Sunday 16 December 2012

EGO Makan Diri...

Assalamualaikum

Kegaggalan pasukan Harimau Malaya menggekalkan kejuraan Piala AFF edisi 2012 membawa kemarahan memuncak peminat2 tanah air kepada jurulatih Harimau Malaya DRG. Desakkan demi desakkan dan kritikkan dilemparkan kepada jurulatih itu, hingga meminta beliau meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya. Saban hari aku perhatikan kritikkan telah dilemparkan oleh peminat2 bola sepak tempatan terutamanya dialam maya begitu hangat sekali.

Aku sebagai bekas pemain juga terasa terkilan dengan percaturan yang dibuat oleh DRG dalam skuad Harimau Malaya. Namun aku tidak mahu mengkritik atau mempertikaikan taktikal serta pemilihan pemain2 dibuat oleh DRG, maklumlah aku ni hanya bekas pemain yang tidak mempunyai lesen kejurulatihan :-) .


Tapi apa yang aku ingin katakan disini faktor kegagalan Harimau Malaya menggekalkan kejuaraan Piala AFF kali ini disebabkan sikap "EGO" penerajunya. Tidak mahu mendengar segala pandangan daripada orang2 tertentu terutamanya jurulatih2 tempatan, inikan pula ingin berkomunikasi dengan jurulatih Harimau Muda A, OKS. Ini diakui sendiri oleh jurulatih berpengalaman Abdul Rahman di dalam ruangan Sukan Utusan Malaysia (17 Dec 2012). Dimana beliau mengharapkan DRG selalu turun kepadang berinteraksi dengan jurulatih2 Liga Malaysia untuk mendapatkan pandanagan.


Bak pepatah Melayu ada menyatakan "IKUT RESAM PADI, SEMAKIN TUNDUK BILA BERISI" apabila kita mengecapi kejayaan jangan terlalu ghairah serta bongkak "LANGIT TIDAK SELALU CERAH". Ini satu pengajaran kepada DRG.

Sekian

2 comments:

  1. maklumlah aku ni hanya bekas pemain yang tidak mempunyai lesen kejurulatihan :-)

    bukan tu je. trofi kemenangan masa main dengan malaysia pun tak ada.

    ha ha ha

    ReplyDelete
  2. selagi sultan bola tu tak turun selagi tu la harimau malaya jadi hancur

    ReplyDelete