Sunday, 28 October 2012

Bijak Berbelanja, Bijaklah Menggunakanya...


Assalamualaikum

Bahang dan kehangatan Liga Super 2013 telah terasa. Pelbagai desas desus bagai ditiup angin kencang sehingga pokok pun bergoyang, inikan pula berita setiap persatuan Negeri serta Kelab berlumba-lumba memburu pemain dan jurulatih membuat persiapan bagi menggukuh serta memantapkan pasukan masing2 demi menggejar cita2 menjulang nama Negeri dan Kelab yang dipimpin. Aku anggap ini satu permulaan yang baik dalam perkembangan bola sepak professional Negara kita. Demi mencapai matlamat kerajaan supaya bidang sukan ini menjadi satu industri yang boleh menjana pendapatan kepada semua sektor terutama penggiat sukan. Namun aku musykil, “Apakah setiap pentadbiran persatuan negeri dan kelab sudah benar2 profesional serta cerdik/bijak untuk menggunakan setiap pemain dan jurulatih yang ditandatangi itu mendatangkan faedah, keuntungan dan manafaat kepada persatuan”.

Ini yang menjadi persolannya?

Aku lihat persatuan negeri dan kelab ini terlalu ghairah untuk membeli pemain bagi memastikan pasukan mereka menjadi sebuah pasukan kuat dan mampu menjulang piala. Namun tiada exco persatuan menyumbangkan idea, merancang untuk pemain2 atau jurulatih ternama ini dapat membantu mendatangkan faedah serta keuntungan kepada persatuan Negeri dan kelab. Mereka seolah2 tidak mampu untuk memerah keringat pemain2 dan jurulatih2 ketika diluar padang. Sekiranya perancangan dan program diatur sudah tentu secara tidak langsung ini dapat menjana pendapatan kepada persatuan dan kelab. Bukan hanya menggunakan kuasa/suara individu tertentu untuk mengarah bagi mendapatkan tajaan.

 Kerana kita sebagai peminat sudah maklum bahawa nama2 besar yang diikat oleh setiap persatuan dan kelab bukannya murah, mereka2 ini dibayar berpuluh2 ribu ringgit untuk memberi khidmat kepada pasukan memburu kejayaan. Jadi setiap persatuan dan kelab perlu berfikir,

Kenapa persatuan perlu menagih khidmat mereka?

Bagaimana sekiranya mereka tidak membawa kejayaan kepada pasukan?

Berapa nilai Ringgit yang mampu dibawa kepada persatuan dan kelab?

Aku harap setiap persatuan serta kelab perlu merancang mengatur program. Contohnya: persatuan boleh mengatur program latihan disetiap daerah untuk mendekatkan pemain mereka dengan peminat, sambil itu boleh menjual cenderahati atau tiket bermusim terus kepada peminat ataupun  melalui kaedah lain. Ini boleh difikirkan oleh exco persatuan melalui “brainstorming”. Jadi tidak perlulah menjadi pak turut sahaja. Kenalah perah otak sedikit untuk memastikan persatuan mendapat “R.O.I”. Bukan hanya mengahabiskan katung. Peribahasa Melayu juga ada menyatakan “Setinggi mana gunung kalau dikorek habis juga”. Jadi exco2 perlulah bijak jangan jadi keldai. Fikir2 lah…

Sekian

Wednesday, 24 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Assalamualaikum
 
Tahniah aku ucapkan kepada pasukan Kelantan yang telah menjulang Piala Malaysia edisi 2012 dan syabas juga kepada pasukan ATM yang telah mempamirkan satu persembahan yang bermutu diperlawanan akhir Piala Malaysia 2012. Pujian juga harus diberikan kepada penyokong kedua2 pasukan yang memberikan sokongan tanpa jemu2. ini menunjukkan satu perkembangan yang sihat kepada industri sukan terutamanya dalam bola sepak, walaupun masih ada sedikit kepincangan disana sini di dalam setiap pentadbiran persatuan negeri dan juga FAM. Aku harap semua ini akan berubah, sekiranya setiap persatuan negeri dan FAM memberi tumpuan dan memberi ruang kepada anak2 muda yang mempunyai daya pemikiran yang tajam dan juga bekas2 pamain yang mampu memberikan idea yang bernas demi kemajuan bola sepak dan,
 
Sempena bulan yang mulia ini aku dan keluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada semua peminat2 bola sepak tanah air yang tidak jemu2 memberi sokongan kepada bola sepak negara kita. Selamat memandu kepada yang pulang ke kampung halaman dan pandulah berhati2 demi orang tersayang - "Selamat Hari Raya Aidiladha"

Monday, 3 September 2012

JOHOR Perlu Pembangunan Akar Umbi...


