Assalamualaikum
Alhamdulillah setelah sekian lama aku menyepi dari alam maya ini akhirnya dapat juga aku menulis kembali. (setelah selesai menjalankan tugas hehehe)
Aku cukup simpati dengan pasukan Negeri ku (JOHOR) sentiasa menerima nasib yang malang kebelakangan ini. Dahlah jatuh ke Liga Perdana sejak beberapa tahun lalu, ni pula menerima tamparan apabila di tinggalkan oleh jurulatih yang berhijrah ke pasukan Johor FC sebagai penolong jurulatih. Baru sahaja dia nak membincangkan dan mohon pandangan dari peminat2 bola sepak negeri JOHOR di wall FB nya, dah berhijrah...
Belum sempat dibincangkan lagi!!!???. Jadi dimana silapnya… Aku berharap PBNJ ada jawapannya!
Aku juga bertanya dengan diri aku sendiri!
Bagaimana PBNJ Melaksanakan Perancangan Yang Di Buat? Maklumlah semua kepimpinan tertinggi PBNJ adalah orang2 politik… Ada masakah untuk mereka merancang pembangunan bola sepak negeri JOHOR dalam masa 10 tahun ke hadapan? Termasuklah masa depan pemain2 yang berkhidmat untuk negeri JOHOR. Terjaminkah masa depan mereka ini? Ini yang menjadi persoalannya?
Kalau aku ikut dari perkiraan bancian, katalah penduduk JOHOR sahaja seramai 4 juta orang (MUNGKIN) daripada 28 juta penduduk Malaysia. Jadi kalau dipecahkan daripada 4 juta itu mungkin 30% daripada penduduk JOHOR yang meminati bola sepak lebih kurang 1.6 juta orang (MUNGKIN). Kalau betul caranya melaksanakan pembangunan yang dirancang mungkin tiada masalah untuk melahirkan pemain2 yang berbakat dan berkualiti.
Semua sedia maklum pada satu ketika JOHOR adalah merupakan sebuah pasukan negeri yang banyak yang melahirkan pemain2 berbakat sekitar 1990an seperti Prof. Nasir Yusof, Hassan Miskam, Salehan Md Som, Khalid Shahdan, Ismail Ibrahim, Dollah Salleh, Kamaruddin Ahmad, Sazali Nasir, Anuar Abu Bakar, Ramlan Rashid dan ramai lagi lah yang aku nak sebut…
Jadi apakah masalahnya sekarang?
Hanya PBNJ sahaja tahu jawapannya!!!
Hanya PBNJ sahaja tahu jawapannya!!!
Dan aku juga perhatikan takkan tiada jurulatih yang berbakat lagi ke? di JOHOR, balik2 jurulatih yang sama. Ini pun hanya PBNJ sahaja yang tahu…
Mungkin ia kekurangan dana untuk mengambil jurulatih yang berbakat… jadi sekiranya tiada dana untuk mencari jurulatih yang berbakat selain yang sedia ada, ahli2 tertinggi kenalah mencari jalan dengan kreatif untuk mencari dana…
Bukan hanya duduk berpolitik sahaja… Ini lagi satu masalah yang besar dalam arena sukan Malaysia, orang2 politik hanya pandai menggunakan platform dalam sukan untuk menonjolkan diri… (Tak Semua ada yang buat kerja juga)
Aku harap supaya budaya ini akan hilang suatu hari nanti.
sekian
setuju bro. Bukan saja Johor .... KL, Penang, Melaka .. pasukan & penyokong semakin menghilang luput ditelan zaman.. Apa puncanya? Bagaiman masa depan pasukan gergasi pada masa lalu ini ...?
ReplyDeleteaku sangat suka tgk johor masa double champion tu..abbas saad dan alister edward memang duo penyerang kembar import paling bahaya yang pernah liga ada.anuar abu bakar memang supersub power.masuk jer score.
ReplyDeletemain attacking.dan selalu menang last minit gol. seingat aku ada game ketinggalan 2-0, last menang 3-2.pergh!
negeri semaju johor tapi bola tak naik-naik dalam jangka masa sangat lama memang menghairankan.
johor.selangor.trg.kl.selangor.kedah.kelantan.perak.punya penyokong bola yang sangat ramai untuk perlawanan akhir piala malaysia.tidak seperti n9.melaka.penang.perlis.pahang.sabah dan sarawak mungkin sebab jarak.
my dream final piala malaysia, kelantan vs johor.mahu tgk stadium pecah.hahaha.
buat review trg vs n.9 skit bro.tq
betul bukan johor je...tgk selangor...dulu gagah perkasa...sekarang?....nak cari pengganti safee sali pon sempot...pahang? negeri tuan presiden FAM...pun ketandusan bakat muda...malah n9 yg layak kefinal pon mengharap kuda2x tua dr negeri lain...mana pi bakat2x muda tah?...
ReplyDeletesedih mengenangkan nasib negeriku
ReplyDeletejohor org atasan bnyk politik..liga2 daerah yang dlu mencungkil bakat pn dipolitik kan..jd budak2 muda pn malas nk main sgt.
ReplyDeleteDulu aku ingat time tengok johor lawan melaka kat stadium hang tuah...KENANGAN
ReplyDeleterespect and salute from STU...
ReplyDeletewah3 ...disini aku isytiharkan aku follow blog ni .entri menarik n gempaq giler :D
ReplyDeletepenyokong johor pun skg xmcm dulu, buragas sgt. byk negeri dah anti. yg dok baling brg kat penyokong pahang time kat larkin tu buat ape. drg saiko jgn lyn buat sementara, sbb johor 'baru lahir' balik. xreti sabo. kan dah kene balas. lepas ni kelantan plk. team baru nk mula balik tp penyokong heavy metal sgt, tggu la lama sket. kan dah dpt kutuk kaw2. jiran melaka yg mula respek pun dah stat kutuk johor. ape ar dak johor ni.
ReplyDeleteAla bola dlm Malaysia je kot..tu pun nk iri hati..siape ada duit dy power la..biar la jdt dgn revolusinya..dh lame aku tgk Johor x power..apa salahnya skg Johor power..aku ni hidup tgk bola Johor drp power..lemau..nazak..smpi power blik..aku bangga tgk perubahan bola Johor ni..biase la bola sepak ada pasang surut..Xkn nk tgk Team sama je angkut piala xde fight la beb..bosan..bab penyokong plk aku rs smua negeri sm je..biase la tgk bola..aku rs dr dulu kot penyokong bola dlm Malaysia ni agresif klu da ramai..lg la berbakul2 maki klu player x score gol..klu bru up nk tgk bola mmg la rase rimas klu p stadium..kesimpulan ya buang sikap iri hati insyallah malaysia bole power bola..dlm bola sepak modem duit adalah kuasa..ada Dana kelab power.. Xde istilah ank jati da skg ni..,
Delete