Sunday, 21 July 2013

Pemain bola sepak perlu bijak merancang kerjaya, bina karakter, imej

KEKUATAN mental dan fizikal setiap pemain bola sepak Liga Malaysia sekali lagi akan diuji.
Persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia terus dilakukan setiap pasukan sepanjang Ramadan sebelum wisel saingan Piala Malaysia ditiup dua minggu selepas menyambut Syawal. 

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ini akan memberi sedikit tekanan kepada pemain ketika latihan dan menguji kebijaksanaan jurulatih menyusun program latihan ketika semua pemain-pemain beragama Islam menjalani ibadah puasa.

Tidak terkecuali, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal memanggil pemain terpilih untuk menghadapi beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab ternama dunia seperti Chelsea dan Barcelona di samping mempersiapkan pasukan untuk mencari ramuan taktikal dan strategik serta persefahaman pemain sebelum pusingan kedua kelayakan Piala Asia 2015 diteruskan.

Namun, lebih menarik untuk saya ketengahkan ialah perbezaan 'karakter' dua jurulatih iaitu Rajagobal dan Jose Mourinho. Ini boleh dinilai ketika kedua-dua jurulatih melakukan sidang media beberapa hari sebelum pertemuan kedua-dua pasukan semalam. Sudah tentu dengan kembalinya Jose Mourinho kepangkuan Chelsea akan memberi erti kepada pemain dan peminat-peminat Chelsea di seluruh dunia. 

Kelihatan 'X faktor' dalam diri Mourinho begitu terserlah, setiap gerak-gerinya akan mendapat perhatian dan setiap perkataan daripada mulutnya juga dinanti-nantikan. Jawapan yang diberikan begitu yakin, termasuklah pandangan diberikan beliau tentang seseorang pemain itu perlu menunjukkan aksi yang konsisten dan kerap bermain dalam kelab layak bermain untuk pasukan kebangsaan mereka.

Begitu juga dengan sikap ketegasannya dalam ketepatan waktu, apabila meninggalkan sidang media baik sahaja masa yang diberikan tamat walaupun pada ketika itu beberapa jurugambar sedang sibuk menjalankan tugas. Inilah karakter yang akan memberi kesan mendalam kepada pemain-pemain apabila seseorang jurulatih itu mempunyai nilai integriti begitu tinggi.

Peluang begini perlulah diambil kesempatan oleh setiap jurulatih, pemain serta pegawai pasukan untuk dipelajari serta membuat kajian daripada seseorang yang berjaya dalam merealisasikan impian dan kerjayanya dalam urus tadbir diri.

Selain itu juga, kita boleh menjadikan satu contoh atas kejayaan seorang pemuda Vietnam, Vu Xuan Tien lebih dikenali dengan 'The Running Man' ketika berlari mengejar bas pasukan kegemaran beliau iaitu Arsenal sejauh 5 kilometer hanya untuk mendapatkan tandatangan pemain Arsenal ketika baru sahaja menjejakkan kaki di Vietnam dalam jelajah Asia yang mendapat liputan meluas media antarabangsa setelah video dimuat turun di youtube oleh penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.

Pepatah Melayu ada menyatakan 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'. Begitulah mesej yang dapat kita pelajari daripada pemuda Vietnam ini, tidak ada kejayaan datang dengan mudah sekiranya kita tidak berusaha. 

Namun, lebih menarik tentang kejadian ini, terselindung satu nilai 'pemasaran' daripada Xuan Tien.
Setiap perancangan dan strategi dalam melakukan pemasaran amat penting. Ini perlu dipelajari setiap pemain-pemain bola sepak di negara kita, bagaimana cara menarik perhatian peminat, penaja dan kelab selain daripada persembahan yang konsisten, berkualiti serta bermutu. 

Mereka perlu bijak membina karakter dan imej dalam diri sendiri baik di dalam serta luar padang.
Ini akan mencerminkan seseorang pemain itu bijak merancang kerjayanya serta dipandang hormat.
Dalam era bola sepak profesional pemain perlu mengambil kesempatan di atas sambutan kemeriahan daripada peminat dan pihak media untuk menarik penaja bagi menambah pendapatan menjamin masa depan.

Monday, 8 July 2013

Pemain perlu jujur pada diri sendiri


Assalamualaikum.

Tirai Liga Super dan FA sudah dilabuhkan, malah segala teka teki sudah terjawab.
Sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat tentang pasukan manakah akan menjadi juara Liga Super dan Piala FA. Ada mengatakan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT), Selangor, ATM dan Pahang akan menjuarai Liga Super memandangkan Kelantan tidak berada pada prestasi membanggakan.

