Friday 19 August 2011

SAFEE SALI MEGENANG AKU DI “Espoir de Toulon” 1995

Assalamualaikum

Safee Sali di pikat lagi? Ini yang sedang di perkatakan oleh peminat2 bola sepak di Malaysia, bahawa Safee Sali akan dilamar sebuah Kelab dari Jerman untuk beraksi di dalam BundesLiga. Sekirannya benar apa yang sedang diperkatakan sekarang ini, aku berasa bangga. Akhirnya ada seorang anak Melayu bermain di dalam salah satu Liga yang tersohor di Eropah. Apa yang boleh katakan, sudah tiba masanya kita mengangkat Safee Sali sebagai “IKON” bola sepak Malaysia. Ini aku katakan kerana dialah anak melayu pertama yang “BERANI” keluar untuk mengembangkan bakatnya di luar Negara. Walaupun sebelum ini kita mempunyai LAGENDA tanah air seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, James Wong, Subadron Aziz, Azizul Abu Hanifah, Karim Pin, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Azman Adnan.

     Safee Sali - "IKON" bola sepak Malaysia

Ini mengingatkan aku kembali bagaimana sahabat aku, Azrul Amri Burhan yang dikenali sebagai “BOB” dilamar sebuah Kelab yang berpangkalan di Perancis, ketika aku mengikuti skuad Kebangsaan Olimpik Atlanta 96 menyertai satu Kejohanan peringkat umur bawah 23 tahun yang begitu popular di Eropah. Dimana di dalam kejohanan ini telah melahirkan ramai pemain2 berbakat dunia seperti Maradona, Alan Shearer, Rui Costa, Juan Riquelme, David Beckham, Phil Neville, Gary Neville, Robert Pires, Pablo Aimar dan ramai lagi. Pertandingan yang dikenali sebagai Festival International “Espoir de Toulon” . Ini pun atas kerjasama Cloude Le Roy dengan Persatuan Bola Sepak France (FFA).

     Skuad Olimpik Malaysia 

Inilah pengalaman yang sungguh bermakna dalam diri aku seumur hidup, apabila berpeluang menyertai satu kejohanan yang begitu berprestige di Eropah. Pada tahun 1995 itu juga buat kali pertama dan terakhir pasukan Malaysia di jemput menyertai kejohanan Festival International “Espoir de Toulon” serta berada dalam kumpulan maut bersama Brazil, England dan Angola. Ketika itu pasukan Brazil merupakan pemenang tempat ke 2 Piala Dunia bawah 20 tahun.

     Pasukan Brazil 

Pada perlawanan pertama Malaysia lwn Angola pasukan kebangsaan telah tewas dengan jaringan 0 – 1. Walaupun pasukan Malaysia adalah pasukan yang kerdil, namun kami telah memberikan tentangan yang sengit kepada pasukan Angola. Ketika itu bahagian midfield dikemudi oleh sahabat aku yang begitu talented yang pernah dilahirkan oleh Malaysia dalam arena bola sepak modern iaitu Azrul Amri Burhan (BOB). Selepas perlawanan ini juga telah menjadi satu sejarah buat pasukan Malaysia, apabila BOB telah didatangi dan dilamar oleh Michel Platini (LAGENDA PERANCIS) untuk menyertai pemilihan kelab Montpellier  iaitu sebuah kelab yang bermain di Liga utama Perancis. Ini kerana BOB mempunyai ciri2 pemain yang lengkap dari segi teknik, teknikal, kreatif dan tenang ketika berada di atas padang.

     Azrul @ BoB (Jersi Kuning)

     Michel Platini

Namun untuk kita melihat anak Melayu pertama menyertai Liga Professional di Perancis pada ketika itu terpadam apabila BOB mengalami kecerdaan yang serious di bahagian lutut ketika perlawanan kedua menentang England. BOB di tackle dengan keras oleh dua pertahanan kembar pasukan England iaitu Gary dan Phil Neville. Kekerasan ini berlaku disebabkan oleh kejayaan BOB mengemudi bahagian tengah dengan baik sehingga membuat pasukan England cemas. Pasukan England pada ketika itu juga dibarisi oleh David Beckham (IKON bola sepak England & MU). Namun pasukan Malaysia tewas kepada England 0 – 2 .

     Gary Neville

     Phil Neville

    David Beckham - "IKON" bola sepak England

Note: Tak caya!!! Sila ke laman web ini

Pada perlawanan ketiga inilah yang dinanti2kan oleh semua pemain iaitu menentang pasukan Brazil. Walaupun kami telah kehilangan BOB pada perlawanan ini, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk berjuang demi Negara tercinta MALAYSIA. Brazil bermain dengan tenang dan penuh dengan gayanya tersendiri. Walaupun kami tewas 0 – 2 dengan Brazil, banyak yang kami belajar daripada pasukan ini. Setiap pemain mempunyai skill dan teknik individu yang tinggi. Dari segi aspek technical permainan pula,  ketika menyerang mereka bergerak dengan satu unit dan penuh kesabaran. Apabila mereka sampai sahaja di luar kawasan petak penalty mereka begitu pantas berlari untuk memgelirukan pihak lawan. Ini yang dapat kami belajar daripada pemain2 Brazil.

Selesai sahaja perlawanan dengan Brazil, aku telah bertanya dengan salah seorang pegawai pasukan Brazil tentang pasukan MALAYSIA dan dia berkata:-

 “ Pemain MALAYSIA dan Brazil tiada bezanya dari segi skill dan individu technique, cuma perlu menguatkan diri dari segi kekuatan fizikal” - Pegawai Pasukan Brazil

Apa yang dapat aku simpulkan di sini, pemain2 Malaysia ini  mempunyai kesenian bola sepak yang sama seperti Brazil cuma perlu menguatkan kekuatan fizikal. Jadi generasi2 kini dan akan datang tumpulah pada kekuatan fizikal InsyaAllah kita akan Berjaya membawa bola sepak ke satu tahap yang begitu tinggi dan seterusnya dapat bersaing dengan negara2 maju dalam bola sepak.

Sekian





6 comments:

  1. bro, lepas azrul amri borhan tu cedera. perfomance dia terus merudum kan? mmg sayang betul lah.

    ReplyDelete
  2. antara kesilapan kita...terlalu mengharap kpd seorg player tanpa ade sub yg setara...

    ReplyDelete
  3. Die juga ade adik yg bermain dlm liga Malaysia. Piala Malaysia 1998, the moment of Azrul Amri Burhan

    ReplyDelete
  4. nk tanya sikit,azrul tu bekas
    player perak kan

    ReplyDelete
  5. sayang sekali azrul injured teruk. t gopinath naidu juga tak sempat tunjuk bakat akibat injury.

    ReplyDelete
  6. bob ni junior aku di SAB KL

    ReplyDelete