. Lebih elok masalah dalaman atau kelemahan pemain itu ditinggalkan di dalam dressing room lebih professional. Azmi perlu ikut tanggungjawab sebagai Kapten Kapal Terbang/Laut. Sekirannya berlaku kecemasan, Kapten adalah orang terakhir akan meninggalkan kapalnya.

Baru kalah dalam perlawanan pertama sudah ada jawapan menyelamatkan diri, tengok bagaimana B. Sathianathan walaupun ATM tewas, dia tenang berhadapan dengan soalan2 media.

Aku katakan ini sebab aku ingin melihat Azmi lebih matang dan bijak. Kerana kita perlu membuktikan bahawa orang2 bola ini mempunyai daya pemikiran yang tajam dan berpendidikan.

Apa2 pun aku mengucapkan selamat maju jaya kepada Azmi dalam kerjayanya.





Sunday, 21 July 2013

Pemain bola sepak perlu bijak merancang kerjaya, bina karakter, imej

KEKUATAN mental dan fizikal setiap pemain bola sepak Liga Malaysia sekali lagi akan diuji.
Persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia terus dilakukan setiap pasukan sepanjang Ramadan sebelum wisel saingan Piala Malaysia ditiup dua minggu selepas menyambut Syawal. 

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ini akan memberi sedikit tekanan kepada pemain ketika latihan dan menguji kebijaksanaan jurulatih menyusun program latihan ketika semua pemain-pemain beragama Islam menjalani ibadah puasa.

Tidak terkecuali, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal memanggil pemain terpilih untuk menghadapi beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab ternama dunia seperti Chelsea dan Barcelona di samping mempersiapkan pasukan untuk mencari ramuan taktikal dan strategik serta persefahaman pemain sebelum pusingan kedua kelayakan Piala Asia 2015 diteruskan.

Namun, lebih menarik untuk saya ketengahkan ialah perbezaan 'karakter' dua jurulatih iaitu Rajagobal dan Jose Mourinho. Ini boleh dinilai ketika kedua-dua jurulatih melakukan sidang media beberapa hari sebelum pertemuan kedua-dua pasukan semalam. Sudah tentu dengan kembalinya Jose Mourinho kepangkuan Chelsea akan memberi erti kepada pemain dan peminat-peminat Chelsea di seluruh dunia. 

Kelihatan 'X faktor' dalam diri Mourinho begitu terserlah, setiap gerak-gerinya akan mendapat perhatian dan setiap perkataan daripada mulutnya juga dinanti-nantikan. Jawapan yang diberikan begitu yakin, termasuklah pandangan diberikan beliau tentang seseorang pemain itu perlu menunjukkan aksi yang konsisten dan kerap bermain dalam kelab layak bermain untuk pasukan kebangsaan mereka.

Begitu juga dengan sikap ketegasannya dalam ketepatan waktu, apabila meninggalkan sidang media baik sahaja masa yang diberikan tamat walaupun pada ketika itu beberapa jurugambar sedang sibuk menjalankan tugas. Inilah karakter yang akan memberi kesan mendalam kepada pemain-pemain apabila seseorang jurulatih itu mempunyai nilai integriti begitu tinggi.

Peluang begini perlulah diambil kesempatan oleh setiap jurulatih, pemain serta pegawai pasukan untuk dipelajari serta membuat kajian daripada seseorang yang berjaya dalam merealisasikan impian dan kerjayanya dalam urus tadbir diri.

Selain itu juga, kita boleh menjadikan satu contoh atas kejayaan seorang pemuda Vietnam, Vu Xuan Tien lebih dikenali dengan 'The Running Man' ketika berlari mengejar bas pasukan kegemaran beliau iaitu Arsenal sejauh 5 kilometer hanya untuk mendapatkan tandatangan pemain Arsenal ketika baru sahaja menjejakkan kaki di Vietnam dalam jelajah Asia yang mendapat liputan meluas media antarabangsa setelah video dimuat turun di youtube oleh penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.

Pepatah Melayu ada menyatakan 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'. Begitulah mesej yang dapat kita pelajari daripada pemuda Vietnam ini, tidak ada kejayaan datang dengan mudah sekiranya kita tidak berusaha. 

Namun, lebih menarik tentang kejadian ini, terselindung satu nilai 'pemasaran' daripada Xuan Tien.
Setiap perancangan dan strategi dalam melakukan pemasaran amat penting. Ini perlu dipelajari setiap pemain-pemain bola sepak di negara kita, bagaimana cara menarik perhatian peminat, penaja dan kelab selain daripada persembahan yang konsisten, berkualiti serta bermutu. 

