Monday 8 July 2013

Pemain perlu jujur pada diri sendiri


Assalamualaikum.

Tirai Liga Super dan FA sudah dilabuhkan, malah segala teka teki sudah terjawab.
Sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat tentang pasukan manakah akan menjadi juara Liga Super dan Piala FA. Ada mengatakan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT), Selangor, ATM dan Pahang akan menjuarai Liga Super memandangkan Kelantan tidak berada pada prestasi membanggakan.

Namun, semua jangkaan peminat meleset kerana pada akhirnya Lions XII menjulang kejuaraan Liga Super edisi 2013. V. Sundramoorthy bijak mengatur strategi dalam merancang kejayaan pasukannya dengan mengambil kesempatan atas persembahan kurang konsisten pasukan dari tanah air.
Sementara itu, pemain-pemain Lions XII juga amat berdisiplin dan mempamer aksi meyakinkan dalam setiap perlawanan.

Mereka melaksanakan semua perancangan yang diatur Sundramoorthy dengan penuh dedikasi, jujur serta bersama semangat berpasukan yang jitu. Ini satu tamparan kepada persatuan negeri untuk bangkit dan melakukan perancangan lebih teliti. 

Sebelum Lions XII dinobatkan sebagai juara Liga Super 2013, kemuncak bola sepak negara sebenarnya tertumpu kepada perlawanan akhir Piala FA Kelantan dan Johor DT. Pelbagai provokasi dimainkan di alam maya yang dilakukan oleh penyokong kedua-dua pasukan, sehingga ada menyatakan pergaduhan bakal berlaku, namun realiti sebenar tidak terjadi.

Pujian perlu diberikan kepada penyokong Kelantan dan Johor DT yang membawa satu atmosfera baharu dalam memartabatkan bola sepak negara. Sikap 'profesional' mereka memberi satu gambaran bahawa bola sepak kita berada di landasan betul tetapi persatuan negeri atau kelab perlu mengambil inisiatif bagaimana untuk memastikan atmosfera begini terus kekal.

Dalam dunia bola sepak moden , sokongan daripada penyokong sesebuah pasukan itu sebenarnya menunjukkan persatuan atau kelab bijak menguruskan perniagaan.
Di sini persatuan perlu bijak merancang aktiviti persatuan dan pemain bersama peminat untuk menarik penajaan daripada syarikat-syarikat korporat.

Penjenamaan dan pemasaran perlu kreatif dengan idea-idea baharu kerana ini dapat mengekalkan atmosfera sedia ada, selain itu ia juga dapat menjana pendapatan kepada persatuan atau kelab.                      © Utusan Melayu (M) Bhd 

2 comments:

  1. salam.. kalau ikut pengetahuan bro hasnizam. wujudkah budaya melobi pemain di kalangan pemain kebangsaan. Adakah kapten/pemain senior boleh "mencadangkan" kpd coach pemain yg bagus utk diserapkan dlm pasukan kebangsaan.

    Dalam hal ni saya rujuk safiq rahim. haha. saya rasa kalau dia berjiwa besar.. dia berani keluar kenyataan di media atau pada rajagobal.. yang Piya patut secara regular berada dalam skuad kebangsaan.. dan berani berkata Piya lebih hebat daripada beliau..

    ReplyDelete