Namun, semua jangkaan peminat meleset kerana pada akhirnya Lions XII menjulang kejuaraan Liga Super edisi 2013. V. Sundramoorthy bijak mengatur strategi dalam merancang kejayaan pasukannya dengan mengambil kesempatan atas persembahan kurang konsisten pasukan dari tanah air.
Sementara itu, pemain-pemain Lions XII juga amat berdisiplin dan mempamer aksi meyakinkan dalam setiap perlawanan.

Mereka melaksanakan semua perancangan yang diatur Sundramoorthy dengan penuh dedikasi, jujur serta bersama semangat berpasukan yang jitu. Ini satu tamparan kepada persatuan negeri untuk bangkit dan melakukan perancangan lebih teliti. 

Sebelum Lions XII dinobatkan sebagai juara Liga Super 2013, kemuncak bola sepak negara sebenarnya tertumpu kepada perlawanan akhir Piala FA Kelantan dan Johor DT. Pelbagai provokasi dimainkan di alam maya yang dilakukan oleh penyokong kedua-dua pasukan, sehingga ada menyatakan pergaduhan bakal berlaku, namun realiti sebenar tidak terjadi.

Pujian perlu diberikan kepada penyokong Kelantan dan Johor DT yang membawa satu atmosfera baharu dalam memartabatkan bola sepak negara. Sikap 'profesional' mereka memberi satu gambaran bahawa bola sepak kita berada di landasan betul tetapi persatuan negeri atau kelab perlu mengambil inisiatif bagaimana untuk memastikan atmosfera begini terus kekal.

Dalam dunia bola sepak moden , sokongan daripada penyokong sesebuah pasukan itu sebenarnya menunjukkan persatuan atau kelab bijak menguruskan perniagaan.
Di sini persatuan perlu bijak merancang aktiviti persatuan dan pemain bersama peminat untuk menarik penajaan daripada syarikat-syarikat korporat.

Penjenamaan dan pemasaran perlu kreatif dengan idea-idea baharu kerana ini dapat mengekalkan atmosfera sedia ada, selain itu ia juga dapat menjana pendapatan kepada persatuan atau kelab.                      © Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 27 June 2013

"BERSATU" Skuad 1998 Julang Piala FA

Assalamualaikum,

Sejarah tercipta dalam kancah bola sepak negeri JOHOR apabila skuad bimbingan Steve Darby menjulang Piala FA buat kali pertama setelah membenam Sabah, selepas kejuaraan berganda 1991. 

Tetapi disini aku ingin berkongsi dengan peminat di atas kejayaan skuad Johor 1998. Kemungkinan sebahagian peminat generasi Y tidak mengetahui kejayaan yang dikecapi itu tanpa kehadiran jumlah penyokong Johor yang ramai, sebagaimana final yang akan dilalui Johor DT. Memandangkan gelanggang final tahun itu dimainkan di Sabah, kurang dari 500 org itu pun termasuk pegawai PBNJ. 

Walaupun ketika itu kelebihan dimiliki pasukan Sabah, tetapi semangat yang ditonjolkan oleh kesemua anak2 Johor begitu membara. Setiap perancangan diatur oleh Steve Darby diketika latihan, diberi perhatian oleh kesemua 25 pemain.

Apa yang membanggakan ketika itu kesemua pemain2 Johor "BERSATU HATI" walaupun ada sebahagian pemain tidak dapat mengikuti rombongan ke Kota Kinabalu atas sebab mahu kurangkan kos transport. 

Tetapi itu tidak mematahkan semangat kesemua pemain Johor untuk menanam satu azam menjulang Piala FA buat kali pertama. Diketuai Darren Steward, Skuad 1998 akhirnya berjaya membawa pulang Piala FA ke JOHOR. 

Ini perlu diambil ikhtibar oleh semua anak2 JOHOR bahawa tidak mustahil untuk Johor DT mencita kejayaan sekiranya semua pemain2nya benar2 "BERSATU" membawa nama JOHOR serta diiringi dengan sorokan puluhan ribu penyokong Johor DT selain dengan sokongan daripada TMJ yang telah menjanjikan imbuhan yang tidak ketahui berapa nilai. Tidak seperti skuad 1998 yang tidak menerima apa2 imbuhan langsung.

Jadi "BERSATU" membawa roh JOHOR pasti ada kekuatan dan kejayaan akan muncul sekali pun ramai menjangkakan Kelantan akan menjadi juara. Ikuti segala perancangan diatur jurulatih inshaAllah akan berjaya

Ayuh terus berjuang demi negeri JOHOR

LUASKAN KUASAMU, HIDUP JOHOR




Sunday, 2 June 2013

Transformasi minda, nilai integriti penting dalam organisasi


SAINGAN separuh akhir Piala FA sudah pun melabuhkan tirainya. Kelantan dan Johor Darul Takzim bakal berentap di pentas akhir untuk menentukan siapakah yang bakal menjulang piala tersebut buat kali ke-24 sejak pertandingan itu dimulakan pada tahun 1990.

