Salam
Ketika peminat2 tempatan begitu “GHAIRAH” membincangkan prestasi Skuad Harimau Malaya dan King Gopal. Ketika ini juga pasukan2 yang layak dalam persaingan Piala Malaysia 2011 begitu “GHAIRAH” membuat persediaan walaupun ketika bulan Ramadan. Jawatankuasa Disiplin FAM juga begitu “GHAIRAH” membicara dan menghukum pemain2
Atas sikap keghairahan ini juga, peminat2 bola sepak Malaysia di kejutkan dengan satu tragedi . Dimana 6 orang pemain dan 1 orang pegawai Skuad Perak dibaham HARIMAU (FAM), hanya disebabkan laporan seseorang yang berkuasa di atas padang. Pada pandangan aku, ia amat “MELAMPAU” dengan pengantungan 7 perlawanan yang telah dikenakan kepada pemain2 Perak, ia sangat tidak masuk akal, aku rasa tiada lagi mana2 Persatuan di Dunia ini mengantung pemain serentak seramai 6 orang.
Team Perak
Aku cuma ingin memberikan pandangan kepada FAM jangan lah sewenang2nya untuk mengantung pemain sesuka hati, walaupun mereka telah melakukan kesalahan. Kita kena ambik kira “ADAKAH?” pegawai perlawanan yang menjalankan tugas itu sempurna 100%. “APAKAH?” tindakkan yang dikenakan sekiranya pegawai perlawanan gagal melakukan tanggungjawabnya dengan sempurna setiap perlawanan. “ADAKAH?” mereka ini akan digantung?. Sepatutnya FAM janganlah terlalu bersikap “DITAKTOR”.
Kita kena ingat setiap kudrat yang dikeluarkan oleh pemain mesti inginkan kejayaan. Sebab itu FAM kena kaji semua aspek pada ketika itu, seperti faktor cuaca ketika bermain atau sebagainya. Kemungkinan ketika itu emosi mereka tidak dapat dikawal oleh faktor2 ini atau pun pegawai perlawanan memang gagal mengawal perlawanan dengan baik.
Gambar File
CADANGAN AKU…
Aku ingin mencadangkan kepada FAM supaya membenarkan setiap pegawai pasukan atau pemain memberikan pandangan kepada FAM dengan hati yang tulus untuk kebaikkan dan demi pembangunan bola sepak Negara. Dengan itu FAM perlu menghapuskan salah satu terma syarat2 kontrak pemain daripada membuat komen atau kritikan kepada media secara terbuka.
Ini aku merujuk kepada beberapa pegawai pasukan dan pemain yang telah dihukum kerana memberi kritikan secara terbuka. Seperti Allahyarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil.
Aku juga tertarik dengan kata2 Tan Sri Anuar Musa berkenaan tanggungjawab FAM untuk mengatur persediaan pasukan Harimau Malaya.
Tan Sri Anuar Musa
"FAM juga perlu bertanggungjawab kerana mereka yang mengaturkan persediaan pasukan sebelum menghadapi sesuatu kejohanan," - Tan Sri Anuar Musa.
Sepatutnya FAM juga bertanggungjawab menumpukan perhatian kepada masa depan pemain2 seperti mensyaratkan kepada setiap pasukan (majikan) memberi kontrak kepada pemain minimun 3 tahun. Ini aku nyatakan kalau kita amati rata2 pemain hanya diberi kontrak hanya 1 tahun (Atas dasar pengalaman aku). Dengan fakta ini, dalam kehidupan sekarang dengan kos sara hidup yang tinggi, sepatutnya FAM memikirkan keselesaan pemain untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan selesa sebagai pemain tanpa memikirkan masalah kontrak dan terlalu memikirkan masa depan mereka. Ini dengan sendirinya pemain akan dapat memberikan perhatian dan komitment 100% terhadap kerjayanya dan seterusnya dapat membantu menbangunkan bola sepak Negara.
Aku harap semua pegawai2 FAM memikirkan masa depan pemain, bukan masa depan diri sendiri.
Sekian
"LIKE"
ReplyDelete