Belum pun seminggu Nazmi membanggakan Negara dengan kejayaan beliau
memperolehi kontrak di Portugal
dan baru je aku nak menjadikan topik Nazmi ini satu kejayaan kepada FAM di atas
program pembangunan yang dilaksanakan melalui sekolah sukan. Tapi sayangnya
Negara dikejutkan dengan penahanan pengadil Malaysia "Shokri Nor" di Singapura
selepas perlawanan di antara Lions Xii vs Sarawak. Kerana disyaki mengatur
perlawanan dan menerima imbuhan daripada pihak “BOOKIE” bersama2 "Thana Segar" (Bekas pemain Negara yang gantung seumur hidup oleh FAM). Ini kejutan terkini
dalam kancah Bola Sepak Negara.
Sampai bilakah masalah ini akan terjadi? Sudahlah pada tahun 1994
negara kita dikejutkan dengan penahanan beramai2 pemain bola sepak Negara kita
di atas gejala rasuah. Kini pula orang yang diharapkan untuk mengadili
perlawanan dengan adil pula ditahan, “Harapkan pagar, Pagar makan padi”.
Dimanakah "Integrity dan credibility" seorang pengadil?
Namun yang paling mengejutkan aku ialah statement yang dibuat oleh
orang2 FAM. “ Kita akan menunggu keputusan perbicaraan pengadil Shokri Nor
sebelum mengambil tindakkan?”, takkan lah benda macam ni tak boleh buat
keputusan. Bukannya susah untuk mengeluarkan kenyataan walaupun keputusan belum
diketahui. Sepatutnya Jawatankuasa Pengadil FAM terus je buat kenyataan “Shokri
Nor akan terus digantung daripada mengadili semua perlawanan bola sepak disemua
peringkat”. Kenyataan beginikan lebih nampak FAM tegas dan benar2 serious untuk
mengatasi gejala rasuah dan tidak menjadi tanda tanya daripada peminat2 bola
sepak Negara. Walaupun aku tahu bahawa Shokri Nor akan digantung daripada
berkhidmat. Kenapa tidak diberikan kenyataan terus sahaja, kan lebih nampak
nilai "integrity dan kebijksanaan" orang2 FAM. Aku takut2 ada orang2 dibahagian pengadilan juga terlibat? Sebarang hukumman yang akan dijatuhkan oleh pihak Singapura memanglah tertakluk kepada undang2 sivil negara itu. Tapi di sini, FAM sebagai badang induk yang bertanggungjawab dalam bola sepak perlulah bertindak proaktif. Bukan hanya tunggu dan lihat je!!! Ini yang menjadi persoalannya di
atas statement yang dibuat. Jadi "Fikir2" lah wahai FAM.
Sekian