Biar pun perlawanan di Bukit Jalil, kelmarin berlangsung tanpa sebarang masalah, epilog terdahulu di Stadium Darul Makmur akan tetap kekal dalam lipatan sejarah bola sepak negara.Kekecohan yang berlaku antara penyokong Pahang dan Johor DT minggu lalu. telah membuka minda ramai pihak terutamanya di kalangan pencinta bola sepak.

Persoalan demi persoalan bermain di minda mereka terutama aspek keselamatan dalam stadium mengikut peraturan pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adakah masih relevan? Ini perlu dirungkai dan difikirkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.

Sudah tiba masanya orang-orang FAM berfikir 'melangkaui minda' untuk mengkaji kembali aspek-aspek keselamatan dalam satu-satu kejohanan yang dianjurkan.
Mereka perlu memikirkan penggunaan teknologi terkini dalam membuat kajian dan pemantauan untuk menambah baik aspek keselamatan penonton ke stadium setiap masa.

Ini saya perkatakan kerana mengikut trend terkini generasi-generasi Y begitu bijak untuk mempromosikan sesuatu perlawanan itu melalui alam maya amat berkesan.
Transformasi minda dilakukan oleh generasi Y ini begitu kreatif sehingga berjaya menarik perhatian setiap individu untuk mengikuti sesuatu maklumat itu dengan lebih dekat.

Walaupun topik-topik yang dimainkan itu satu provokasi (cyberwar) tetapi ia berjaya meningkatkan nafsu dan semangat pencinta-pencinta bola sepak itu menghadirkan diri ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.

Di sinilah peranan ahli-ahli jawatakuasa pertandingan untuk memantau setiap gerakan dan promosi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong tegar pasukan itu untuk membuat persediaan awal keselamatan.

Sebagai contoh sudah tiba masanya saya fikir permohonan anggota keselamatan daripada jawatankuasa pertandingan perlulah mengikut nisbah mengikut kapasiti stadium seperti 70:30. Ini setidak-tidaknya anggota keselamatan dapat bertindak lebih awal dalam apa jua keadaan dan kemungkinan yang akan berlaku.

Kejadian di Kuantan ini juga sebenarnya membuka mata berhubung nilai 'integriti' dalam membuat keputusan di kalangan pegawai-pegawai FAM.
Pada pandangan saya keputusan itu amat tidak adil dan seolah satu tamparan kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang pernah dihukum dengan begitu keras atas sebab dan keadaan yang sama, sehingga pasukan Sarawak bermain tanpa kehadiran penonton untuk empat perlawanan Liga Super tahun lalu selain dikenakan denda, disebabkan tindakan penyokong mereka.

Ini persoalan yang timbul difikiran saya, bagaimana Jawatankuasa Disiplin FAM menilai dan membuat sesuatu keputusan itu, sedangkan kejadian yang berlaku di Kuantan adalah serupa.
Pada pengamatan saya, sudah tiba masanya Jawatankuasa Disiplin FAM menyelaraskan setiap hukum itu supaya tidak dipersoalkan pada masa hadapan.

Contohnya Jawatankuasa Disiplin perlu menetapkan sesuatu hukum itu dengan jelas. Itu perlu difikirkan oleh ahli-ahli jawatankuasa disiplin FAM untuk merealisasikannya.
Sudah tiba masanya FAM merubah dasar pentadbirannya mengikut transformasi minda anak muda yang lebih agresif, kreatif dan efektif seiring dengan usaha mewarnai bola sepak Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130603/su_03/Transformasi-minda-nilai-integriti-penting-dalam-organisasi#ixzz2V6o39XK0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 30 May 2013

Sarawak FA Di TIPU FAM...

Assalamualaikum

Sekali lagi kredibiliti FAM dalam membuat keputusan perlawanan ulangan peringkat separuh akhir ke2  antara Pahang dan Johor DT menjadi perhatian dan perdebatan hangat dikalangan pencinta bola sepak amnya. Selepas kekecohan yang berlaku diantara penyokong Pahang dan Johor DT sebenarnya menguji sejauh mana nilai "integrity" yang dilaungkan oleh pejuang2 dalam FAM itu menjadi kenyataan. Namun sayangnya setelah keputusan itu dibuat ia mengambarkan sikap sebenar dikalangan pejuang2 FAM yang memang TIDAK JUJUR dengan setiap keputusan dibuat, ini menjelaskan ada "DOUBLE STANDART" dalam setiap hukuman dikenakan oleh FAM.