Assalamualaikum

Selamat Hari Merdeka ke 55 kepada semua rakyat Malaysia aku ucapkan. Hargai lah setiap perjuangan yang telah dibuat oleh pejuang2 terdahulu untuk memastikan generasi mendatang menikmati keindahan bumi tercinta ini, eratkan perpaduan sesama kita. Al Fatihah untuk pejuang2 negara.

Kemeriahan dan kerancakan saingan Era Piala Malaysia semakin terasa, kejutan demi kejutan telah tercipta. kemurungan dan kehampaan terus membelenggu skuad negeriku JOHOR yang kini lebih dikenali dengan gelaran "Harimau Selatan". Setiap perancangan telah di atur oleh pihak pengurusan namun kekecewaan yang menimpa. Itulah hakikatnya yang melanda pasukan JOHOR ketika ini. Aku perhatikan setelah perubahan pengurusan yang di terajui oleh TMJ amat baik sekali. Tiada lagi masalah peruntukkan kewangan yang dihadapi oleh persatuan.

Dengan ini aku berharap satu jawatankuasa ditubuhkan oleh persatuan untuk menjalankan program pembangunan dari akar umbi. Aku boleh kata, skuad yang dimiliki oleh pasukan JOHOR ketika ini kurang kualitinya. Letak jurulatih yang terbaik sekali pun, sekiranya produk kurang bermutu! negetif lah hasilnya. Ini terbukti dengan mutu permainan yang dipamirkan oleh setiap pemain, kesilapan demi kesilapan dari aspek individu teknik amat ketara sekali. Sebab itu persatuan perlu membuat program pembangunan dari peringkat akar umbi bagi memastikan lapisan pemain2 berkualiti tinggi dapat dilahirkan oleh negeri JOHOR.

Ini terbukti pada era 1980an dan 1990an negeri JOHOR berjaya melahirkan ramai pemain2 yang berkualiti tinggi seperti Nasir Yusof, Salleh Md Noor, Salehan Mat Som dan ramai lagi. Bagaikan sebuah kilang yang melahirkan produk2 yang berkualiti. Kumpulkan pemain2 “LEGENDA NEGERI JOHOR” ini duduk berbincang (Brain storming) untuk mencari kaedah terbaik demi pembangunan bola sepak negeri JOHOR. Aku doakan semoga pasukan negeri ku ini terus berjaya – “HIDUP JOHOR”

Sekian

Wednesday, 29 August 2012

Dimana "FOKUS" mereka?


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya aku ucapkan kepada semua peminat bola sepak tanahair. Walaupun umat Islam sedang mengecapi kemeriahan Syawal setelah  sebulan berpuasa, saingan bola sepak tanahair juga meriah dengan kerancakkan ERA Piala Malaysia edisi 2012 yang sedang berlangsung diperingkat kumpulan. Banyak kejutan2 yang dilakukan oleh pasukan2 bukan pilihan yang bangkit untuk mempamirkan aksi terbaik mereka terutamanya dua pasukan Liga Premier, Pahang dan ATM yang memberikan persembahan berkualiti untuk memastikan pasukan mereka mampu mencita sejarah dalam saingan bola sepak tanahair. Tahniah sekali lagi aku mengucapkan kepada pasukan ini.

Namun yang ingin aku bangkitkan di sini berkenaan dengan pegawai2 tertinggi persatuan bola sepak di Negara kita yang terlalu banyak memeggang jawatan baik di FAM atau persatuan negeri. Di sini menjadi persoalannya! “Dimanakan fokus mereka2 ini dalam menjalankan tanggungjawab tugasan2 dalam pentadbiran mereka?”. Ini yang berlaku baik di FAM atau persatuan negeri.

Janganlah terlalu mengejar jawatan untuk kepentingan sendiri, sehingga “apa yang dikendung keciciran yang dikejar tak dapat”. Yang lebih penting “Apakah perancangan dan idea2 baru mereka untuk kebaikkan persatuan mengikut landasan serta halatuju serta objektif penubuhan persatuan itu sendiri”.

Berilah peluang kepada muka2 baru, terutamanya bekas2 pemain yang mempunyai kredibiliti serta kemampuan untuk mentadbir. Ini kerana bekas2 pemain tahu, Apakah yang perlu mereka lakukan mengikut pengalaman mereka, demi kebaikkan generasi masa kini dan mendatang.