Mereka perlu bijak membina karakter dan imej dalam diri sendiri baik di dalam serta luar padang.
Ini akan mencerminkan seseorang pemain itu bijak merancang kerjayanya serta dipandang hormat.
Dalam era bola sepak profesional pemain perlu mengambil kesempatan di atas sambutan kemeriahan daripada peminat dan pihak media untuk menarik penaja bagi menambah pendapatan menjamin masa depan.

Monday, 8 July 2013

Pemain perlu jujur pada diri sendiri


Assalamualaikum.

Tirai Liga Super dan FA sudah dilabuhkan, malah segala teka teki sudah terjawab.
Sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat tentang pasukan manakah akan menjadi juara Liga Super dan Piala FA. Ada mengatakan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT), Selangor, ATM dan Pahang akan menjuarai Liga Super memandangkan Kelantan tidak berada pada prestasi membanggakan.

Namun, semua jangkaan peminat meleset kerana pada akhirnya Lions XII menjulang kejuaraan Liga Super edisi 2013. V. Sundramoorthy bijak mengatur strategi dalam merancang kejayaan pasukannya dengan mengambil kesempatan atas persembahan kurang konsisten pasukan dari tanah air.
Sementara itu, pemain-pemain Lions XII juga amat berdisiplin dan mempamer aksi meyakinkan dalam setiap perlawanan.

Mereka melaksanakan semua perancangan yang diatur Sundramoorthy dengan penuh dedikasi, jujur serta bersama semangat berpasukan yang jitu. Ini satu tamparan kepada persatuan negeri untuk bangkit dan melakukan perancangan lebih teliti. 

Sebelum Lions XII dinobatkan sebagai juara Liga Super 2013, kemuncak bola sepak negara sebenarnya tertumpu kepada perlawanan akhir Piala FA Kelantan dan Johor DT. Pelbagai provokasi dimainkan di alam maya yang dilakukan oleh penyokong kedua-dua pasukan, sehingga ada menyatakan pergaduhan bakal berlaku, namun realiti sebenar tidak terjadi.

Pujian perlu diberikan kepada penyokong Kelantan dan Johor DT yang membawa satu atmosfera baharu dalam memartabatkan bola sepak negara. Sikap 'profesional' mereka memberi satu gambaran bahawa bola sepak kita berada di landasan betul tetapi persatuan negeri atau kelab perlu mengambil inisiatif bagaimana untuk memastikan atmosfera begini terus kekal.

Dalam dunia bola sepak moden , sokongan daripada penyokong sesebuah pasukan itu sebenarnya menunjukkan persatuan atau kelab bijak menguruskan perniagaan.
Di sini persatuan perlu bijak merancang aktiviti persatuan dan pemain bersama peminat untuk menarik penajaan daripada syarikat-syarikat korporat.

Penjenamaan dan pemasaran perlu kreatif dengan idea-idea baharu kerana ini dapat mengekalkan atmosfera sedia ada, selain itu ia juga dapat menjana pendapatan kepada persatuan atau kelab.                      © Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 27 June 2013

"BERSATU" Skuad 1998 Julang Piala FA

Assalamualaikum,

Sejarah tercipta dalam kancah bola sepak negeri JOHOR apabila skuad bimbingan Steve Darby menjulang Piala FA buat kali pertama setelah membenam Sabah, selepas kejuaraan berganda 1991. 

Tetapi disini aku ingin berkongsi dengan peminat di atas kejayaan skuad Johor 1998. Kemungkinan sebahagian peminat generasi Y tidak mengetahui kejayaan yang dikecapi itu tanpa kehadiran jumlah penyokong Johor yang ramai, sebagaimana final yang akan dilalui Johor DT. Memandangkan gelanggang final tahun itu dimainkan di Sabah, kurang dari 500 org itu pun termasuk pegawai PBNJ. 

Walaupun ketika itu kelebihan dimiliki pasukan Sabah, tetapi semangat yang ditonjolkan oleh kesemua anak2 Johor begitu membara. Setiap perancangan diatur oleh Steve Darby diketika latihan, diberi perhatian oleh kesemua 25 pemain.

Apa yang membanggakan ketika itu kesemua pemain2 Johor "BERSATU HATI" walaupun ada sebahagian pemain tidak dapat mengikuti rombongan ke Kota Kinabalu atas sebab mahu kurangkan kos transport. 

Tetapi itu tidak mematahkan semangat kesemua pemain Johor untuk menanam satu azam menjulang Piala FA buat kali pertama. Diketuai Darren Steward, Skuad 1998 akhirnya berjaya membawa pulang Piala FA ke JOHOR. 

