Saturday 17 March 2012

JANGAN CARI MILAGE SENDIRI…

Assalamualaikum

Tamat sudah peringkat kumpulan kelayakkan Olimpik peringkat Asia, dimana pasukan Harimau Muda kita kecundang kesemua perlawanan tanpa mengutip sebarang mata. Apa2 pun aku ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pemain dan pegawai pasukan yang telah banyak berkorban tenaga dan masa demi bola sepak Negara kita Malaysia.

                                               Skuad Harimau Muda

Apa yang paling mendapat perhatian pada minggu ini ialah kenyataan orang ketiga terpenting di dalam FAM iaitu Anuar Musa. Sudah pasti dengan kenyataannya secara terbuka menyentuh credibility seorang jurulatih yang telah berjaya membawa kepada satu fenomena baru dalam arena bola sepak Tanah Air sehingga berjaya menarik minat semua kaum untuk memakai jersi Harimau Malaya.

                                             Jurulatih Perpaduan Rakyat Malaysia

                                                  Kita Juara


                                                  Peminat Berbangga Menyarung Jersi Harimau Malaya

Aku tidak faham kenapa seorang yang mempunyai jawatan tertinggi di dalam FAM sendiri mengkritik pasukan Kebangsaan, yang pada pandangannya tidak mampu untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF hujung tahun ini. Sedangkan Anuar boleh membawa agenda itu di dalam meeting jawatankuasa FAM. "Inilah kalau orang politik memegang jawatan dalam persatuan sukan yang tidak memahami pasal sukan". Biasalah kalau orang politik memang suka buat kontroversi bagi meletakkan dirinya didepan dan menguji pengaruhnya serta popularitinya!!!
Apakah sebenarnya agenda yang ada dalam kepala Anuar Musa?    
Kenapa semasa dia memegang jawatan Menteri Sukan dahulu tidak membuat sesuatu?  Mungkin ketika itu berada di puncak kerjaya…  Sekarang gunakan plarform sukan porpular tanah air untuk membina kekuatan politiknya semula.

“Tepuk Dada Tanya Selera”

                                                          Anuar Musa

Aku berharap kita semua perlu memberi sokongan moral kepada semua pemain2 dan pegawai2 skuad Kebangsaan. Memanglah mereka tidak bermain pada tahap sebenar ketika ini. Kita perlu ambil kira juga Liga Malaysia yang sedang berlangsung sekarang. Pemain2 ini perlu memikirkan dan memberi “FOKUS” kepada majikan mereka. Kalau majikan mereka kecundang , Siapa pula yang akan menjamin masa depan mereka?. Sepatutnya Anuar perlu memikirkan bagaimana untuk membentuk satu program pembangunan untuk generasi akan datang dan masa depan pemain2 bola sepak tempatan. Sudah2 lah dengan membuat kontroversi dan  “Cukup2 lah cari milage sendiri…”

Sekian

9 comments:

  1. Aik! kalah semua perlawanan pun ucap tahniah....macam ni lah yang FAM mahu.
    Kuat betul awak kipas......
    Semoga awak akan dapat cari makan di FAM pula.
    Sekarang ni dah dapat sikit hasilnya kannnnn.
    Spesis YES SIR!

    ReplyDelete
  2. kah..kah..kah..ni mesti budjed nk jd coach under-12 malaysia ni..xpa puji2 la FAM ya.xpun aku tlg promote page ko ni or ko 2 yg cr 'milage sendiri'.puuuiii..sepatut ko 2 bekas player johor tulis la cerita pasal bola johor 2 n bg pndangan yg bernas,ni hampeh..aku rasa dari zaman ko mn bola dulu ngan skrg bola kita xbyk berubah..rangking makin turun adalaa..bgus ko masuk bertanding la rebut jawatan TSAM 2,FAM memang perlukan orang yg bijak n lagenda players mcm ko ni,muahahaha..

    ReplyDelete
  3. org yg tak pernah wakil negara belagak pandai..empunyer blog ni tau la susah senang main bola utk malaysia..

    ReplyDelete
  4. dari dulu tsam ada agenda tersendiri..ini mudah sangat dibaca..

    ReplyDelete
  5. hehe... tahniah bro di atas kelantangan anda dalam memberi komen yang sememangnya amat pedas. tahniah gak di atas keberanian dalam mengetengahkan isu2 panaz bolasepak tanahair. kuatkan semangat, tabahkan hati, serta tekadkan matlamat nescaya suatu hari nanti tidak mustahil anda mungkin salah seorang pengulas tersohor bolasepak malaysia. syabbazzzzz!!!!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.....

    Memang ada kemungkinan begitu penyebabnya. Tidak dinafikan ada orang yang sanggup mengorbankan sesuatu yang dimilikinya untuk mendapatkan sesuatu yang lebih besar. Lebih-lebih lagi akan tiba musim pilihanraya umum ke 13. Pastinya beliau perlukan sesuatu momentum yang kuat untuk meraih populariti dan simpati orang lain.

    Masing-masing ada minat dan alasan tersendiri untuk menyokong atau menentang. Namun apa perlunya menyalahkan atau mengeji orang yang berlainan pendapat dengan kita?.

    Lebih baik berbeza pendapat dari pada kita mempunyai "musuh dalam selimut" atau "gunting dalam lipatan".

    Namun apa yang dinyatakan hanyalah "kemungkinan". Kebenarannya hanya Allah SWT yang tahu akan niat sebenar "orang politik" ini.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. tahniah..kerana dlm x sedar, anda telah membuat satu fitnah dgn mengatakan Tan Sri mempunyai niat lain..walhal anda tidak tahu betul atau tidak apa yg anda smpaikan..nasihat sy,sila lh bertaubat..kubur da pgl..

    ReplyDelete
  9. teringin nak tengok ex-player berada dalam kumpulan pimpinan tertinggi fam.

    ReplyDelete