Kita perlu mencontohi negara2 yang lebih maju dalam pentadbiran bola sepak seperti di Eropah yang memberi peluang kepada bekas2 pemain untuk mengetuai kelab2 ataupun persatuan bola sepak mereka. Begitu juga dengan bekas2 pemain di Negara kita perlu mencari ruang2 bagaimana ingin membantu bagi memastikan tahap pentadbiran di persatuan benar2 professional sepertimana kita berbangga dengan liga professional di Negara kita. Dengan itu aku berharap bekas2 pemain bangkitlah untuk membantu memperjuangkan hak pemain2 kita.

Sekian

Thursday, 12 July 2012

FAM KEDEKUT ANJUR KEJOHANAN ANTARABANGSA PERINGKAT UMUR

Assalamualaikum

Hari ini adalah merupakan perlawanan terakhir Liga Premier 2012, umum sudah ketahui ATM telah mencatat sejarah dengan muncul juara bagi musim ini. Namun kontroversi demi kontroversi dicipta oleh bandan induk bola sepak tanah air – FAM.  Inilah kalau persatuan didominasi oleh "puak2 politik dan kaki2 bodek" yang mementingkan diri sendiri. Tidak memikirkan bagaimana ingin memajukan bola sepak Negara terutama dalam pentadbiran dan pembangunan akar umbi. Tiada dinamik, inisiatif dan proaktif untuk memikirkan sesuatu yang diluar kotak demi kemajuan bola sepak Negara. Kita perhatikan setiap persatuan baik di negeri boleh dikatakan semuanya ditadbir oleh puak2 politik ini. Namun hanya secubit yang benar2 memperjuangkan bola sepak tanah air.

Aku muntahkan ini bertujuan untuk memastikan generasi akan datang lebih terbila nasib mereka apabila mereka memilih untuk berkecimpung di dalam arena bola sepak profesional. Apa yang boleh dikatakan setakat ini pentadbiran FAM sendiri tidak professional dengan tanggungjawap yang di amanahkan. Kita dapat lihat mereka tidak mempunyai perancangan yang rapi, baik dari segi penyampaian piala kejohanan kepada pasukan pemenang pun menjadi masalah.

Bukan itu sahaja, tiada satu pun kejohanan yang dianjurkan oleh FAM di peringkat Antarabangsa untuk memberi pendedahan kepada pemain2 di peringkat akar umbi yang boleh kita banggakan. Tidak seperti Negara jiran kita yang terdekat, Singapura, FAS mengeluarkan perbelanjaan untuk mengganjurkan kejohanan peringkat antarabangsa bwh. 15 tahun setiap tahun yang dikenali dengan nama LIONS CITY CUP. FAM tidak!, hanya mentingkan income sendiri. Aku harap ahli jawatankuasa semua peringkat FAM perlu memikirkan ini. Bukan hanya berlindung dengan statut perlembagaan FAM. Dengan itu boleh katakan - FAM KEDEKUT ANJUR KEJOHANAN ANTARABANGSA PERINGKAT UMUR

Sekian

Monday, 9 July 2012

FAM: SELARASKAH PEMBANGUNAN AKAR UMBI DENGAN NEGERI?


Asssalamualaikum

Minggu ini adalah minggu yang penuh dengan isu2 kotroversi dalam arena bolasepak Negara. Bermula dengan keengganan FAM membuat bantahan kepada AFC berhubungan dengan penyenaraian pemain Myanmar yang melebihi had umur di dalam kejohanan Piala AFC bawah 22th. dan semasa Kongress ke – 48  FAM dimana FAM telah menggambil keputusan untuk tidak menggubal Artikel 88 dalam Perlembangaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu yang menjadi perbualan hangat selepas penggantungan Timbalan Presiden FAM.

Namun itu hanya harapan tinggal harapan. Umum semua sudah ketahui yang FAM tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membuat bantahan sebagaimana kehendak “pencinta bola sepak tanah air” kepada AFC dan pelbagai alasan yang diberikan tetang penggubalan Artikel 88 oleh Setiausaha Agung FAM semasa kongres kerana itu hanyalah isu2 remeh di mata orang2 FAM.

