Tuesday 26 July 2011

PESANAN Claude Le Roy...

Salam

Apa yang dilalui oleh Skuad Harimau Malaya pada hari ini, telah mengingatkan aku kembali ketika aku mewakili Skuad Olimpik Malaysia pada Kelayakan Olimpik Atlanta 1996 di dalam Kumpulan C bersama-sama Singapura dan China.

Pada ketika itu kami telah dibimbing oleh ketua jurulatih berpengalaman dari Perancis yang begitu tegas sifatnya serta mempunyai etika profesionalisme yang tinggi iaitu Mr. Claude Le Roy dibantu oleh En. Irfan Bakti dan En. Lim Chuan Chin (Jurulatih Penjaga Gol)

                                           Cloude Le Roy ketika memberi penerangan kepada pemain

Cuma pada ketika itu sitiuasi tekanan jauh amat berbeza daripada hari ini kerana waktu itu satu sejarah hitam telah melanda bola sepak tanah air dengan tertangkapnya ramai pemain di atas amalan “Rasuah” (1994)

“Berat Mata Memandang Lagi Berat Bahu Memikul” dengan perumpamaan ini sahaja yang dapat aku gambarkan kepada peminat2 bola sepak tanah air. Kami diberikan tugas yang amat penting dan harapan yang tinggi daripada semua pihak untuk mengembalikan “Maruah” bola sepak Negara ketika itu. Pada perlawanan pembukaan menentang Singapura (Julai 1995) dalam Kumpulan C, pasukan kami tewas kepada Singapura (2-0) dengan  kehadiran lebih 40,000 penyokong tuan rumah Singapura. Kedua2 jaringan pihak lawan telah dijaringkan oleh Lee Man Hon.

Apabila tiupan wisel penamat ditiupkan ALLAH sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu, setelah semua kuderat dan perancangan jurulatih telah kami “FOKUS” dan berikan. Hinaan dan cacian dilemparkan kepada kami. Ketika berjalan keluar menuju ke dressing room Aku dan rakan2 tunduk kecewa. Tanpa sedari Aku telah ditampar oleh Claude Le Roy serta diiringi dengan kata2 keramatnya. Dengan prinsip dan falsafah yang tinggi Claude Le Roy sehingga kini kata2nya itu tersemat dalam ingatan aku.

                                           Aku memakai jersey No. 7 (Malaysia vs Singapura)

“Jangan Sesekali Memalingkan Muka Kamu Menyembah ke Bumi, Terus mendogak dagu, membuka dada kerana perjuangan kamu belum berakhir” – Claude Le Roy

Oleh itu dengan kata2 ini aku berharap Skuad Harimau Malaya jangan mengaku kalah, teruskan perjuangan untuk memartabatkan nama “MALAYSIA” di arena bola sepak AsiaAku berharap peminat2 bola sepak tanah air bersama2 kita memberi sokongan dan berjuang untuk bola sepak Negara kita “MALAYSIA

Sekian

16 comments:

  1. found your blog via rizal's blog.

    myself,my younger brother, my friends apek,sarah,panda,ube,n zahid will be there to stand by our colour!

    we bought already the ticket!
    we have faith in them, even if they fail to produce another milestone achievement this Thursday,these current players definitely the best that we have.

    singa temasek mengharapkan todak2 untuk menerkam mencucuk harimau, ya harimau sudah banyak kali tercedera, jika belantara bukit jalil benar benar di belakang harimau, pasti singa temasek akan berfikir selepas ini apa perlu lagi mereka bergantung pada todak todak liar???

    go HARIMAU MALAYA!

    keep on writing sang bekas pemain!

    ReplyDelete
  2. Singgah sini dari blog Rizal Hashim.
    Tahniah, blog yang baik.
    Harap anda akan terus bercerita tentang pengalaman anda......
    Pak Man suka!

    ReplyDelete
  3. nnt cerita lagi pengalaman..kami yang org baru nak dgr cerita org lame

    ReplyDelete
  4. aku turut terharu membaca cerita ini

    ReplyDelete
  5. yeah! same dengan Pak Man Laksam
    saya singgah sini dr Blog Rizal Hashim!
    nice!
    u r legend too!

    ReplyDelete
  6. moga blog ini akan terus maju lagi...syabas!!

    ReplyDelete
  7. sama-sama kita doakan pasukan kebangsaan kita...barisan muda kita yang kesemuanya bawah 30 tahun...masih jauh perjalanan mereka...insyaallah kalau skuad yang ada sekarang...sentiasa diberi pendedahan tak mustahil mereka jadi pasukan mantap...saya harap rajagopal kekalkan skuad sedia ada...tak perlu ambil pemain lain...mereka dah buktikan...pada AFF Suzuki...ada orang cakap mereka tak jumpa singapura...pada Saya...Thailand lebih mantap dengan kawalan bola yang lebih baik...begitu juga dengan Indonesia...yang mempunyai pemain yang laju di bahagian sayap...dan Pemain Import yang tajam Penyudahnya...ayuh Skuad Msia...

    ReplyDelete
  8. Malaysia Boleh...

    ReplyDelete
  9. im share thi statement to my FB... TQ bro.

    ReplyDelete
  10. dari blog rizal hashim sampai ke sini...good work to motivate the players...kalau menang, harimau malaya tetap di dada

    ReplyDelete
  11. blog terbaekkk..untuk motivation young players..esp HARIMAU MUDA

    ReplyDelete
  12. musuh tradisi singa n indon klu kalah dengan salah satu team ni teramatlah mengecewakan perit n pedih itulah yg terjadi pada aku saat singa menyamakan kedudukan 1-1...harapan nak tgok team singa malu d hadapan penyokong kita x kesampaian

    ReplyDelete
  13. Bang,

    Sebagai generasi baru, saya tidak pernah merasai betapa hebatnya pemain seperti Mokhtar Dahari dan angkatan pemain sebelum tragedi rasuah.

    Jadi apabila skuad kebangsaan mendapat beberapa kejayaan di peringkat serantau, kami mula merasa aura kehebatan bola sepak Malaysia.

    Maka bermulalah sokongan Utras Malaya yang kemudian menjadi seperti 'virus' ke seluruh negara. Kebangkitan skuda kebangsaan membuatkan tidak malu untuk bercakap mengenai bola sepak tempatan di kedai kopi.

    Malah jersi kebangsaan diperagakan dengan bangga di mana-mana. Apabila ada bekas pemain kebangsaan yang sudi berkongsi pengalaman, menceritakan detik gemilang bola sepak Malaysia satu masa dahulu, sebagai generasi terkemudian, saya mengucapkan ribuan terima kasih.

    Baik buruknya pasukan kebangsaan, kami akan tetap memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

    Kerana Malaysia tanah tumpahnya darahku.

    ReplyDelete
  14. dr blog rizal hashim dan terasa plak nk visit blog ni. Teruskan menulis dan beri kata2 smangat pd skuad harimau malaya...tanah tumpah darahku!!

    ReplyDelete
  15. Nice story!! mgingatkn saya zaman bolasepak 90an yg gemilang sblm rasuah melanda. Waktu tu saya ingat yg seangkatan dgn Ervin Boban adalh Abbas Saad, Alistair Edward. Mereka ni la player import yg berkaliber prnah kita ada. So, diharap pngalaman anda bermain bersama mereka terus diceritakn dlm blog ni utk mnjadi panduan pemain muda. Hidup Harimau Malaya!!

    ReplyDelete