Ini perlu diambil ikhtibar oleh semua anak2 JOHOR bahawa tidak mustahil untuk Johor DT mencita kejayaan sekiranya semua pemain2nya benar2 "BERSATU" membawa nama JOHOR serta diiringi dengan sorokan puluhan ribu penyokong Johor DT selain dengan sokongan daripada TMJ yang telah menjanjikan imbuhan yang tidak ketahui berapa nilai. Tidak seperti skuad 1998 yang tidak menerima apa2 imbuhan langsung.

Jadi "BERSATU" membawa roh JOHOR pasti ada kekuatan dan kejayaan akan muncul sekali pun ramai menjangkakan Kelantan akan menjadi juara. Ikuti segala perancangan diatur jurulatih inshaAllah akan berjaya

Ayuh terus berjuang demi negeri JOHOR

LUASKAN KUASAMU, HIDUP JOHOR




Sunday, 2 June 2013

Transformasi minda, nilai integriti penting dalam organisasi


SAINGAN separuh akhir Piala FA sudah pun melabuhkan tirainya. Kelantan dan Johor Darul Takzim bakal berentap di pentas akhir untuk menentukan siapakah yang bakal menjulang piala tersebut buat kali ke-24 sejak pertandingan itu dimulakan pada tahun 1990.

Biar pun perlawanan di Bukit Jalil, kelmarin berlangsung tanpa sebarang masalah, epilog terdahulu di Stadium Darul Makmur akan tetap kekal dalam lipatan sejarah bola sepak negara.Kekecohan yang berlaku antara penyokong Pahang dan Johor DT minggu lalu. telah membuka minda ramai pihak terutamanya di kalangan pencinta bola sepak.

Persoalan demi persoalan bermain di minda mereka terutama aspek keselamatan dalam stadium mengikut peraturan pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adakah masih relevan? Ini perlu dirungkai dan difikirkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.

Sudah tiba masanya orang-orang FAM berfikir 'melangkaui minda' untuk mengkaji kembali aspek-aspek keselamatan dalam satu-satu kejohanan yang dianjurkan.
Mereka perlu memikirkan penggunaan teknologi terkini dalam membuat kajian dan pemantauan untuk menambah baik aspek keselamatan penonton ke stadium setiap masa.

Ini saya perkatakan kerana mengikut trend terkini generasi-generasi Y begitu bijak untuk mempromosikan sesuatu perlawanan itu melalui alam maya amat berkesan.
Transformasi minda dilakukan oleh generasi Y ini begitu kreatif sehingga berjaya menarik perhatian setiap individu untuk mengikuti sesuatu maklumat itu dengan lebih dekat.

Walaupun topik-topik yang dimainkan itu satu provokasi (cyberwar) tetapi ia berjaya meningkatkan nafsu dan semangat pencinta-pencinta bola sepak itu menghadirkan diri ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.

Di sinilah peranan ahli-ahli jawatakuasa pertandingan untuk memantau setiap gerakan dan promosi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong tegar pasukan itu untuk membuat persediaan awal keselamatan.

Sebagai contoh sudah tiba masanya saya fikir permohonan anggota keselamatan daripada jawatankuasa pertandingan perlulah mengikut nisbah mengikut kapasiti stadium seperti 70:30. Ini setidak-tidaknya anggota keselamatan dapat bertindak lebih awal dalam apa jua keadaan dan kemungkinan yang akan berlaku.

Kejadian di Kuantan ini juga sebenarnya membuka mata berhubung nilai 'integriti' dalam membuat keputusan di kalangan pegawai-pegawai FAM.
Pada pandangan saya keputusan itu amat tidak adil dan seolah satu tamparan kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang pernah dihukum dengan begitu keras atas sebab dan keadaan yang sama, sehingga pasukan Sarawak bermain tanpa kehadiran penonton untuk empat perlawanan Liga Super tahun lalu selain dikenakan denda, disebabkan tindakan penyokong mereka.

Ini persoalan yang timbul difikiran saya, bagaimana Jawatankuasa Disiplin FAM menilai dan membuat sesuatu keputusan itu, sedangkan kejadian yang berlaku di Kuantan adalah serupa.
Pada pengamatan saya, sudah tiba masanya Jawatankuasa Disiplin FAM menyelaraskan setiap hukum itu supaya tidak dipersoalkan pada masa hadapan.

Contohnya Jawatankuasa Disiplin perlu menetapkan sesuatu hukum itu dengan jelas. Itu perlu difikirkan oleh ahli-ahli jawatankuasa disiplin FAM untuk merealisasikannya.
Sudah tiba masanya FAM merubah dasar pentadbirannya mengikut transformasi minda anak muda yang lebih agresif, kreatif dan efektif seiring dengan usaha mewarnai bola sepak Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130603/su_03/Transformasi-minda-nilai-integriti-penting-dalam-organisasi#ixzz2V6o39XK0
© Utusan Melayu (M) Bhd