Apa yang lebih menarik untuk dipersoalkan ketika ini kepada FAM ialah “KEMANA HALA TUJU “FAM” DALAM PEMBANGUNAN AKAR UMBI? Terutamanya diperingkat umur bawah 10th. , ini yang aku ingin bertanya kepada FAM!, kerana apa yang aku lihat tidak ada satu program yang disalurkan kepada persatuan negeri dalam jangka masa 10 hingga 20 tahun dari sekarang! Dan yang paling menjadi persoalan “Adakah FAM menyediakan satu kertas kerja (Blue PRINT) untuk diselaraskan oleh Persatuan Negeri dengan perancangan pembangunan yang dirancang oleh FAM tentang hala tuju bola sepak Negara pada masa hadapan". Ini yang menjadi tanda tanya?

Ini aku perkatakan kerana kita boleh lihat setiap persatuan negeri akan menjalankan agenda pembangunan  mereka sendiri. Itupun bagi persatuan negeri yang berkemampuan. Begitu juga dengan MSN yang menjalankan Program Pembangunan Bola Sepak sendiri dibawah pengawasan pengarah teknikal Lim Kim Chon di seluruh Negara. Adakah program yang dijalankan oleh MSN ini selaras dengan perancangan pembangunan FAM? Hanya FAM sahaja yang tahu!!!

Aku mengharap FAM dapat menyediakan satu kertas kerja dalam menyelaraskan pembangunan bola sepak akar umbi terutamanya bawah 10th. Kepada persatuan disetiap negeri untuk kemajuan bola sepak Negara dalam jangka masa 10 hingga 20 tahun mendatang. Ini penting kerana dengan kertas kerja inilah FAM dapat meletakkan matlamat dan sasaran kemajuan bola sepak Negara. Jadi  FAM: SELARASKAH PEMBANGUNAN AKAR UMBI DENGAN NEGERI?

Sekian





Sunday, 1 July 2012

FAM: PERLU GANTUNG PERLAWANAN DAN DENDA AMRI

Assalamualaikum

Hanya beberapa perlawanan sahaja lagi akan menentukan Kelantan menjadi juara Liga Super edisi 2012. Tiada yag lebih menarik sekiranya pasukan dari Negara kita yang akan menjuarainya. Aku katakan ini kerana pasukan Kelantan sahaja yang mampu memberikan tekanan dan saingan kepada Lions xii. Namun itu akan menjadi kenyataan sekiranya pasukan Kelantan memenangi 2 perlawanan daripada 4 baki perlawanan sahaja.

Tetapi yang lebih menarik perhatian aku, insident yang membabitkan Amri Yahya (Captain Selangor) dan Gaddar, ketika pertemuan dua gergasi bolasepak tanah air minggu lalu. Inilah satu insident yang tidak boleh diterima akal kerana tindakkan dilakukan oleh Amri itu dengan “niat” menumbuk bahagian sulit Gaddar.


Aku harap satu tindakkan yang adil dikenakan oleh FAM untuk membela nasib Gaddar. Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila seorang pemain yang berpengalaman dan juga merupakan ketua pasukan Selangor. Ini persoalannya? Di manakah sikap “leadership dan semangat kesukanan” yang ditunjukkan oleh Amri dalam era professional. Walaubagaimanapun “pujian” perlu diberikan kepada Gaddar yang menunjukkan satu sikap yang matang dan professional, dimana beliau " TIDAK" bertindak balas atas tindakkan kasar dan provokasi yang dilakukan oleh Amri dan rakan2nya. Dengan itu aku berharap agar FAM mengenakan satu hukuman yang berat kepada Amri kerana dengan “sengaja dan berniat” untuk mencederakan Gaddar.


Ini mengikatkan kembali satu insident pada final Piala Dunia 2006 (France vs Italy). Di mana satu perbalahan diantara Zidane dan Materazi. Di mana Zindane pada waktu itu telah menanduk bahagian dada Materazi dengan sengaja dan berniat. Namun itu di atas provokasi yang dilakukan Materazi menghina salah seorang keluarga Zidane. Setuasinya berbeza dengan Amri yang sengaja menumbuk bahagia sulit Gaddar.


Ini telah membuatkan FIFA mengambil tidakkan dengan menggantung Zidane. Di sini menunjukkan FIFA tidak mengambil peduli tentang status Zidane sebagai pemain terbaik dunia pada ketika itu. FAM perlu mengambil iktibar daripada insident ini untuk bertindak tegas kepada Amri, supaya ini boleh menjadi pengajaran kepada pemain liga tempatan supaya lebih bersikap professional dan respect antara pemain2. Oleh itu FAM: PERLU GANTUNG PERLAWANAN DAN DENDA AMRI untuk memberi sedikit kesedaran kepada beliau.

Sekian