Monday 1 August 2011

KING GOPAL KENA BERANI...

Salam,

Aku perhatikan setelah 4 hari berlalu, rata2 peminat2 bola sepak tanah air masih membincangkan kekalahan pasukan Harimau Malaya dan ramai yang mempersoalkan percaturan yang di buat oleh King Gopal. Aku juga hairan kenapa King Gopal tidak berani mengambil “risiko”. Sebagai seorang jurulatih yang berpengalaman, King Gopal sepatutnya berani untuk membuat perubahan posisi pemain dari penyerang ke pertahanan atau sebagainya. 

                                               Coach Rajagopal - Kena Berani

King Gopal sepatutnya mencontohi Frank Lord dan Claude Le Roy yang berani membuat sesuatu tindakkan dengan merubah posisi pemain di dalam pasukan ketika mereka mengendalikan pasukan kebangsaan. Sedangkan percaturan taktikalnya tidak berubah.


                                                              Frank Lord (Kiri)

                                                                  Le Roy


Seperti Frank Lord yang merubah posisi Zainal Abidin Hassan daripada pertahanan ke posisi penyerang, sehingga menjadikan Zainal Abidin Hassan seorang penyerang yang disegani. Wal hal Zainal pada ketika itu begitu sinonem di bahagian pertahanan semasa mewakili Selangor. Ini juga dilakukan oleh Cloude Le Roy yang berani merubah posisi aku dari penyerang dan midfield kepada pertahanan ketika mewakili Skuad Olimpik Malaysia 96. Ketika mewakili Johor, Wan Jamak meletakkan aku di posisi penyerang dan midfield. Ini kerana mereka “Kenali Kelebihan” setiap pemain yang dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan.

                                                    Zainal Abidin Hassan (Jersi Hitam Putih)

Ini yang menjadi persoalannya,

Adakah King Gopal “Kenali Kelebihan Pemain2 nya?”  

Aku berharap King Gopal mengambil iktibar dari apa yang berlaku, bukan hanya memberi alasan. Sepatutnya menerima sedikit pandangan daripada peminat2 untuk kebaikkan bersama. Ini kerana peminat juga turut membantu perkembangan dan kemajuan bola sepak Negara, kerana dengan kehadiran peminat2 inilah yang membuat kancah bola sepak Negara berseri. 


Apa2 pun aku tetap menghormati Coach Rajagopal


Selamat menyambut Ramadhan 

Sekian







2 comments:

  1. kalau kita tgk senarai terbaru king GOBAL utk friendly match bulan ni ramai otai2x liga malaysia turut tersenarai utk menggantikan player olimpik yg sure akan fokus kpd skuad olimpik.

    satu je yg kami sebagai fans ni kuatir...biasanya kalau otai2x liga malaysia ni cuma hebat di liga malaysia je...bila masuk international match diorg "flop" habis..

    tapi xsalah utk kita mencuba player baru...mana tau kat celah2x otai2x liga malaysia tu terselit "neymar" versi malaysia...

    ReplyDelete
  2. mencuba gandingan baru tidak salah...cuba lihat coach2 luar negara...setiap pemain layak beraksi jika beraksi cemerlang di peringkat liga..wlaupun club biasa..

    ReplyDelete