Aku pertikaikan hukuman itu kerana aku merujuk kembali kepada hukuman yang dikenakan oleh FAM terhadap Sarawak FA tahun lalu bukan hanya sekadar membayar denda tetapi terpaksa mengharungi empat perlawanan tanpa kehadiran penonton diatas kekecohan dilakukan oleh penyokong2 mereka dilaman sendiri ketika bertemu Kelantan dalam saingan Liga Super. (SATU CONTOH JE!!!)

Ini jelas apa yang berlaku di Kuantan tempoh hari adalah serupa dengan kejadian yang berlaku di Kuching, tetapi di Kuantan perlawanan terpaksa ditangguhkan. Aku berasa simpati dan respect dengan Sarawak FA menerima keputusan itu dengan minda terbuka.

Apa2 pun aku harap JKDFAM perlu bertindak adil kepada semua hukuman yang diberikan. Tegakkanlah nilai "INTEGRITY" dan jauhi sikap "DOUBLE STANDART". 

Sekian




Wednesday, 22 May 2013

PBNJ pantau le!!! pengawal pintu stadium...

Assalamualaikum,

Semangat untuk membenam Kelantan pada perlawanan semalam begitu tinggi dalam jiwa pemain2 Johor DT, ia pula dibantu dengan kehadiran berpuluh ribu penyokong serta pegawai2 tertinggi kerajaan negeri Johor. Namun aku berasa sedikit kecewa apabila perlawanan dimulakan agak lewat disebabkan beberapa faktor yang tidak begitu jelas, namun salah satu faktor kemungkinan penonton terlalu padat dibahagian grandstand serta sedikit provokasi kecil antara kedua2 penyokong.

Tetapi yang menarik perhatian aku pada malam semalam tentang kepadatan penyokong JDT dibahagian grandstand yang melempah ruah daripada kapisiti sebenar. Ini menjadi tanda tanya bagaimana boleh melempah sedangkan kalau diambil kira dengan pass dan ticket dijual sudah tentu ngam2. Apa yang berlaku dipintu utama pengawal pintu! Aku harap pegawai PBNJ perlu memantau setiap tingkah laku mereka.

Apa yang aku tahu memang ada segelintir pengawal pintu stadium memberi masuk kepada teman2 dan keluarga mereka yang kenali untuk memasuki stadium. Kalau ini sentiasa berlaku sudah tentu akan merugikan PBNJ, dah lah baru nak mengaut keuntungan. Benda2 macam ni pulak berlaku lagi.

Baharu sahaja bola sepak negara digemparkan buat kali ketiga dengan isu "bookie", takkan pengawal pintu pun terima "rasuah" juga. Kalau ini berlaku amat lah mengecewakan!!!

Dengan itu pada pandangan aku sudah tiba masanya PBNJ mewujukkan bahagian penguatkuasaan dan pemantauan. bagi memendung gejala tidak sihat ini terus berlaku serta memperbaiki sistem kemasukkan ke dalam stadium. Aku harap PBNJ ambillah tindakan daripada kejadian semalam. Itu sahaja yang aku ingin luahkan...

Sekian


Sunday, 3 March 2013

JDT Belum Selamat

Assalamualaikum

Tahniah aku ucapkan kepada pemain2 Johor Darul Takzim terutama kepada pemain2 muda mereka, Kamarul Afiq, Irfan, Tuah, Ezrie, Haidin dan Zamir. Mereka ini telah berjuang mengerahkan seluruh tenaga mereka untuk menjulang nama JDT. Ini sikap positif dipamirkan oleh pemain2 ini bagi memastikan setiap sokongan diberikan peminat dibalas dengan persembahan mantap. Walaupun berhadapan dengan setuasi tidak menentu dengan pretasi pemain2 bintang yang diharapkan Fandi Ahmad untuk membawa kejayaan tidak menjadi.

Aku melihat Fandi perlu meneruskan khidmat pemain2 muda ini dalam kesebelasan utama JDT ketika ini mamandangkan mereka begitu 'IKHLAS' berjuang membawa nama JDT. Memang perlu beberapa pemain pengalaman untuk mebimbing meraka tetapi setakat ini mereka telah dibuktikan bahawa mereka mampu memikul tugas.

Fandi juga perlu memperbaiki kelemahan2 dalam masa terdekat ini sekirannya JDT mahu terus menggekalkan kedudukan tangga teratas dalam carta Liga Super. Terutama aspek bertahan secara berpasukan dan game play yang lebih tersusun dan teratur. Kita boleh lihat bagaimananya dengan mudah pihak lawan mambuat jaringan ke atas JDT. Kalau mengikut statistik gol jaringan lawan boleh dikatakan setiap perlawanan lawan menjaringkan 1 gol dan bagi game play pula kita masih tidak nampak creativity Fandi dalam perancagan mengatur gerakkan. Jadi dari mata pandangan aku JDT masih tidak selamat.

Sekian