Friday 29 July 2011

TERIMA KASIH PENYOKONG HARIMAU MALAYA…


Episode 1995 berulang, Harimau Malaya tewas kepada Singapura melalui aggregate (4 – 6). Luluh hati  aku bila tiupan wisel penamat di tiupkan oleh pengadil perlawanan. Tertutup terus peluang Harimau Malaya untuk menempatkan Malaysia ke pusingan ke -  3 Kelayakkan Piala Dunia peringkat kumpulan Asia. Aku dapat rasakan apa yang mereka rasa, kerana aku juga letakkan “ROH” aku di tengah2 padang bersama2 mereka. Walaupun aku hanya memakai jersi Malaysia ketika menentang Singapura pada Kelayakkan Olimpik Atlanta 96 di bahagian penonton.

                                                       (Jersi Aku ketika menentang Singapura 1995)

Aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong pasukan Harimau Malaya yang tidak berbelah bagi menyokong pasukan Tanah Air Kita MALAYSIA tercinta hingga ke wisel penamat. Buat pertama kali aku begitu terharu dengan kedatangan 85,000 penyokong Harimau Malaya bersatu dengan megah menyanyikan lagu “Negaraku”. Aku berharap supaya tradisi ini terus kekal walaupun jatuh bangun bola sepak kita. Hanya dengan sokongan ini kita dapat membantu membangunkan bola sepak Negara.

                                           (Penyokong Setia Harimau Malaya)

Kepada skuad Harimau Malaya teruskan perjuangan, jangan berhenti di sini. Tingkatkan latihan dan “Kenali Kelebihan Diri”, Insyallah ia akan membawa kejayaan. Terus “Fokus” untuk membawa kejayaan kepada bola sepak Malaysia.Kepada pencinta bola sepak  Negara terus berdoa agar skuad Harimau Malaya mencipta kejayaan pada masa akan datang.

                                           (Teruskan berdoa)

Sekian

3 comments:

  1. walaupun kita kalah, kekalahan itu tidak bermaksud kita akan kalah selamanya..teruskan berusaha Harimau Malaya ! cuba tebus kesilapan dgn berusaha melayakkan diri ke Piala Asia 2015...

    ReplyDelete
  2. Hidup Malaysia.....tetapi sesuatu patut dilakukan

    ReplyDelete