Monday 8 August 2011

NOSTALGIA PIALA MALAYSIA ERA 90an


Selesai sudah undian Peringkat Kumpulan saingan Piala Malaysia 2011 yang di siarkan secara langsung di ASTRO ARENA (801) bertempat di Petas Utama, Stadium Nasional Bukit Jalil. Dua lagi “Sejarah” telah dicipta dalam arena bola sepak tempatan (1) Pertama kalinya pengudian kelayakkan Piala Malaysia dibuat secara langsung (2) Buat pertama kalinya ia dihadiri oleh Menteri KBS. Tahniah aku ucapkan kepada FAM yang telah berjaya membawa anjakkan paradigma yang baru kepada bola sepak Negara.

                              Undian Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2011

Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan yang telah berjaya layak ke peringkat kumpulan pertandingan Piala Malaysia. Ini mengingatkan aku, ketika aku masih berkhidmat bersama pasukan JOHOR dalam saingan Piala Malaysia pada tahun 90an.
Pada ketika itu tidak ada pasukan yang boleh diramal lebih awal,

Siapakah yang akan menjadi juara Piala Malaysia?

Kerana rata2 pasukan yang bermain pada ketika itu mempunyai kekuatan masing2 dan mempunyai pemain2 yang berkualiti tinggi, baik pemain tempatan atau pun import. Serta dipimpin oleh Pengurus yang begitu komited dengan pasukan dan Jurulatih yang begitu kreatif menyusun strategi dan taktikal.

Contoh seperti pasukan:-

JOHOR yang pada ketika itu di barisi pemain2 tempatan dan import yang berkualiti tinggi seperti Nasir Yusof, Khalid Shahdan, Aidil Mohd Noor, Roslan Hamid, Ramlan Rashid, Salehan Mohd Som, Sazali Nasir, Ervin Borban (import) , Alister Edward (import), Abas Saad (import), Derrant Steward (import), Hasnim Haron (import).

                                                   Johor

KEDAH - Radhi Mad Din, Manja Man, Norizam Ishak, Ahmad Sobri, Olubunmi Adigun, Tibor Szaban, Jan Janostak dll.

          
                                                         Kedah

SELANGOR – Ismail Ibrahim, Anuar Abu Bakar, Malik Rahman, Mahmet Durajkovic, Karel Stromsik, Josep Biskic dll.

                                                  Selangor

PAHANG – Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Khairul Azman Mohamad dll.

                                             Pahang

Note: Ini nama2 yang teringat di kepala aku sahaja, sebenarnya ramai lagi. Maaf ye!!!

Apa yang aku amati ketika itu, penonton tidak bosan2 dan berpusu2 untuk ke Stadium bagi menyokong pasukan kesayangan mereka. Ini kerana mereka begitu terhibur dengan aksi2 pemain tempatan dan import yang komited serta skil yang tinggi dipamirkan. Aku berharap pada edisi kali ini setiap pemain menunjukkan komitment untuk terus mengangkat martabat bola sepak Negara dan terus menghiburkan penonton dengan skil2 yang tinggi.

Kepada pihak pengurusan dan jurulatih pasukan teruskan memberi perkhidmatan yang terbaik seperti yang telah ditunjukkan oleh Pengurus2 dan jurulatih pada era 90an yang begitu komited untuk membawa kejayaan kepada pasukan masing2 seperti JOHOR – Dato Sulaiman Mohd Noor, Michael Urukalo KEDAH – Allahyarham Dato Paduka Ahmad Basri Mohd Akil, Milous Kvacek SELANGOR – Dato Mohd Aini Taib, Ken Warden PERAK – Raja Ahmad Raja Zainuddin. Dato M Karathu dan ramai lagi.

Dato Mohd Aini Taib

Milous Kvacek

Michael Urukalo 

Dan kepada penonton2 datanglah beramai2 ke stadium dan terus memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda, demi kemajuan dan pembangunan bola sepak. Dengan kehadiran anda bukan sahaja dapat memeriahkan Piala yang berprestige ini, malah dapat memberikan motivasi kepada pemain2 untuk memberikan persembahan yang bermutu tinggi.

Sekian




3 comments:

  1. aku lak suka permusuhan Urukalo dgn Ken Worden. hehe

    ReplyDelete
  2. betul2x...zaman sekarang dah xde perang psycologi mcm tu lg...kalau ade pun m.karathu...tu pun dia dah xse keras dulu

    ReplyDelete
  3. zman ni aku ska team Johor sbb player importnya spt 3 serangkai (abas, Alistair n Ervin) diorg mmg terbaek...

    ReplyDelete