Wednesday 27 July 2011

BAYANGAN KEJAYAAN...

Hanya tinggal 21 jam, debaran semakin bergoncang, fikiran semakin melayang untuk memikirkan nasib pada hari esok (perlawanan). Adakah memperolehi kejayaan atau pun kecaman? Ini yang bermain dalam fikiran aku ketika pertama kali nama aku disenaraikan dalam skuad utama JOHOR.

Ketika itu aku masih lagi di dalam skuad Piala Presiden JOHOR (Pelapis). Maklumlah, aku baru berusia 17 tahun pada masa itu, untuk aku bermain bersama dengan nama besar dalam skuad JOHOR dan Kebangsaan seperti Prof. Nasir Yusof, Hasnim Haron (Import), Ervin Boban (Import), Darren Stewart (Import), Sani Othman, Khalid Shahdan, Salehan Mad Som, Roslan Hamid, Sazali Nasir, Nasaruddin Atan dan ramai lagi.

Hati aku tidak tenang, kehulu ke hilir dibuatnya, tidak reti duduk diam. Kerana inilah penentu kerjaya aku dalam bola sepak (Professional) yang telah aku pilih semenjak kecil lagi. Lalu aku bertekad berjumpa dengan Ayah aku (Uzir b Hussin) dan bertanya padanya, Ayah apakah harus aku lakukan? Kerana aku berada dalam kegelisahan. Ayahkan mempunyai pengalaman? Ini kerana Ayahku bekas pemain skuad JOHOR (era 1950 – 1970). Lalu dia berkata:-

                                          Aku dan Ayah

“Ketika kau nak tidur semasa pejamkan mata, bayangkan lah apa yang kau nak buat. Rasailah suasana perlawanan sebenar dan buatlah apa yang telah kamu pelajari. Insyallah ia akan menjadi dan akan memperolehi kejayaan” – Uzir b. Hussin

Lalu aku pun terus lakukan apa yang telah ayah aku katakan tadi.

                                          Pertama kali mewakili JOHOR (Liga M)

Pada hari perlawanan menentang Kedah yang dibarisi pemain2 tersohor seperti Radhi Mad Din, Adigun (Import), Manja Man, Ahmad Sobri dan ramai lagi. Akhirnya aku berjaya meyakinkan jurulatih  (Wan Jamak) dan 30,000 penyokong JOHOR yang hadir ke Stadium Larkin bahawa kemasukkan aku tidak sia2. Aku telah menghadiahkan sepakkan penalti kepada pasukan JOHOR untuk berkongsi mata dengan pasukan KEDAH, pada ketika itu pasukan KEDAH sedang mendahului JOHOR (1-0).

                                           Aku di tackle oleh Adigun dan Ahmad Kamal

                                          
Dengan kata2 Ayah aku tadi mungkin ia boleh di guna pakai oleh Skuad Harimau Malaya dan kepada sesiapa pun untuk dijadikan panduan sebelum menghadapi sesuatu perlawanan. Sebab itu kita kena “Kenali Kelebihan Diri”, Insyallah pasti berjaya.

Sekian

4 comments:

  1. Teruskan menulis tuan.. seantero Malaysia perlukan kata-kata semangat seperti ini untuk mencantas rasa rendah diri Asia dan Malaysia yg mnebal utk menerobos ke kancah dunia.. Semangat juang dan pengalaman yang tidak terhingga nilainya ini, ditulis untuk diabadikan sebegini rupa sgt2 dihargai..

    ReplyDelete
  2. wa memang minat lu bro...

    ReplyDelete
  3. hi didep,

    sy masih ingat emak you datang beri support and she shouted your name from the grandstand, didep! didep! and i asked my SIL, didep tu siapa... sampai sekarang your nickname melekat kat ingatan i, because of your mother :)

    ReplyDelete
  4. Salam abg Hasnizam. Saya peminat team Johor start dari 1994 sampai skrng. Mase tu umur saya dalam lingkungan 9-10 tahun. Saya minat gila dengan Darren Stewart, Ervin Boban, Milan Blagojevic, Rusdee Sulong dan Azmil Azali, kira semua la player johor time tu termasuk abg la. Ingat lagi tahun 1995, Johor kalahkan kedah 2-0 (Boban n Rusdee kot score), kedah time tu leading liga malaysia n johor team 1st yang kalahkan dia orang. dalam tahun yang same jgk johor kalahkan selangor 2-1 (stewart n idris karim score,sani othman n david mitchel kene red card), johor jd antara team yang mampu kalahkan selangor kat s alam sebab kbnyakan team kene lauk ngan selangor kt s alam sejak stadium s alam digunakan sejak 1994.bangga dengan team johor !!!!!

    ReplyDelete